"Dah?" Tanya Tengku Umar Danish kepada Ain iman yang duduk disebelah tempat duduknya.
"Ehm" Jawab Ain Iman sambil mengangguk.
"Kita nak ke mana ni?" Tanya Ain Iman.
"Mummy kata singgah Watson dulu lepastu baru pergi mall" Jawab Tengku Umar sambil fokus memandu.
"Ooh ok..err.. kalau saya tanya sesuatu boleh?" Tanya Ain Iman.
"Tanya apa?" Jawabnya.
"Siapa nama awak?" Tanyanya.
"Kamu nanya?" Jawab Tengku Umar. Ain iman yang terkejut itu pun terus memandang ke arah lelaki itu.
"Hehe gurau, nama saya Umar Danish, Tengku Umar Danish, awak boleh panggil saya abang Umar, tapi kalau nak panggil Umar je pun boleh" Sambung lelaki itu sebelum membalas pandangan gadis di sampingnya itu.
"Emm, kalau saya panggil pakcik Umar boleh?" Tanya Ain sambil tersenyum nakal.
"Exscuse me? Saya muda lagi, kahwin pun belum lagi, kalau awak panggil saya macam tu lagi, saya panggil awak makcik Ain" Jawab Tengku Umar sambil memandang tajam ke arah Ain.
"Hmm ye lah Abang Umar" Perkataan abang Umar itu saja ditekankannya.
*Setelah sampai di Watson
"Ain pergilah cari barang yang awak nak, skincare ke, apa-apa je lah, Abang Umar tunggu dekat luar" Kata Tengku Umar sebelum duduk di sebuah kerusi yang terletak di hadapan kedai itu.
Ketika Ain ingin mengambil barang di atas sebuah rak yang agak tinggi, ia sedikit kesusahan kerana dirinya sedikit pendek. Tidak lama kemudian kelihatan ada sebuah tangan yang membantunya mengambil barang yang diinginkannya.
"Ish! Susah la pulak nak ambik benda ni!" Katanya sambil berusaha menggapai barang tersebut.
"Tu lah! Lain kali jangan jadi pendek sa-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ada sebuah suara yang menyampuk.
"Lain kali mintak tolong, jangan paksa kan diri sangat, Nah, ambik" Kata Tengku Umar sambil memandang ke arah Ain.
"Macamana aw-"
"Dari luar saya dah nampak" Jawab Tengku Umar.
"Dah ke? Kalau dah jom bayar" Tanya Tengku Umar.
"Dah, jom bayar, eh tapi saya takde duit" Kata Ain sebelum berhenti bergerak.
"Haih.. takpe ikut je" Jawab Tengku Umar sambil berjalan ke arah cashier.
"Err ok?.." Jawab Ain sebelum mengikuti langkah Tengku Umar.
"Total semuanya RM220.98, cash atau Card?" Tanya Cashier itu.
"Card" Jawab Tengku Umar sebelum mengeluarkan black Card miliknya. Manakala Ain Iman hanya terdiam memandang black Card itu dengan wajah tidak percaya.
"Ok jom, sekarang kita pergi mall, cari baju and barang sikit" Kata Tengku Umar sebelum keluar dari kedai itu. Manakala Ain pula hanya mengikuti langkah kakinya dari belakang.
*Setelah sampai di mall
"Kita cari kat kedai ni je lah" Kata Ain sambil memasuki sebuah butik.
"Ok" Jawab Tengku Umar sebelum pergi ke salah satu pekerja di sana.
YOU ARE READING
Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)
قصص عامةAin Iman adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Pada suatu hari dia terjumpa seorang lelaki yang menolongnya, Tengku Umar Danish. Sejak hari itu, ia terus menaruh hati kepada lelaki itu,tidak lama kemudian dia dijodohkan. Namun perkahw...