P7 : HARI TERAKHIR

273 11 4
                                    

Suara riuh rendah pelajar Ting 5 di rumah rehat semakin kurang kedengaran.Ramai sudah pelajar Tingkatan 5 yang telah dijemput pulang ke rumah oleh ibubapa atau penjaga masing-masing.Wajah mereka masing-masing sebak apabila seorang demi seorang kawan-kawan mereka mula meninggalkan mereka.

Ada yang menahan air mata,ada yang menangis berpelukan dan ada juga yang berjanji mereka akan bertemu kembali.Aku pernah merasai moment seperti itu,bukan mudah untuk menerima perpisahan ini apatah lagi jika hubungan persahabatan tersebut sudah seperti adik beradik sendiri.

Aku tidak mahu melihat moment yang menyedihkan itu,kerana itu aku membawa diri melepak di pejabat Dusun Sahabat.Tetapi hampir setiap masa para pelajarku akan mengetuk pintu untuk berjumpa dan bersalam denganku buat kali terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Melihat mereka begini,aku teringat kembali saat-saat terakhirku bersama kawan-kawanku yang lain semasa bersekolah dahulu.Sudah lama juga aku tidak menemui kawan rapatku dahulu seperti Nizam,Shafiq,Fakhrul dan lain-lain.Semuanya telah membawa diri dan membina kehidupan masing-masing.Yang tinggal hanyalah kenangan untuk diingati.Itulah manisnya kehidupan di asrama.

Sepanjang perjalanan kehidupanku hingga ke hari ini,aku bersyukur kerana mendapat peluang untuk bertemu dengan beberapa orang kawan yang baik.Aku mendapat peluang untuk menduduki 2 asrama yang berbeza dalam tempoh 5 tahun ketika aku di sekolah menengah dahulu.

Sudah pasti suasanya itu berbeza.Tetapi aku berpeluang mengenali ramai kawan yang masing-masing mempunyai ragam tersendiri.
Pengalaman pahit manis yang aku lalui bersama merekalah yang mematangkan aku pada hari ini.Tanpa ku sangka,hanya Shazuan sahaja yang masih bersamaku hingga ke hari ini.

Bukanlah aku bermaksud aku sudah tidak bertemu dengan kawan-kawanku yang lain,ada sahaja aku bertemu dan melepak bersama mereka.Cuma yang aku maksudkan hanya Shazuan sahaja yang betul-betul dekat denganku. Mungkin juga hanya kebetulan kerana dia merupakan adik angkatku.

Bilangan pelajar Ting 5 yang ada di sini semakin berkurang.Aku melihat hidangan makanan tengahari masih banyak berbaki,aku tahu mereka semua seolah olah hilang selera untuk makan kerana emosi sedih sedang menguasai diri mereka ketika ini.Tetapi aku tetap memberi ingatan kepada mereka untuk menjamah sedikit hidangan yang disediakan untuk alas perut mereka.

Aku membakar rokok di luar pejabat sambil menyaksikan aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung di sini. Pada musim cuti sekolah,kebiasaannya jumlah pengunjung yang datang ke sini memang meningkat 2 kali ganda.Aku berasa seronok kerana Dusun Sahabat menjadi tempat pilihan keluarga untuk beriadah dan berkelah.Tiada kelibat pelajarku yang melepak di luar seperti Syed dan Fairuz kerana mereka berdua sudah pulang ke rumah masing-masing.

Hanya tinggal 4 orang sahaja pelajar Ting 5 di dalam rumah rehat pada jam 6.15 petang ini.Mereka adalah Syafiq,Akiff,Shakrinal dan Capang. Ibubapa Shakrinal dan Capang masing-masing dalam perjalanan dan akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang.Manakala Syafiq dan Akiff akan terus tinggal di sini sehingga hari Ahad.

Wajah mereka berempat kelihatan cukup sedih meskipun mereka berempat sedang berbual dengan rancak di ruang tamu.Masing-masing menunjukkan ego dan menahan kesedihan masing-masing.Akhirnya hanya tinggal Syafiq dan Akiff berdua sahaja selepas 2 orang kawan-kawan mereka telah pun di bawa pulang ke rumah masing-masing.

"Akiff,Syafiq nanti bawa lauk dengan nasi ni kat cafe.Mana-mana pengunjung yang korang jumpa nanti korang pelawa je makan." Arahku kepada mereka berdua.

PKP 2020Where stories live. Discover now