Keesokan harinya..
Hari ini ialah hari persandingan Ain Iman dan Tengku Umar. Mereka berdua disiapkan di dalam dua bilik yang berbeza, MUA yang ditanggung jawabkan untuk menyiapkan dan menghiasi pengantin perempuan ialah anak kepada kawan Datin Sri Ratna iaitu Zanisya, manakala pengantin lelaki pula disiapkan oleh suami kepada Zanisya iaitu Zafran.
"Ok, tinggal lagi sikit je... Ha, dah siap pun, masyaallah cantiknyalah isteri Umar ni" Puji Zanisya ketika sudah selesai memakeup kan Ain Iman.
"Hehe, terima kasih.. awak pun apa kurangnya" Jawab Ain Iman dengan senyuman manis.
"Ok, dah jom keluar, mesti Umar dah tunggu awak kat luar" Kata Zanisya sebelum membetulkan veil yang dipakai Ain Iman supaya dia senang untuk berjalan.
Ketika dia sudah keluar dari bilik itu, dia melihat Tengku Umar yang sudah berdiri di hadapan pintu dewan yang akan mereka masuki.
"Ha, keluar pun, cepat cepat, orang dah tunggu dah kat dalam" Kata Zafran yang sedang berdiri di sebelah Tengku Umar.
"Sabarlah you ni, you ingat senang ke nak jalang pakai dress ni" Jawab Zanisya sambil membetulkan kembali veil yang dipakai oleh Ain Iman.
"Ye lahh" Kata Zafran.
"Ha ok dah siap" Kata Zanisya sebelum berjalan dan memeluk tangan Zafran.
"Oklah, kitaorang masuk dulu ya, goodluck" Kata Zafran sebelum dia dan isterinya masuk ke dalam dewan untuk duduk.
"Awak dah sedia?" Tanya Tengku Umar kepada Ain Iman.
"Dah" Jawab Ain Iman.
"Ye lah tu, cakap je dah sedia tapi tangan menggeletar peluk tangan aku, huhahaha" Kata Tengku Umar dalam hati sambil menahan tawa melihat isterinya.
"Takpe, kalau awak takut, awak peluk je tangan Saya kuat kuat tau, ke.. nak saya dukung?" Tanya Tengku Umar sambil menahan tawa.
"Tak nak lah, gila ke nak dukung masuk dewan, orang gila pun tak camtu" Jawab Ain Iman sambil side eye kepada Tengku Umar.
"Uu tajamnya side eye, takut tite" Kata Tengku Umar.
"Dah dah, kang lambat pulak masuk" Kata Ain Iman.
"Ehem ehem, asal aku pulak yang berdebar ni" Bisik Tengku Umar di dalam hati sambil berdehem.
"Dah?"
"Dah"
Apabila pintu dewan itu mula dibuka, Tengku Umar dan Ain Iman mula berjalan masuk. Kelihatan sebuah pelamin yang indah namun sederhana kerana memang Ain Iman yang minta supaya pelaminnya dibuat simple namun tetap indah.
Manakala semua mata tetamu undangan pula tertuju kepada Ain Iman kerana dirinya yang sangat cantik jelita. Baju pengantin yang dipakainya juga sangat cantik dan menarik perhatian, dengan warna biru muda dan sedikit warna putih, bajunya juga dihiasi dengan batu berwarna emas di bahagian lengan dan bawah bajunya menambahkan lagi kecantikannya.
Apabila mereka berdua sudah sampai di pelamin, Tengku Umar membetulkan kembali veil dan dress yang dipakai isterinya supaya isterinya selesa untuk duduk. Setelah itu barulah Tengku Umar pula yang duduk.
Setelah duduk dengan selesa, Tengku Umar memandang ke arah Arien Rayne dan Asher Miles yang menjadi emcee sambil mengangguk menandakan dia sudah sedia.
"Assalamualaikum and good morning everyone, my name is Arien Rayne and this is Asher Miles, at first, we want to thank you for being willing to attend the wedding ceremony between Tengku Umar Danish and Ain Iman" Kata Arien Rayne dengan penuh semangat, manakala Asher pula melambaikan tangan ke arah tetamu dengan semangat.
YOU ARE READING
Wanita Pujaan Hatiku (Hiatus)
Ficção GeralAin Iman adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Pada suatu hari dia terjumpa seorang lelaki yang menolongnya, Tengku Umar Danish. Sejak hari itu, ia terus menaruh hati kepada lelaki itu,tidak lama kemudian dia dijodohkan. Namun perkahw...