Bab 9

24 3 0
                                    

"Kami pergi dulu ye mummy daddy" Kata Ain Iman sebelum menyalami dan memeluk Datin Sri Ratna.

"Baiklah, hati-hati ye" Jawab Datin Sri Ratna dengan lembut.

"Umar, jaga bakal bini kamu ni elok-elok ye, jangan sampai jadi macam hari tu, balik-balik je kaki dah bengkak" Ucap Tengku Muhammad sambil menepuk-nepuk bahu anak keduanya itu.

"Ya lah, tapi itu bukan salah Umar, itu semua salah anak Dato' yang mukanya macam makcik cleaner tu, kalau tak pun mukanya macam penjual karpet Afghanistan tu" Jawab Tengku Umar.

"Oh mummy lupa nak cakap, nanti lepas ambik cincin nikah, kamu singgah rumah mak ngah dulu ya, ambik barang hantaran yang mak ngah dah siap gubah, kamu bawaklah balik sikit, nanti takde lah banyak sangat barang yang mak ngah kena bawak, kesian dia, Harraz pun rasanya waktu kamu bersanding nanti baru datang, sebab banyak kerja katanya" Pesan Datin Sri Ratna.

"Oh Harraz datang ke, ingatkan dia tak datang, takpelah kalau macamtu, kami pergi dulu ye, Assalamualaikum" Apabila mendengar nama Harraz, wajah Tengku Umar terus menjadi mendung kerana Harraz merupakan musuhnya sejak kecil, bahkan Harraz juga selalu tidak puas hati dengan Tengku Umar, setiap yang Tengku Umar miliki, mesti Harraz akan merampasnya dari Tengku Umar, tak kira itu barang ataupun orang.

                                                                              
                            

"Kita dah sampai" kata Asher sebelum keluar dari kereta mewah itu.

"Jom" Ajak Tengku Umar sebelum memasuki kedai emas Habib Jewels itu.

"Ah Tengku, saya nak ke sana sekejap ye, nanti kalau dah siap, call je" Mendengar ucapan itu, Tengku Umar hanya mengangguk perlahan sebelum kembali berjalan masuk.

"Err, saya nak ambil cincin nikah yang saya tempah haritu" Kata Tengku Umar kepada pekerja di situ.

"Owh, encik Tengku Umar kan, nak ambil cincin ya, tunggu sekejap ya" Jawab pekerja itu.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pekerja itupun datang sambil membawa sesuatu di tangannya.

"Ini dia cincin yang Tengku tempah haritu, maaf menunggu lama" Kata pekerja itu sambil memberikan sekotak cincin. Setelah mengambil kotak itu, Tengku Umar teruk membukanya.

 Setelah mengambil kotak itu, Tengku Umar teruk membukanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wow, cantik" Kata Ain Iman.

"Awak suka?" Tanya Tengku Umar.

"Mestilah saya suka" Kata Ain Iman sambil tersenyum manis.

"Takpe, nanti tak lama lagi cincin ni jadi milik awak, jangankan cincin, saya pun akan jadi milik awak nanti" Mendengar ucapan Tengku Umar, muka Ain Iman terus memerah, manakala pekerja disitu pula hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat kelakuan mereka berdua.

Ketika sedang asyik mereka berbual-bual muncullah satu parasit yang mengganggu perbualan mereka.

"Eh, Danishh! Babe, you buat apa kat sini? Eh cincin apa ni, oh I tau, ni mesti cincin untuk I kan, oh My god!! Sweet nya you!!" Kata Dhia Nielle sambil membuka kotak cincin itu.

"You ni..penjual karpet Afghanistan tepi bank tu kan?! Owh kebetulan I nak beli karpet kat kedai you, untuk majlis nikah I nanti, and lagi satu, jangan perasan sangat, cincin tu bukan untuk you, lagipun cincin tu muat ke kat jari you yang gemuk tu, My future wife jari dia tak gemuk macam you, owh by the way this is My future wife, minggu depan kitaorang nak kahwin, jangan lupa datang tau" Mendengar ucapan Tengku Umar, Dhia terus terdiam seribu bahasa, dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan mempermalukan dirinya di hadapan orang ramai seperti itu, manakala Ain Iman dan pekerja-pekerja di situ pula berusaha untuk menahan tawa melihat muka Dhia.

"O-owh, so y-you la perempuan yang ramai orang kata you tu Danish future wife, you guna minyak pengasih ek, sebab tu you boleh dapat Danish dengan senang" Kata Dhia.

"Owh, for your information, sebenarnya dulu I yang terjumpa Ain, lepastu I jatuh cinta dengan Ain sebab pakaian dia, wajah dia, akhlak dan adab dia, dan tiba-tiba I dijodohkan dengan dia, dan sepanjang kitaorang kenal, kitaorang jarang bersembang dan berdua-duaan, so takde maknanya dia nak calit minyak pengasih dekat aku" Belum sempat Ain Iman menjawab, Tengku Umar sudah menjawab dahulu.

"Eh dah nak petang sangat ni, jomlah, lagipun nanti nak ambil barang hantaran kat rumah mak ngah lagi" Kata Tengku Umar sebelum dia dan Ain Iman berjalan meninggalkan Dhia.

"Kau tunggu perempuan, aku akan buat hidup kau merana, owh aku tahu nak mintak tolong siapa" Bisik Dhia didalam hatinya.


                                                                          
                       

Nota:

Parasit adalah mikroorganisme yang hidup dan menggantungkan hidup dari organisme lain. Sebagian parasit tidak berbahaya, sedangkan sebagian lain dapat hidup dan berkembang di dalam tubuh manusia kemudian menyebabkan infeksi. Infeksi parasit kadang dapat sembuh dengan sendirinya.

Minyak pengasih adalah sebuah minyak yang dibuat oleh dukun atau bomoh untuk membuat seseorang suka kepada kita. Minyak pengasih juga adalah salah satu sihir dan dilarang dalam Islam kerana syirik. Jadi jangan guna minyak pengasih, kalau betul-betul sukakan si dia, baca lah doa "Allahumma layyin li qalbahu (nama dia) kamma laiyyanta li hadiid dauud"  maksudnya "ya Allah.. engkau luluhkanlah hatinya (nama dia) sebagaimana engkau telah luluhkan besi nabi Daud"..

Correct me if i'm wrong..

Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)Where stories live. Discover now