P23 : KERISAUAN PEKERJA

242 11 0
                                    

Shazuan telah pun tiba di Malaysia pada Ahad dan kini sedang melengkapkan proses kuarintin diri selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke Rembau.Aku pula ketika ini baru sahaja keluar untuk meninggalkan perkarangan sekolah dan asrama selepas memastikan semua penghuni asramaku telah pulang ke rumah keluarga masing-masing.

Sam akan menumpang di rumahku buat sementara waktu.Ibubapanya juga telah memberi persetujuan.Barulah aku tahu sebenarnya pelajar Ting 4 ini berketurunan Indonesia dari dialek perbualan bapanya denganku malam tadi.Cuma Sam dan adiknya sahaja yang dilahirkan.

Aku tiada pilihan lain selain menumpangkan Sam di rumahku buat sementara waktu.Tambahan pula memang tiada makanan yang disediakan di dewan makan sepanjang minggu ini.Cafe sekolah juga ditutup. Begitu juga Sam,dia tiada pilihan lain selain tinggal bersamaku buat sementara waktu.

Entah mengapa hatiku tergerak untuk terus ke rumah rehat di Dusun Sahabat berbanding pulang ke rumah Shazuan.
Sepanjang perjalananku ke Dusun Sahabat,aku melihat banyak khemah polis didirikan di bahu jalan.Sudah pasti susah untuk aku keluar ke mana-mana mulai esok,akhirnya aku membuat keputusan untuk singgah di pasaraya terlebih dahulu untuk membeli lauk.

Sam hanya mengekoriku sahaja dari belakang.Aku tengok begitu ramai ketua keluarga (suami) membeli barangan keperluan untuk rumah. Wajah mereka cukup cemas dan panik.
Melihat mereka membeli barang dengan banyak,aku turut mengikut rentak mereka.Segera aku ke tempat bahan basah untuk membeli ayam untuk aku jadikan lauk di rumah nanti.

"Sam,kau pergi amik meggi kari dengan jajan lain untuk buat makan-makan kat rumah.Amik banyak sikit", Arahku kepada pelajar Ting 4 itu.

"Cikgu,lain macamlah kat pasar tadi. Betul-betul orang beli barang dapur", Kata Sam kepadaku ketika aku sedang memandu kenderaan ke Dusun Sahabat.

"Itulah,seram gak aku.Tengok tadi banyak betul khemah polis.Takut nanti langsung tak boleh keluar rumah beli barang.Baik beli je dulu", Jawabku ketika itu.

Sampai sahaja aku di perkarangan Dusun Sahabat,aku melihat ramai kakitangan seolah sedang menantiku di sini.Aku sebenarnya terkejut juga, hendak diungkitkan soal gaji yang tertunggak sebelum ini angkara Naim dan Amir,benda itu sudah lama diselesaikan.Sam yang melihat pekerjaku yang berkurumun ketika itu turut berasa bimbang.

"Haa kenapa ni Kak Ayu,Ali,Pak Samad?", Soalku kepada mereka.

"Kak Ayu nak tanya Wafi ni..
Bagaimana dengan kerja kat sini? Sebab 2 minggu kena duduk rumah", Soal Kak Ayu kepadaku.

"Bos,kami semua kena berhenti kerja ke?", Soal Ali pula.

Ada juga pekerja lain yang turut bertanyakan soalan kepadaku.Aku mendengar soalan yang diutarakan mereka satu persatu sebelum aku memberikan jawapan.Pak Samad,Raja dan Isa hanya mendiamkan diri sahaja meskipun kakitangan Dusun Sahabat yang lain bertanyakan soalan kepadaku.Aku kemudian mengajak mereka ke cafe untuk memberikan penjelasan.Sam ketika itu hanya duduk diam sahaja di dalam kereta.

"Okay semua harap bertenang ya.Dengar dulu penjelasan saya,selepas tu kalau ada soalan baru tanya.
Ya saya faham bermula esok kita semua dah start PKP.Ini bermakna semua antara kita ni memang tak boleh bekerja kecuali pengawal keselamatan macam Pak Samad dengan yang lain.
Tetapi buat masa ni yang lain jangan bimbanglah,untuk tempoh 2 minggu ni gaji korang semua akan dibayar tanpa dipotong sedikitpun walaupun tak bekerja.
Soal kena berhenti bekerja ni tak timbul langsung dalam fikiran saya.Cuma saya harap kita sama-sama doa supaya wabak covid ni boleh cepat hilang." Ucapku ketika itu.

PKP 2020Where stories live. Discover now