The Tengku's Living Room
"Ha, Umar, Khalid, kamu ni dah tak reti nak balik rumah sendiri ke? Sejak ada Ain, mummy tengok kamu ni macam dah takde rumah dah, ke ada sesuatu yang kamu sembunyikan dari mummy Ngan daddy?" Tanya Datin Sri Ratna kepada kedua anak teruna nya itu.
"Takde apa-apa lah mummy, kitaorang cuma rasa nak tinggal dekat sini lama sikit je, ye lah, lagipun dekat rumah Umar bukannya buat apa pun, cuma tengok TV, kerja, lepastu membaca, itu yang balik rumah mummy ni" Jawab Tengku Umar sambil menyenggol tangan Tengku Khalid yang terpinga-pinga mendengar soalan Datin Sri Ratna.
"Ha-haah mummy, Khalid pun macam Umar, lagipun bosan lah asyik-asyik je tengok muka maid, sekali-sekali nak jugak tengok muka Ai- eh, maksudnya muka mummy Ngan daddy, ha haah" Sambung Tengku Khalid. Ain dan Tengku Umar yang mendengar perkataan Tengku Khalid itu terus memandang ke arah Tengku Khalid sebelum menundukkan wajahnya. Manakala Tengku Umar terus mencubit lengan abangnya itu.
"Kau ni bang, jangan nak gatal sangat boleh tak?!" Bisik Tengku Umar ditelinga Tengku Khalid.
"Aku tak sengaja lah!" Jawab Tengku Khalid.
"Betul, ke ni? Daddy tengok kamu berdua ni macam ada sesuatu je"
Tanya Tengku Muhammad.*Sebelum itu
Di ruang Tengku Khalid.
"Ha, dah kenapa panggil aku?" Tanya Tengku Umar yang baru masuk ke dalam ruangan mewah itu.
"Umar, aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?" Tanya Tengku Khalid sambil memandang ke arah Tengku Umar yang bersandar di meja kerjanya.
"Boleh, memangnya kau nak tanya apa?" Jawab Tengku Umar yang mula tidak sedap hati.
"Kau suka Ain ya?" Tanya Tengku Khalid sambil memandang tajam ke arah Tengku Umar yang sedang mahu duduk di sofa yang berdepan dengan meja kerjanya.
"Kenapa kau tanya macam tu? Aku tak suka pun dekat Ain" Jawab Tengku Umar setelah melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu.
"Sebab boleh dik, lagipun aku tengok kau bukan main sayang dekat Ain, ye ke tak suka? Umar, ingat pesan daddy, jangan suka menipu, lagi-lagi dengan keluarga sendiri, tak baik" Jawab Tengku Khalid sambil tersenyum nipis ke arah adiknya itu.
"Huh.. ye lah aku jujur aku suka dekat dia, tapi aku tak tahu macam mana nak cakap dekat daddy Ngan mummy" Jawab Tengku Umar dengan wajah yang murung.
"Takpe nanti aku cuba cakap kan, dah lah, mari turun, mummy Ngan daddy mesti ada dekat bawah" Kata Tengku Khalid sambil berjalan keluar untuk ke ruang tamu.
*Di masa sekarang
"Mummy Ngan daddy nak cakap sesuatu"
"Khalid Ngan Umar nak cakap sesuatu" Kata Tengku Khalid dan Tengku Muhammad secara bersamaan membuatkan semua orang memandang antara satu sama lain.
"Err, daddy Ngan mummy cakap lah dulu" Jawab Tengku Khalid.
"Sebenarnya mummy Ngan daddy nak jodohkan Umar dengan Ain, mummy Ngan daddy pun dah bincang dengan Ain, Ain setuju je, sekarang ni Umar setuju ke tidak?" Tanya Tengku Muhammad dengan nada serius walaupun wajahnya terlihat santai.
Terkedu Tengku Umar dan Tengku Khalid mendengar pertanyaan ayahnya itu. Tengku Umar memandang kearah Ain Iman yang wajahnya sudah memerah, dia juga tidak berani mengangkat wajahnya.
"Se-sebenarnya daddy, mummy, Khalid dengan Umar nak cakap kalau Umar sebenarnya suka dekat Ain, tu yang kitaorang nak tanya daddy Ngan mummy setuju tak, eh tiba-tiba mummy Ngan daddy cakap macam tu" Jawab Tengku Khalid sambil memandang wajah ayah dan ibunya yang juga terkejut akan hal itu. Tengku Umar kembali memandang Ain Iman yang duduk disebelah adiknya, wajahnya semakin memerah seperti tomato, melihat wajah Ain yang memerah Tengku Umar hanya tersenyum sambil menunjukkan pandangan.
"So maknanya dua-dua setuju la ni?" Tanya Tengku Humaira Dania. Mendengar pertanyaan itu Tengku Umar dan Ain Iman hanya mengangguk.
"Alhamdulillah!" Melihat itu Tengku Muhammad, Datin Sri Ratna, Tengku Khalid dan Tengku Humaira terus mengucapkan Tahmid atau Hamdalah. Tengku Khalid terus menepuk bahu adiknya itu sambil mengatakan sesuatu.
"Jaga dia baik-baik bro, jangan sampai orang lain rebut dia dari diri kau" Bisik Tengku Khalid di telinga Tengku Umar.
"Maksud kau?" Tanya Tengku Umar.
"Kau akan paham sendiri nanti" Jawab Tengku Umar sambil tersenyum nipis, entah apa yang ada didalam fikiran luas abangnya itu, yang dia tahu, perkataan itu mempunyai maksud dan erti yang dalam dan berguna untuk hidupnya.
"Aaa, gembiranya mummy, akhirnya dapat menantu!! Alhamdulillah ya Allah" Ucap Datin Sri Ratna sambil memeluk tubuh Tengku Muhammad yang pasrah ketika digomoh-gomoh Datin Sri Ratna kerana terlalu gembira. Dah biasa katanya.
YOU ARE READING
Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)
Fiksi UmumAin Iman adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Pada suatu hari dia terjumpa seorang lelaki yang menolongnya, Tengku Umar Danish. Sejak hari itu, ia terus menaruh hati kepada lelaki itu,tidak lama kemudian dia dijodohkan. Namun perkahw...