P38 : BOSAN

301 13 0
                                    

Shazuan ketika itu sedang membakar ayam barbeku bersama Pak Samad dan Raja di halaman rumah rehat.Sementara itu Wafi sedang menjemur pakaian yang baru siap di cuci di ampaian.Angin bertiup kencang pada malam ini di Dusun Sahabat.

"Kamu tahu dah Shazuan tentang Naim dan Amir?", Soal Pak Samad kepada Shazuan ketika itu.

"Tahu sikit-sikit adalah Pak Samad.Saya nak call Naim dah tak dapat,dah tukar nombor kot.Lagipun Abang Wafi tak bagi saya tanya atau ungkit lagi pasal tu", Balas Shazuan ketika itu.

"Itu budak memang celaka.Kalau saya jadi Wafi sudah lama saya seret dekat balai.Betul-betul menyusahkan orang", Celah Raja.Marah sungguh dia ketika itu apabila Pak Samad dan Shazuan berbual tentang perkara itu.

"Saya pun tak faham lah Uncle kenapa Bang Wafi bagi lepas.Tak tahulah macamana dia cover balik duit tu." Kata Shazuan lagi.

"Pak Samad tengok Abang Wafi kamu struggle juga sebulan dua lepas tu. Mujurlah kereta si Naim tu dapat jual semula sehari selepas tu.Dengarnya duit dalam peti pun hilang dalam RM80,000.Tak tahulah betul ke tidak."
Ucap Pak Samad pula.

"Bukan setakat duit peti je Pak Samad. Dengan duit kabin,chalet dengan dewaj semua kena sapu.Saya tak tahulah berapa jumlahnya.Kalau campur rasa ada dekat RM100,000." Jelas Shazuan.

"Biarlah Wafi selesaikan perkara ni. Kita doakan yang baik-baik sahaja.Semoga urusan Wafi dipermudahkan", Celah Pak Samad.

"Wan,kamu tahu ke ada sorang pelajar abang kamu muka macam kamu.Betul-
betul serupa." Cerita Raja.

"Eh,tak tau pulak saya Uncle.Betul ke?", Soal Shazuan.

"Betul Shazuan,iras wajah kamu", Jawab Pak Samad ringkas.

"Uncle rasa kalau dia ada disebelah kamu sekarang mesti nampak macam adik beradik sebab muka seiras", Celah Raju ketika itu.
--------------------------------------------------------------
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi.Shazuan masih sedang lena sambil memeluk tubuhku dan seperti biasa kami hanya tidur dengan memakai spender sahaja.Bunyi lori masuk ke Dusun Sahabat kedengaran,itulah pemborong dan peraih yang mahu memborong dan mendapatkan ikan dan sayuran yang segar di sini.

Aku kemudian mencapai handphoneku untuk memeriksa sekiranya ada panggilan atau pesanan yang aku terlepas.Pelajarku meminta kelas online diadakan pada pukul 2.00 petang ini dan aku bersetuju sahaja dengan permintaan mereka.

Malam semalam aku menikmati hidangan barbeku bersama Shazuan, Pak Samad,Raja dan beberapa orang staff yang berada di sini.Buat masa ini aku memberikan kelonggaran kepada kakitangan Dusun Sahabat untuk bermalam di sini sambil membawa keluarga mereka.

Aku telah memesan awal kepada mereka agar mereka tidak memberitahu kepada sesiapa atau memuat naik gambar dan video keberadaan mereka di sini kepada orang lain dan media sosial.Jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa,sudah pasti akan mendatangkan masalah buatku dan Dusun Sahabat sendiri.

Aku tidak pasti sampai bila aku dan rakyat Malaysia secara amnya perlu bertahan dengan cara begini.Pada awalnya seronok juga apabila perlu duduk sahaja di rumah,tapi kelamaan aku sendiri sudah berasa bosan.Aku rasa hampir 4 bulan sudah kami terperap di kawasan sendiri dan tidak boleh merentas daerah atau negeri meskipun berlaku kematian.

Aku juga tidak menggemari pembelajaran secara online.Aku yakin pelajar-pelajarku sukar memahami penerangan yang aku berikan meskipun mereka telah memberi tumpuan sepenuhnya.Cukup berbeza sungguh pembelajaran secara bersemuka dengan pembelajaran secara online.

PKP 2020Where stories live. Discover now