"Assalamualaikum mak ngah" Ucap Tengku Umar sambil memasuki rumah Puan Haniz. Puan Haniz adalah mak ngah kepada Tengku Umar.
"Waalaikumsalam, eh Umar, marilah masuk, kamu nak ambil barang hantaran kan, tunggu kejap ya, eh pergilah sembang dulu dengan Harraz, dia ada atas" Jawab Puan Haniz sambil berjalan ke arah sebuah bilik.
"Ok mak ngah, jom awak kita duduk dulu" Ajak Tengku Umar.
Ketika sedang berbual-bual tiba-tiba mereka mendengar ada suatu suara menyampuk.
"Eh, Umar.. sejak bila kau datang? Ni Ain kan? Bakal isteri Umar" Kata Harraz sambil melabuhkan punggung di sofa empuk itu.
"Aku dah lama datang, ha kau bila balik, tak cakap pun" Tanya Tengku Umar.
"Aku baru semalam balik, dapat cuti awal, nanti lepas kau kahwin nanti aku balik la ke sana" Jawab Harraz.
"Owh.. eh Hariz mana? Aku tak nampak pun dia" Tanya Tengku Umar. Hariz Iskandar adalah adik kepada Harraz, berbeza dengan Harraz, Hariz lebih baik dan rapat dengan Tengku Umar sejak kecil, Hariz juga lebih disukai orang ramai berbanding dengan Harraz.
"Ada, biasalah dia, tengah beradu kat atas tu, katanya penat sangat, tah apa tah yang penat" Jawab Harraz.
"Woi Umar, datang tak cakap, bila sampai?!" Jerit Hariz dari tingkat atas.
"Eh, Hariz, meh la turun tengok bakal bini aku, tengok aku dah ada, kau bila lagi?!" Jawab Tengku Umar.
"Eh aku muda lagi la, masih nak rasa lagi zaman bujang, nanti kalau dah ready baru aku cari!!" Jawab Hariz dari tingkat atas.
"Kejap lah aku nak turun!!" Ucap Hariz sebelum berlari turun ke tingkat bawah.
"Apa jerit-jerit ni, sampai ke bilik dengar, ha ni Umar barang hantaran kamu, yang selebihnya nanti Harraz Ngan Hariz yang bawak kan" Kata Puan Haniz sambil membawa beberapa barang hantaran yang telah siap digubahnya.
"Ah Hariz, tolong ambil kan lagi satu, yang set perfume tu, ada ibu letak dekat atas meja" Suruh Puan Haniz.
"Ha, macamana Umar, semua ok?" Tanya Puan Haniz sebelum melabuhkan punggung di atas sofa miliknya.
"Ok je mak ngah, semua dah siap, tapi dewan untuk bersanding nanti masih dihias, kalau dewan untuk nikah dah siap dah semalam sebab mummy pilih tema yang simple" Jawab Tengku Umar.
"Owh bagus lah macamtu, nanti takde lah kelam kabut sangat, eh tadi pagi, mak uda ada telefon mak ngah katanya nanti dia nak tinggal dulu dekat rumah mak bapak kamu sampai kamu kahwin nanti, boleh ke?" Tanya Puan Haniz.
"Kalau Umar boleh je, tapi kena tanya Ain lah, takut dia tak selesa pulak" Jawab Tengku Umar.
"Ah saya ok je kalau mak uda nak tinggal dulu kat rumah mummy Ngan daddy, lagipun itu bukan rumah saya" Jawab Ain Iman dengan lembut.
"Ha ye lah kalau macamtu nanti mak ngah bagitahu mak uda ya, eh tapi kamu berdua hati-hati tau, sebabnya Nisya pun ikut sekali, Umar, kamu pun tau lah kan Nisya tu macamana" Pesan Puan Haniz kepada Tengku Umar dan Ain Iman.
"Ha? Nisya pun ikut jugak ke, biasanya dia tak ikut" Jawab Tengku Umar dengan wajah yang sukar dijelaskan.
"Ya, tak tahulah, mesti ada benda yang dia nak buat, ye lah Nisya tu kan dari dulu suka dekat kamu, eh tiba-tiba kamu nak kahwin dengan Ain, tu yang mak ngah takut, dia tu sanggup buat semua benda untuk perkara yang dia suka" Ucap Puan Haniz.
"Ibu, ni ha barang yang ibu suruh bawak tadi tu, eh Umar, boleh tak nanti aku tumpang kat rumah kau atau mak bapak kau, ye lah aku nak kau nikmati sisa zaman bujang kau ngan aku, ye lah nanti kau dah kahwin aku dah takde kawan" Sampuk Hariz yang baru keluar dari bilik sambil membawa set perfume yang telah siap digubah.
"Ceh, nikmati masa bujang konon, ha ye lah, nanti kalau kau dah nak datang kau call je aku, nanti aku bagitau mak bapak aku" Jawab Tengku Umar.
"Eh, jomlah balik, dah nak malam ni, lagipun kesian Asher lama tunggu" Kata Tengku Umar sebelum berdiri dan menyalami tangan Puan Haniz dan diikuti oleh Ain Iman.
"Kami balik dulu ye mak ngah, Assalamualaikum" Ucap Ain Iman sebelum memeluk Puan Haniz.
"Ya, hati-hati ya, kalau Nisya buat yang bukan-bukan dekat kamu bagitahu je mak ngah atau Hariz, biar mak ngah lumat-lumatkan dia" Jawab Puan Haniz sambil tersenyum.
"Ha, Hariz jangan lupa bawak baju lebih, badan kau tu kecik, kalau baju aku tak muat, macam haritu" Kata Tengku Umar sambil menepuk-nepuk bahu Hariz.
"Ha ye lah" Jawab Hariz.
"Ok lah bye, Assalamualaikum" Kata Tengku Umar dan Ain Iman.
"Waalaikumsalam" Jawab Puan Haniz, Harraz dan Hariz dengan nada serentak.
YOU ARE READING
Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)
Ficción GeneralAin Iman adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Pada suatu hari dia terjumpa seorang lelaki yang menolongnya, Tengku Umar Danish. Sejak hari itu, ia terus menaruh hati kepada lelaki itu,tidak lama kemudian dia dijodohkan. Namun perkahw...