P37 : PKPB

287 13 0
                                    

Masa silih berganti,penularan Covid-19 di Malaysia masih belum reda dan masih dalam tahap membimbangkan.
Ramai juga yang maut akibat terkena jangkitan itu.Setakat ini ada 2 orang pelajarku yang telah disahkan meninggal dunia selepas dijangkiti virus tersebut.Hal itu juga berlaku kepada Syafiq yang baru sahaja kehilangan ayahanda yang tercinta selepas ditidurkan kerana terkena jangkitan itu.

Aku tidak dapat melawat Syafiq ketika itu kerana aku tidak mendapat keizinan untuk ke sana meskipun aku sudah membuat rayuan di balai.Apa yang aku mampu adalah dengan menghubungi sahaja Syafiq.Panggilanku dijawab oleh Syafiq dan aku memujuk pelajar kesayanganku itu supaya bersabar.

Program Imunisasi Covid-19 besar-besaran kini sedang dijalankan.
Meskipun nama ku di panggil dan tersenarai,aku langsung tidak hadir ke PPV.Bagaimananpun Shazuan terpaksa pergi juga kerana bimbang sekiranya dia mendapat kesukaran ketika mahu berlepas kembali ke London.

Banyak teori konspirasi yang berlegar di medsos ketika ini.Ditambah pula dengan kes viral yang melibatkan seorang yang telah jatuh sakit selepas disuntik dengan vaksin yang berlegar di laman sosial ketika itu.Sebelum ini aku tidak mahu memikirkan sangat,tetapi selepas membaca feedback dan rungutan awam,aku berasa seram sejuk pula.Oleh itu aku terus mengabaikan arahan pengambilan vaksin ketika itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Terdapat beberapa kelonggaran telah diberikan,sektor ekonomi mula dibuka,begitu juga dengan kedai makan,tetapi haruslah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.Bagaimanpun aktiviti rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan,institusi pendidikan masih lagi belum dibuka dan digantikan dengan kelas online.

Setelah PKP bertukar kepada PKPB,aku dan Shazuan mengambil keputusan untuk tidur secara bergilir-gilir di Dusun Sahabat dan rumahnya.
Tambahan pula rumah Shazuan dan Dusun Sahabat berada dalam satu daerah.Lagipun aku tidak perlu bimbang keadaan di Dusun Sahabat kerana pekerjaku telah boleh bekerja seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.Cuma Dusun Sahabat masih lagi tidak boleh menerima kehadiran pengunjung untuk beriadah atau bermalam.
-------------------------------------------------------------
Syafiq ketika ini telahpun berpindah ke rumah ayah tirinya bersama dengan 2 orang adiknya yang lain.Pada mulanya dia berkeras tidak mahu berpindah, tetapi selepas puas dipujuk oleh ibunya akhirnya dia mengalah.

"Syafiq,Saya harap awak bersabar eh. Doakan ayah awak semoga tenang dekat sana", Pujuk Aqilah ketika menemui Syafiq di dalam bilik.
Kebetulan pula Syafiq ketika itu sedang terbaring sambil menutup mukanya dengan bantal.Mata gadis yang berusia 18 tahun itu tertumpu pada bulge milik Syafiq yang kelihatan ketika itu.

Selepas tidak mendapat respons seperti yang diharapkan,Aqilah dengan segera meninggalkan bilik tersebut.Dia kemudiannya turun ke bawah untuk duduk bersama adik-adiknya yang sedang menonton televisyen.
"Aqilah,Syafiq macam mana?", Soal ibunya ketika ini.

"Tengah sedih lagi ibu.Biarlah Syafiq sendiri dulu ibu.Dalam sehari dua nanti okay la dia.Nanti Aqilah cuba pujuk lagi", Jawab anak tirinya itu.

Bentuk bulge Syafiq masih melintasi fikiran Aqilah.Gadis berusia 18 tahun itu teringin sangat mahu menyentuhnya jika diizinkan Syafiq.
Sebenarnya dia cukup senang melihat wajah Syafiq yang tampan itu.Jika boleh ingin sahaja dia bercinta dengan adik beradik tirinya itu,kebetulan mereka berada pada usia yang sama.

Tetapi Aqilah sendiri tidak pasti sama ada Syafiq sudah berpunya atau belum. Pada pandangan Aqilah mustahillah Syafiq tidak didekati dengan mana-mana wanita lain.Tambahan pula dia mempunyai bentuk tubuh dan dan wajah yang sangat menarik.Cuma Syafiq agak lemah dalam segi penampilan sahaja.

PKP 2020Where stories live. Discover now