P4 : HATI BUDI

339 13 2
                                    

"Orang tua Shazuan tu memang orang kaya.Lepas sahaja meninggal habis semua harta direbut oleh adik beradik ayah dan ibunya.Tiada siapa yang nak menjaga Shazuan ketika tu,cuma cikgu kamu sahaja yang sudi jaga.Dusun Sahabat ni asalnya tanah arwah bapa Shazuan yang lama terbiar.Entah macam mana cikgu kamu tu boleh terfikir nak jadikan tempat ni macam sekarang." Jelas Pak Samad lagi.

"Betul,dulu tempat ni kawasan terbiar. Tiada siapa berani masuk sebab ramai kata sini berpenunggu", Celah Raja sambil ketawa.

"Tapi Uncle kenapa Cikgu Wafi masih nak jadi guru jugak? Rasanya tak payah jadi cikgu pun dia dah kaya sekarang ni uruskan tempat ni", Soal Syed pula.

"Tentang tu saya tak tahu.Kamu boleh tanya cikgu kamu sendiri", Jawab Raja ringkas.

"Kamu beruntung sebenarnya sebab dapat kenal orang yang baik seperti cikgu kamu tu.Orangnya sentiasa merendah diri.Dalam waktu kerja dia memang tegas,tapi diluar dia okay." Kata Pak Samad.

"Sama lah macam abang saya cerita pak cik.Abang saya dulu anak murid Cijgu Wafi masa Cikgu Wafi jadi intern dekat sekolah Ampangan.Dia banyak cakap dekat saya dia memang terhutang budi dengan Cikgu Wafi.Abang saya dulu kat sekolah memang nakal,Cikgu Wafi la yang ubah dia jadi macam hari ni", Akiff mula membuka cerita.

"Abang kau dah kerja ke sekarang?", Tanya Shakrinal yang berada di sebelah Akiff ketika itu.

"Belum lagi.Dia masih belajar dekat USM", Jawab Akiff.

Pak Samad kemudian membuka cerita dan mula bercerita tentang dirinya dan Raja yang sebenar.Pak Samad memberitahu asalnya dia,Raja dan Isa merupakan bekas banduan yang disisihkan keluarga dan dipulau oleh masyakat setempat selepas mereka keluar dari penjara.Ketika mereka terkontang kanting hendak memulakan hidup baru,bagaimana takdir yang peluk menemukan mereka dan Cikgu Wafi ketika itu.

Kebetulan ketika itu Dusun Sahabat dalam proses pembinaan.Mereka ditawarkan kerja oleh Cikgu Wafi yang kebetulan memang mencari orang yang boleh menjaga tempat ini.Meskipun mereka bertiga telah memberitahu  yang mereka adalah bekas banduan, Cikgu Wafi tetap mahukan mereka bekerja di sini.Malah Cikgu Wafi sendiri menganggap mereka bertiga seperti ahli keluarga sendiri.

"Saya masih ingat kata-kata cikgu kamu,dia kata TIADA ORANG BAIK YANG TIADA KISAH SILAM DAN TIADA ORANG JAHAT YANG TIDAK MEMPUNYAI MASA DEPAN", Kenang Raja sambil mengesat air matanya ketika itu.Dia begitu sedih apabila mengenangkan kembali saat-saat apabila bertemu dengan Cikgu Wafi buat kali pertama.

Syafiq dan kawan-kawannya yang lain begitu kagum apabila dapat mengenali siapa sebenarnya Cikgu Wafi.Di sebalik perwatakannya yang tegas dan bersahaja,ternyata dia mempunyai hati budi yang cukup baik.Ada di antara mereka yang merasa sebak apabila melihat Pak Samad memujuk Uncle Raju yang mengalirkan air matanya ketika ini.

Cerita Uncle Raja lagi,saat mereka dibuang oleh keluarga dan anak-anak sendiri,Cikgu Wafilah orang pertama yang menghulurkan tangan membantu mereka meskipun mereka tidak pernah berkenalan sebelum itu.Tambahan pula jarak umur mereka memang jauh dengan Cikgu Wafi.

"Pakcik kalau ada anak perempuan dah lama jodohkan dengan cikgu kamu tu. Lama sangat membujang.Bukan sebab cikgu kamu tu kaya atau apa,tapi sebab hati budinya yang baik." Kata Pak Samad.

"Sebab itu pakcik beritahu yang kamu semua beruntung sebab mempunyai cikgu macam tu.Dengan izin Tuhan pakcik doakan kamu semua berjaya selepas ni", Kata Pak Samad sebelum mengakhiri perbualannya bersama anak murid Cikgu Wafi.

PKP 2020Where stories live. Discover now