Setelah sampai di hadapan pintu bilik hotel yang mereka akan duduki, Ain Iman terus terkaku dan tidak tahu mahu buat apa dan hanya termenung sambil memikirkan sesuatu.
"Ok, takpe Ain, lupakan masalah tadi, sekarang kau kena pikir, nak masuk macamana" Kata Ain Iman.
"Eh dah kenapa macam nak merompak pulak ni, ah lantak lah, ok first, nak bagi salam lepastu ketuk ke tak, tapi ni bilik aku jugak, ah lantak lah bagi je lah salam" Katanya lagi.
"Ok..1..2..3.. ASSALA-" Sambung Ain Iman sebelum.
"MBHAAA!! HA TERKEJUT TAK!!" Sergah Tengku Umar yang tiba-tiba muncul dari dalam bilik hotel yang mewah itu.
"OPOCOT POCONG KUNTILANAK DINOSAUR TAK CUKUP VITAMIN!!" Latah Ain Iman yang terkejut separuh mati sebelum memukul bahu Tengku Umar.
"Ish awak ni, lama-lama gugur jantung saya kalau duduk dengan awak ni tau!" Ucap Ain Iman.
"Eitsss, nak kemana sayang ku" Kata Tengku Umar sambil menghalang Ain Iman daripada masuk ke dalam bilik mereka.
"N-nak masuk l-lah, ke-kemana lagi" Jawab Ain Iman.
"Owhh.. nak masuk ya, boleh tapi kena kiss saya dulu, baru boleh" Kata Tengku Umar lagi sambil mendekatkan wajahnya dengan Ain Iman.
"Eiii awak ni pervert lah, dah lah tepi saya nak masuk sebelum saya gigit awak" Kata Ain Iman sambil berusaha menolak tubuh suaminya itu.
"Eii akut nyaaa, akut angat" Jawab Tengku Umar sebelum menjauhkan dirinya daripada Ain Iman dan membiarkannya masuk.
"Dia tu sakit ke, macam mental je, entah-entah.. eii dah lah" Bisik Ain Iman sambil berjalan masuk.
"Eii, tah kenapa tah mamat tu tadi, tetiba je mintak cium, memang tak lah" Bebel Ain Iman sambil menuangkan syampu di tangannya.
"Awak cakap pasal saya ke?" Tanya Tengku Umar yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik air yang digunakan oleh Ain Iman.
"AHHH!!, S-SEJAK BILA A-AWAK MASUK TANPA IZIN NI" Jerit Ain Iman yang terkejut akan kehadiran Tengku Umar dengan kondisi hanya memakai tuala yang menutup pusat hingga lututnya sahaja dan masuk tanpa izin ketika ia sedang mandi.
"Lah, salah ke kalau saya nak masuk, lagipun awak kan isteri saya, jadi tak salah lah kan" Jawab Tengku Umar dengan tenang seakan tidak terjadi apa-apa.
"Y-ye lah, t-tapi mintak la i-izin atau ketuk pintu tu d-dulu" Kata Ain Iman sambil bergegas memakai tuala yang disediakan oleh maid yang bertugas di hotel itu.
"Eh awak nak kemana tu?" Tanya Tengku Umar yang sudah selesai menggosok gigi.
"Nak ambil baju lah, takkan nak pergi jogging pula" Jawab Ain Iman sambil bergegas ke wardrobe yang berdekatan dengan tingkap yang terbuka sedikit dan membuatkan suasana di dalam ruangan itu menjadi lebih dingin dan tenang.
Ketika sedang mengambil baju, Ain Iman merasakan ada sesuatu yang hangat dibelakangnya dan alangkah terkejutnya dia apabila bila Tengku Umar memeluk tubuhnya dari belakang dan perlahan mencium lehernya yang jinjang dan berbau wangi daripada sabun yang dibelikan oleh Datin Sri Ratna khas untuknya sahaja.
"I Love You My Little Devil" Kata Tengku Umar.
"Eii, pervert nya mamat ni, belum sampai sehari nikah" Bisik Ain Iman di dalam hati.
"Sejak bila saya pervert, saya tak rasa pun kalau saya ni pervert, lagipun awak isteri saya" Kata Tengku Umar secara tiba-tiba.
"Aik, dia boleh baca fikiran aku" Bisik Ain Iman lagi di dalam hati.
"Mestilah, awak kan isteri saya" Jawab Tengku Umar lagi.
"Alah, tak boleh nak mengutuk lagi" Bisik Ain Iman lagi di dalam hati.
"Kalau awak nak kutuk saya, awak kutuk je depan-depan, saya tak marah pun" Kata Tengku Umar sambil memusingkan badan Ain Iman.
"Ya ke awak tak sakit hati" Tanya Ain Iman.
"Ya, tak" Jawab Tengku Umar.
"Ok" Kata Ain Iman.
"Dah awak siaplah, nanti saya nak bawak awak jumpa bestie-bestie ataupun senang panggil family angkat saya" Kata Tengku Umar sambil memakai bajunya. Ye lah takkan nak pakai baju bininya pulak, kang pelik pulak.
"Err, awak, saya nak cakap sesuatu ni" Kata Tengku Umar.
"Apa dia?" Tanya Ain Iman sambil memandang ke arah Tengku Umar.
"Nak tak kalau kita buat panggilan untuk masing-masing, contoh saya panggil awak sayang, awak panggil saya abang, boleh tak?" Tanya Tengku Umar.
"Mestilah boleh, kalau macamtu saya panggil awak habib atau habibi boleh? Sebab habib maknanya sayang ku" Kata Ain Iman.
"Of course My Little Devil, dah jom kita turun" Kata Tengku Umar sebelum meletakkan tangannya di pinggang Ain Iman.
"Ok aw- eh habib" Jawab Ain sebelum mereka berjalan turun.
Disebabkan author gantung lama sikit dari yang dijangkakan, so kali ni kita buat panjang sikit❤️❤️
Btw Thanks sebab dah baca cerita yang agak merepek ni dan sekian terima gaji 🥰❤️.....
YOU ARE READING
Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)
General FictionAin Iman adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Pada suatu hari dia terjumpa seorang lelaki yang menolongnya, Tengku Umar Danish. Sejak hari itu, ia terus menaruh hati kepada lelaki itu,tidak lama kemudian dia dijodohkan. Namun perkahw...