Bab 7

38 3 0
                                    

"Waalaikumsalam, kenapa mummy?" Tanya Tengku Umar.

"So macam ni, mummy Ngan daddy dah buat keputusan, kamu dengan Ain akan kahwin bulan hadapan" Jawab Datin Sri Ratna dengan tenang.

"What?! Bulan depan?! Seriously?!"
Jerit Tengku Umar dengan mata yang terbeliak.

"Haah kenapa?" Jawab Datin Sri Ratna tanpa rasa bersalah.

"Mummy tanya kenapa? Ye lah sempat ke nak uruskan semuanya?" Tanya Tengku Umar.

"Jangan risau, biar mummy Ngan daddy yang uruskan semua" Jawab Datin Sri Ratna dengan tenang.

"Tapi siapa nak jadi wali?" Tanya Tengku Umar dengan cemas kerana dia tahu hubungan Ain Iman dengan adik beradiknya tidak terlalu baik, manakala ayahnya pula sudah tiada.

"Oh, kalau pasal tu, tadi Ain ada cakap kalau dia akan cuba pergi cakap kat abangnya, tadi baru je dia pergi rumah abang dia, takpe jangan risau, Khalid dengan Asher pun ikut sekali" Asher Miles, adalah anak buah sekaligus kawan kepada Tengku Umar.

"Huh.. nasib baik" Jawab Tengku Umar dengan nafas lega.

*Sementara itu di rumah Abang Ain

"Buat apa datang sini? Nak menyusahkan hidup aku lagi?" Kata Aiman Rizq, abang kepada Ain iman. Manakala Sofia Maisarah, isteri Aiman dan anaknya Ayla Sofia, hanya memandang tajam ke arah beg tangan
Yang bernama Mylockme Chain Pochette yang berharga RM 9,050.00 daripada jenama terkenal Louis Vuitton.

"Aku dah nak kahwin bulan depan, jadi aku nak kau yang jadi wali" Jawab Ain iman dengan nada dingin.

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?" Tanya Aiman Rizq sambil tersenyum sinis ke arah Ain Iman.
Manakala Ain pula hanya tersenyum sambil memandang tajam ke arah abangnya itu.

"Kalau kau tak nak, aku tak kisah, tapi kau kena bagi alasan kenapa kau tak nak jadi wali aku" Aiman Rizq hanya terdiam mendengar ucapan adiknya itu.

"Sebab aku benci dekat engkau, disebabkan kau aku tak dapat harta sedikit pun" Jawab Aiman Rizq.

"Tak dapat harta? Habistu tanah kat bendang tu apa?" Tanya Ain Iman, Aiman Rizq hanya mampu terdiam sambil memandang tajam ke arah Ain Iman.

"Lagi satu, sebenarnya rumah ni atas nama aku bukan kau, tapi disebabkan aku kesian dekat engkau aku bagi rumah ni dekat engkau" Sambung Ain Iman sebelum mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah itu, manakala Aiman Rizq,Sofia Maisarah dan Ayla Sofia hanya memandang kepergian Ain dari rumah itu.

'tunggu lah kau Ain, aku akan buat hidup engkau merana sampaikan kau tidak akan pernah rasa bahagia sedikit pun' Bisik Aiman Rizq didalam hatinya sambil tersenyum sinis.

"Macamana, dia nak ke?" Tanya Tengku Khalid sambil memandang ke arah calon adik iparnya itu.

"Tidak, dia kata dia tak nak jadi wali sebab dia benci dekat saya sebab dia tak dapat harta warisan" Jawab Ain Iman sambil memandang ke bawah.

"Teruknya, tapi Cik Ain jangan risau sebab kita boleh guna wali hakim, kerana alasan abang Cik tak masuk akal, betul kan Tengku?" Ucap Asher Miles sambil memandang ke arah Tengku Khalid.

"Betul tu, Asher, nanti suruh Arien carikan wali hakim" Jawab Tengku Khalid. Arien Rayne juga adalah anak buah kepercayaan Tengku Umar dan Tengku Khalid sekaligus kawan rapat mereka.

"Baik Tengku, nak kemana lepas ni?" Tanya Asher sambil menghidupkan enjin kereta mewah itu.

"Hantar saya balik dahulu, lepastu hantar Ain dan Umar ke Habib Jewels untuk ambil cincin nikah diorang" Jawab Tengku Khalid sebelum membukakan pintu kereta untuk Ain iman.

"Terima kasih" Ucap Ain Iman.

"Welcome" Jawab Tengku Khalid sambil tersenyum nipis.

Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)Where stories live. Discover now