Bab 3

59 7 1
                                    

*Tengku's Mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Tengku's Mansion

"Ehm.." Kedengaran suara seseorang yang baru bangun dari tidurnya. Matanya memperhatikan sekeliling ruang mewah itu. Cahaya matahari yang tidak terlalu cerah menyinari ruang mewah itu. Pakaian nya yang sudah ditukar kepada pakaian yang lebih mewah dan dia juga terbaring di katil besar dan mewah. Ruangan yang juga dihiasi emas itu bersinar terang dan indah.

"Eh? Dah bangun?" Kedengaran suara seorang wanita di depan pintu bilik yang mewah itu.

"Si-siapa aunty ni? Si-siapa yang tukarkan baju saya?" Tanyanya sebelum wanita itu mendekatinya.

"Nama aunty Datin Sri Ratna, takpe panggil je mummy, Umar yang jumpa kamu, katanya dia ternampak kamu terbaring kat tengah jalan, kamu ada masalah ke? Jangan risau, maid yang tolong tukarkan pakaian kamu" Katanya sambil membelai rambut gadis itu.

"Se-sebenarnya aun- eh, mummy saya bergaduh dengan adik beradik saya, diorang rampas semua harta saya, dan diorang pun nak bunuh saya juga" Katanya sambil menundukkan wajahnya. Datin Sri Ratna yang mendengar itu sedikit terkedu dan sedih atas perlakuan adik beradik gadis itu.

"Siapa nama kamu?" Tanyanya.

"N-nama saya Ain iman" Jawab gadis yang bernama Ain Iman itu.

"Takpe, Ain duduk je dulu dekat sini dengan mummy and daddy, kalau ada apa-apa boleh mintak tolong dekat Humaira, adik Umar atau Aleeya, ketua maid dekat sini" Tengku Humaira Dania adalah adik kepada lelaki yang menolong Ain Iman, iaitu Tengku Umar Danish, manakala Aleeya pula adalah ketua maid di situ.

"Kejap lagi Aleeya akan datang untuk uruskan pakaian kamu, dan nanti turun ke bawah ya, mummy nak suruh Umar bawak kamu pergi beli baju dan barang yang kamu perlukan, mummy turun dulu ya" Kata Datin Sri Ratna sebelum keluar dari bilik itu.

Tanpa mereka sedari Tengku Umar Danish mendengar percakapan mereka dari luar bilik.

"Ain Iman.. hm.. nama yang menarik.." Katanya sebelum tersenyum. Mata Hazel yang indah itu tajam memerhatikan Ain Iman dari luar bilik.

"Ha?! Kantoi usha anak orang!!" Sergah Tengku Khalid Daniell sebelum ikut mengintai. Tengku Khalid Daniell ialah abang kepada Tengku Umar Danish.

"Kau ni bang! Terkejut aku! Diamlah nanti daddy Ngan mummy dengar"

"Uish cantiknya, siapa tu?" Tanya Tengku Khalid kepada adiknya.

"Entahlah, aku jumpa dia semalam terbaring kat tengah jalan, tu yang aku bawak balik" Jawab Tengku Umar.

"Cantik, lehernya jinjang, mata light brown, bibir peach, hidung mancung, lepastu.." Bisik Tengku Umar di telinga Tengku Khalid.

"Lepastu apa?!" Sergah Tengku Muhammad Hamzah, ayah Tengku Khalid Daniell, Tengku Umar Danish dan Tengku Humaira Dania. Sememangnya kebanyakan nama mereka diambil dari perkataan Arab atau nama sahabat nabi, kerana mereka keturunan Melayu Arab.

"Ohh, dah pandai mengintai anak dara orang ek, daddy bagitahu mummy!!" Kata Tengku Muhammad sambil menarik telinga kedua anak teruna nya itu.

"Aduhhh!" Jerit Tengku Umar.

"Sakit daddyy!!" Sambung Tengku Khalid.

"Sakit? Sakit lagi hati daddy tengok perangai kamu berdua ni! Dah besar pun tak reti jaga adab!" Marah Tengku Muhammad.

"Apa yang bising-bising ni!" Tanya Datin Sri Ratna yang tiba-tiba muncul.

"Eh t-takde apa-apa sayang, ni ha tadi ada dua ekor nyamuk, susah betul nak tangkap, tu yang b-bising sikit hehe" Kata Tengku Muhammad sambil tersenyum akward.

"Ha-haah mummy" Sambung Tengku Umar dan Tengku Khalid.

"Ha ye lah, eh ni Umar pergi siap sekarang, kejap lagi bawak Ain pergi beli baju dan barang-barang yang dia perlukan"

"Ok mummy" Jawab Tengku Umar.

"Woi bang, nanti teman ak-"

"Ah takde! Pergi sendiri, kau yang selamat kan dia semalam kan" Belum sempat Tengku Umar menghabiskan ayatnya, Tengku Khalid sudah memotong ayatnya dahulu sebelum pergi meninggalkan Tengku Umar dan Tengku Hamzah.

"Daddy tengok abang!!" Rungut Tengku Umar kepada Tengku Muhammad.

"Daddy tak tahu" jawab Tengku Muhammad sambil mengangkat bahunya sebelum dia juga beredar dari situ. Manakala Tengku Umar pula hanya mampu terdiam melihat kepergian bapanya itu.


Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)Where stories live. Discover now