P8 : JUMAAT

276 12 0
                                    

Hanya tinggal aku,Syafiq dan Akiff sahaja di rumah rehat ketika ini.Malam semalam selepas kawan-kawan mereka pulang,Akiff dan Syafiq masing-masing membawa diri mereka untuk menenangkan diri mereka sendiri.Akiff memilih untuk melepak di gazebo diluar berseorangan manakala Syafiq hanya duduk berseorangan di ruang tamu.

Malam tadi mereka berdua juga langsung tidak menjamah apa-apa makanan kerana hilang selera makan. Memang benar rindu itu adalah benda yang sangat perit.Aku hanya memerhatikan sahaja mereka tanpa berkata apa-apa.Biarlah mereka memujuk diri mereka ketika itu.

Bangun sahaja aku dari tidurku pagi tadi,aku melihat Akiff berada di katil single di dalam bilikku manakala Syafiq berada di kerusi ruang tamu dalam keadaan lena tertidur.Kemudian aku mengejutkan mereka berdua untuk bersarapan di luar.Memandangkan masa masih awal,aku turut mengajak Isa dan Raja sekali bersarapan di luar.

"Syafiq Akiff,rumah kamu berdua kat mana?", Soal Isa pada kedua pelajarku ketika bersarapan tadi.

"Rumah saya dekat pakcik dekat Ampangan", Jawab Akiff.

"Saya paling jauh,dekat Muar", Kata Syafiq yang tersenyum tawar.

"Ayoyoyo macha,banyak jauh la rumah u", Celah Raja dengan loghat tamilnya.

Aku sudah lama  sedar mungkin selepas ini aku akan jarang dapat bertemu Syafiq lagi.Apatah lagi dia akan pulang ke rumah ayah kandungnya di Muar,Johor.Dengan Akiff mungkin aku akan bertemu lagi disebabkan rumahnya hanya terletak di Senawang sahaja.

Hari ni aku belum terfikir lagi untuk ke mana-mana,tambahan pula hari ini adalah hari Jumaat.Pukul 3 nanti sudah ada pengunjung yang akan mendaftar masuk ke Dusun Sahabat untuk menginap.Aku merancang untuk meminta bantuan Syafiq dan Akiff untuk mengemas bilik yang didiami kawan-kawan mereka tempoh hari,begitu juga dengan di dapur,ruang tamu dan tandas.

"Syafiq Akiff,nanti basuh sekali sarung cadar dengan bantal semua ye.Aku dekat opis tepi tu,pape nanti kalau ada hal jumpa aku kat situ", Pesanku  kepada kedua orang pelajarku itu.

Aku kemudian memasuki pejabatku untuk memeriksa dokumen dan fail kerja oleh Naim sebelum ini.Dalam masa yang sama aku mahu mengira berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh Dusun Sahabat akibat pengkhianatan Naim dan juga Amir.
Kepalaku mulai pening dan dahiku mula berkerut sebaik sahaja mula menyemak dokumen dan fail tersebut.
--------------------------------------------------------------
"Syafiq,kau memang lepak Muar je ke lepas ni?", Soal Akiff ketika itu semasa Syafiq menyapu bilik.

"Itu je lah rumah yang ada pun.Aku malas la balik rumah ayah tiri aku dekat Nilai tu." Jawab Syafiq.

"Kau ada masalah dengan ayah tiri kau ke?", Tanya Akiff untuk mendapatkan kepastian.

"Ayah tiri aku okay je.Cuma aku segan sebab anak perempuan dia semua duduk sekali.Tengoklah kalau masa cuti sekolah ada adik beradik aku duduk sana aku pergilah." Jawab Syafiq panjang lebar.

"Aku ingat nak cari kerja lah nanti. Pisang jugak kalau duduk kat rumah je." Luah Akiff pula.

Mereka berdua mula membuat kerja rumah yang diarahkan oleh Cikgu Wafi.
Mujurlah kawan-kawan mereka ada mengemas bilik sebelum meninggalkan tempat ini semalam,jadi tugas mereka tidaklah banyak.Hanya tinggal untuk memasukkan alas cadar dan sarung bantal ke dalam mesin basuh sahaja untuk dicuci.

Kelihatan kenderaan para pengunjung mula memenuhi Dusun Sahabat ketika ini untuk mendaftar masuk.Cikgu Wafi yang baru sahaja membuat persiapan di bilik kabin segera menyambut kedatangan pengunjung yang mahu bermalam di sini.

PKP 2020Where stories live. Discover now