Bab 8

30 2 0
                                    

"Assalamualaikum" Ucap Tengku Khalid dan Ain Iman sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Muhammad dan Datin Sri Ratna.

"Waalaikumsalam,eh dah balik dah, macam mana tadi, dia nak tak?" Tanya Datin Sri Ratna yang baru keluar dari dapur. Mendengar pertanyaan itu, Tengku Khalid hanya menggelengkan kepala menandakan tidak.

"Takpe jangan risau mummy, kita boleh guna wali hakim, Khalid dah suruh Asher cakap dekat Arien untuk carikan wali hakim" Jawab Tengku Khalid sebelum berjalan ke arah dapur.

"Oh ok, ha Ain, kamu pergi lah dulu rehat sekejap, Umar pun tengah bersiap, kejap lagi turun lah tu, eh nanti tolong panggilkan Asher sekali, suruh dia masuk dulu makan sama-sama ya, mummy nak hidangkan makanan kejap" Ucap Datin Sri Ratna sebelum pergi ke dapur untuk menghidangkan lauk makan tengahari mereka. Manakala Ain iman pula berjalan keluar untuk memanggil Asher untuk makan tengahari bersama mereka.

"Mana dia ni? Ah tu dia, Asher, jom masuk kita makan sama-sama" Ajak Ain Iman.

"Ah, ok, kejap lagi saya masuk" Jawab Asher yang sedang berbual dengan seorang di dalam telefon bimbitnya.

"Oh..ok.." Ucap Ain Iman sebelum ingin melangkah masuk ke dalam rumah untuk berehat dan makan sebentar.

"Awak buat apa dekat luar" Tanya Tengku Umar yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah itu.

"Opocot keranda atuk terbalik!" Latah Ain Iman.

"Hahaha, terkejut la tu" Jawab Tengku Umar sambil menggeleng kepala dan tertawa kerana melihat wajah terkejut Ain Iman.

"Ish awak ni, saja je, dah lah tepi saya nak masuk" Kata Ain Iman sebelum ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eitss, tak bolehh" Jawab Tengku Umar sambil menghalang Ain dari masuk ke dalam rumah.

"Oh.. kau tak nak kasi aku masuk ye.. tunggu.. 1.. 2.." Ucap Ain Iman didalam hati sebelum..

"3! Mummy! Daddy! Umar tak kasi saya masuk!!" Jerit Ain Iman. Manakala Tengku Umar pula sudah terpinga-pinga.

"Janganlah bagitau mummy!!" Jawab Tengku Umar sambil berpeluh-peluh.

"Apa bising-bising ni, Umar! Dah kenapa tak kasi Ain masuk! Biarlah dia tu masuk, yang kamu nak halang dia dah kenapa?" Ucap Datin Sri Ratna yang muncul di depan pintu sebelum menarik telinga Tengku Umar.

"Adehh mummyyy!! Sakitlah!!" Jerit Tengku Umar.

"Ha tau pun sakit.." Jawab Datin Sri Ratna sebelum melepaskan tangannya dari telinga Tengku Umar.

"Dah, jom Ain, kita masuk, biar je dia ni" Ucap Datin Sri Ratna sebelum mengajak Ain Iman untuk masuk ke dalam.

"Eh eh, mana anak mana bakal menantu, aku yang anak pulak ditinggalkannya" Bebel Tengku Umar.

"Apa yang jadi, tadi aku dengar ada orang menjerit-jerit, sampai ke depan dengar" Tanya Asher yang baru hendak masuk.

"Takde apa-apa, tadi kitaorang main kejap" Jawab Tengku Umar.

"Aik, awal betul main dengan bakal bini, kahwin pun belum" Ucap Asher sambil memandang pelik ke arah Tengku Umar.

"Dah lah, jom masuk" Ucap Tengku Umar sambil berjalan ke arah dapur sambil diikuti oleh Asher.

"Ok.." Jawab Asher.

                                                                             
                                






Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)Where stories live. Discover now