P26 : PKP

251 12 0
                                    

Aku meronda ronda sekitar Dusun Sahabat menaiki ATV dengan Sam.
Hanya aku berdua sahaja dengannya ketika ini.Dusun Sahabat cukup lenggang dan sunyi tanpa kehadiran sesiapapun di sini.Kami berdua kemudiannya menuju ke kolam ikan yang berada di dalam Dusun Sahabat.

Selain menjual ikan kepada peraih atau pemborong,kolam ikan ini juga dibuka untuk tujuan memancing.Lantas aku mengambil rod di dalam stor dan mula memancing bersama Sam di kolam. Ini sahajalah cara aku mahu menghiburkan diriku sendiri bersama Sam.Sepanjang sejam setengah kami memancing dapat jugalah kami berjaya mengail 4 ekor ikan siakap dan 2 ekor ikan keli.Tetapi 2 ekor ikan siakap itu akan lepaskan kembali ke dalam kolam.

Aku merancang untuk membuat ikan bakar sahaja sebagai hidangan tengahari ini.Kebetulan pula Sam mempunyai pengalaman membuat ikan bakar semasa bekerja di kedai makan.Jadi aku serahkan sahaja tugas itu kepadanya.
"Macam manalah kau kerja kedai makan ni? Buat ikan bakar tahu,cuci ayam tak tau." Perliku pada pelajar yang mempunyai lesung pipit itu.Dia hanya tersipu malu sahaja.

Aku kemudiannya menuju ke pejabat Dusun Sahabat untuk membuat sedikit beberapa kerja yang belum selesai.Semalam aku telah melaksanakan tugasku dengan memberikan sumbangan kepada setiap orang pekerja sebagai duit belanja kepada mereka untuk membeli barang keperluan rumah ataupun barang dapur untuk tempoh PKP ini.Aku berharap sumbanganku yang tidak seberapa itu dapat meringankan serba sedikit beban mereka.

Aku membuat kiraan bajet untuk pembayaran gaji pekerja.Aku perlu akui dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan langsung mana-mana premis perniagaan dibuka, ini sedikit sebanyak akan menganggu aliran tunai atau cash flow Dusun Sahabat untuk pembayaran gaji kakitangan.

Hasil pemeriksaanku pada akaun syarikat,aku masih mampu membayar gaji penuh pekerja sekiranya PKP dilanjutkan selama 3 bulan.Tetapi sebagai seorang pengusaha yang memiliki perniagaan sendiri,sudah pasti aku berharap tempoh PKP ini tidak akan berpanjangan.Tapi dari khabar angin yang tersebar di media sosial mengatakan tempoh PKP ini mungkin akan bersambung meskipun hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan PKP.

Aku perlu merancang kewangan dengan teliti sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.Aku tidak mahu membuang pekerjaku hanya kerana perkara ini.Aku sangat menyayangi semua kakitanganku,tanpa mereka Dusun Sahabat tidak akan dikenali seperti sekarang.Jika PKP ini masih berpanjangan juga,maka aku terpaksalah mengunakan duit simpananku sendiri untuk membayar gaji pekerjaku,tetapi mungkin dengan cara dan kaedah yang berbeza.
--------------------------------------------------------------
Syafiq mula berasa bosan.Dia tidak bernasib baik kerana tidak dapat bekerja seperti kawan-kawannya yang lain sebelum ini.Hendak membuat grab,PKP pula dilaksanakan,jadi terpaksalah dia memerap sahaja di dalam rumah.Sebelum ini dia terikat dengan jadual untuk menghantar adik-adiknya ke sekolah.

Sebenarnya sudah lama dia berhajat untuk meminta kerja dengan Cikgu Wafi di Dusun Sahabat,tetapi dia berasa cukup segan.Tetapi apabila situasinya begini,dia pula berasa rugi kerana tidak bertanya awal.Mungkin dalam 2-3 hari lagi dia akan menanyakan tentang kerja kosong yang ada di sana kepada gurunya itu.

Dia sebenarnya amat merindui Cikgu Wafi.Entah mengapa dia rasakan begitu,mungkin juga kerana hubungan mereka yang sudah akrab sebelum ini.
Malah dia sendiri menganggap Cikgu Wafi seperti abang kandungnya sendiri.
Cuma dalam tempoh sebulan ini dia sudah lama tidak menghubungi atau menghantar pesanan bertanya khabar kepada cikgunya itu.

PKP 2020Where stories live. Discover now