P2 : SEIRAS WAJAH

416 13 0
                                    

Rumah rehat ketika ini cukup riuh dengan bunyi bising dan ketawa dari pelajar-pelajarku.Aku tidak kisah sangat kerana sudah lama rumah rehat tidak semeriah begini.Kemudian aku mendengar mereka semua mahu bersiap kerana mahu mandi di sungai dan air terjun.

"Wafi,semua kakitangan dah dapat semua tunggakan gaji 3 bulan tu.Terima kasih ye Wafi." Kata Isa kepadaku ketika aku melihat pelajarku sedang seronok mandi manda di sungai.

"Syukur kalau semuanya dah selesai. Takpe Isa,tu tanggungjawab saya.Mujur semalam Pak Samad dengan Raja datang semalam,kalau tak sampai hari ni saya tak tahu." Jawabku kembali.

"Macam mana dengan kerugian yang lain tu Wafi?", Soal Isa lagi.

"Rugi tu sebenarnya cuma angka je.
Tapi kerugian besar saya bila saya hilang staff yang jujur dekat sini.Itulah kerugian paling besar sebenarnya." Jelasku kepada Isa.

"Wafi,malam ni jadi tak bakar-bakar tu? Sebab pelajar kamu ada kat sini 2 malam kan?", Soal Mak Siti yang muncul secara tiba-tiba.

"Ohh lupa pulak Mak Siti.Yang itu malam esok je.Malam ni buat hidangan untuk 30 orang makan ye.Bolehlah Pak Samad join sekali dengan yang lain.Mak Siti pun boleh." Pesanku kepada Mak Siti.

"Siapa pulak nak masak untuk suami Mak Siti? Bising dia nanti." Kata Mak Siti sambil ketawa.

"Lupa Wafi.Kamu nak Mak Siti hidang kat mana? Ruang makan pasti penuh malam ni.Pengunjung pun ramai." Kata Mak Siti lagi.

"Ohh takpe.Nanti saya suruh pelajar saya amik makanan bawak masuk dan makan dalam rumah je." Jawabku ringkas sambil tersenyum.
--------------------------------------------------------------
Syafiq memerhatikan gambar yang tergantung di dinding ruang tamu rumah tempat dia dan kawan-kawannya bermalam.Gambar ini sama sahaja dengan gambar di rumah Cikgu Wafi yang dia pernah pergi dahulu.Lelaki di dalam gambar yang dilihatnya ini adalah lelaki yang sama dilihatnya dalam gambar di rumah Cikgu Wafi.

Kelakuan Syafiq ini juga menarik perhatian kawan-kawannya yang lain seperti Syed dan Akiff.Mereka juga tertanya tanya siapakah lelaki misteri di dalam gambar tersebut.Begitu banyak gambar Cikgu Wafi bersama lelaki itu.

"Eh Syafiq,muka mamat ni lebih kurang macam muka kau la", Kata Capang.

"Haah la Pit,macam sama la.Kau kenal Cikgu Wafi lebih awal dari kitorang ke?", Usik Fairuz ketika itu.
Kata-katanya mengundang tawa kawannya yang lain.

"Aku pernah pergi rumah Cikgu Wafi. Gambar ni pun ada gak." Kata Syafiq.

"Eh bila masa kau pergi?", Tanya Shakrinal ketika itu.

"Lama dah", Jawab Syafiq ringkas.

Mereka kini menunggu makan malam disiapkan.Cikgu Wafi pula berada di luar ketika ini berbual dengan beberapa pelajar Ting 5 yang lain. Perwatakan yang dibawa oleh Cikgu Wafi cukup disenangi oleh mana-mana pelajar,termasuk bekas anak muridnya. Cikgu Wafi memang kelihatan tegas semasa bertugas di asrama dan sekolah, tetapi diluar dia melayan anak muridnya seperti kawan-kawan sahaja.

Kata Akiff tadi,En Zul dan Uncle Radzi turut akan bermalam di sini bersama keluarga mereka.Tetapi mereka berdua diberi penginapan di blok bangunan yang lain.Sama seperti mereka,Uncle Radzi dan En Zul juga terkejut apabila mendapat tahu kawasan percutian yang indah ini dimiliki secara bersama oleh Cikgu Wafi.

"Geng,jom angkat makanan.Cikgu Wafi suruh letak atas meja tu", Arah Shakrinal kepada kawan-kawan mereka yang lain.

"Nak amik kat mana Nal?", Tanya Akiff pula.

"Kat cafe..Jomlah perut aku dah lapar ni", Jawab Shakrinal lagi.

PKP 2020Where stories live. Discover now