Kyra duduk sambil matanya tertumpu kepada sejambak bunga yang berada di atas meja kerjanya. Wangi sungguh jambangan bunga ros merah itu, perlahan Kyra mengambil bunga itu lalu didekatkan dihidungnya. Segar terasa bau itu menusuk. Ada sekeping kad terselit, kad itu diambil dan dibuka.
"UNTUK KYRA AMNA, SEMOGA BUNGA INI AKAN SENTIASA MEKAR SEPERTIMANA CINTA KITA" ZAFUAN ADHA
Senyuman Kyra mati, dia fikir bunga itu dari Badrul. Senang sikit hatinya menerima namun silap sama sekali, dari Zafuan. Berani sungguh lelaki itu bermain kata cinta untuknya lagi. Sedangkan rasa itu telah dia buang jauh.
Telefom bimbit yang berdering membuatkan Kyra tersedar, melihat nama dipaparan skrin buatkan hatinya bertambah panas.
"Ya encik Zafuan, ada apa ya?" Sinis panggilan itu disahut.
"Garangnya Cik Kyra kita ni, selamat pagi Kyra" Beralun suara itu, Kyra rasa hatinya berdebar saat mendengar suara itu. Jujur ada terselit rasa rindu bila mendengar suara itu. Oh Tuhan, mengapa rasa begini hadir lagi?
"Saya tak suka" Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Kyra.
"Tak suka yang mana tu Kyra?" Suara itu tetap beralun mesra.
"Saya tak suka awak bagi bunga ni pada saya dan please behave yourself. Antara kita tak ada perkataan cinta lagi Zafuan. Please have some respect" Kyra masih menahan nada suara supaya tak terlontar kuat. Dia masih mengawal nada suaranya.
"Yes, I know Kyra. Tapi.. abang cuma nak Kyra tahu isi hati abang masih sama macam dulu tak pernah berubah dan abang pasti pertemuan kita ni pasti ada takdir yang Allah tentukan untuk kita" Zafuan begitu yakin. Kyra tersenyum sinis.
"Cinta yang awak sedar masih ada selepas Fatin dah tak ada? Itu ke cinta yang awak maksudkan Zafuan? Cinta yang awak sandarkan kesalahannya pada takdir? Awak lupa tu Zafuan, dan tolong jangan cakap pasal cinta dengan saya. Antara kita cuma hubungan sesama manusia yang pernah kenal, takkan lebih dari tu" Kyra terus mematikan talian telefon, dia bersandar dikerusi.
Hatinya jadi berdebar bila mendengar Zafuan melafazkan kata cinta, masih sama debarannya tatkala kali pertama lelaki itu meluahkan rasa cinta dahulu. Kyra mengutuk hatinya sendiri, kenapa perasaan begini perlu hadir? Bukankah dia sudah menanam rasa benci kepada lelaki itu selama ini? Mana rasa benci itu pergi? Atau dia sendiri silap menilai hati?
Zafuan merenung surat Fatin yang sudah lama dia simpan, sebolehnya dia tidak mahu surat ini yang mempengaruhi Kyra untuk berbaik dengan dia, dia mahu Kyra secara semulajadi menerima dia kembali. Walaupun dia tidak tahu isi surat ini namun dia sangat pasti hanya surat ini mampu lembutkan hati Kyra.
......................................................................................................
Kyra menoleh apabila dengar namanya dipanggil, dia rasa menyesal pula pedulikan suara itru tadi. Hujan renyai pula sudah mulai turun.
"Kyra cuba berhenti sekejap" Zafuan semakin dekat, melihat langkah Kyra yang makin pantas buatkan Zafuan terpaksa menyaingi langkah Kyra dan akhirnya dia dapat memintas Kyra.
"Nak apalagi ni?" Kyra membuat muka, walaupun hatinya terasa mula berdebar, seraut wajah tampan itu masih mampu mengetarkan hati Kyra.
"Kyra, abang faham kenapa Kyra layan Zafuan macam ni. Tapi satu yang abang minta, tolong dengar apa yang Zafuan nak sampaikan ni" Zafuan merenung tepat ke dalam anak mata milik Kyra. Ya mata itu masih cantik bersinar, entah kenapa hatinya dulu boleh derhaka memilih orang lain sedangkan hatinya masih ada rasa buat pemilik mata cantik itu.
"Okey sekarang ni nak cakap apa? Cepat sikit, saya tak masa ni" Kyra sempat berpeluk tubuh.
Zafuan menghulurkan sekeping surat kepada Kyra. Kyra memandang surat itu penuh tanda tanya.
"Ini amanat terakhir Fatin sebelum dia pergi untuk selamanya. Surat ni dia amanahkan untuk abang beri pada Kyra. Isi surat ni hanya Kyra yang perlu tahu. Tolong terima surat ni, abang merayu pada Kyra" Zafuan merayu.
Kyra perlahan menyambut huluran surat itu dari Zafuan, kenapa Fatin beri surat kepadanya? Apa yang ingin dia sampaikan?
"Terima kasih Kyra, selepas Kyra baca surat tu dan Kyra masih mahu jauhkan diri dari abang. Abang faham, tapi tolonglah baca surat tu dulu"
"Insya Allah, saya pergi dulu" Pantas Kyra melangkah pergi. Dalam hati masih tertanya mengapa Fatin sampai nak tulis surat padanya?
..............................................................................................................
Kyra duduk di hujung katil, tika ini dia sudah siap membersihkan diri. Baru tenang hatinya untuk membaca surat misteri itu. Surat itu ada ditangannya. Perlahan surat itu dibuka.
Assalammualaikum Kyra,
Mesti kau rasa keliru kenapa aku menulis surat ini untuk engkau, tika kau baca surat ini. Aku dah tiada didunia ini lagi. Aku telah bertemu balasan aku Kyra, balasan aku kerana menghancurkan hati engkau sampai satu pun aku dan Zafuan tak mampu cantumkan kembali. Bermain dengan hati seorang kawan yang baik seperti engkau adalah kesilapan paling besar dalam hidup aku Kyra. Sumpah aku bawa kesilapan ini sampai aku mati Kyra.
Kyra, perginya aku meninggalkan seorang suami yang aku rebut dari kau dulu Kyra. Aku sanggup khianati kau demi cinta Zafuan dan aku juga tinggalkan zuriat aku, Qaleesyah. Satunya puteri kesayangan kami berdua, hadiah paling indah yang aku dapat beri pada Zafuan sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Sungguh sakit sekali rasanya Kyra, aku harus meninggalkan orang yang aku sayang di dunia ini, aku pasti lebih sakit bila ditinggalkan. Itu yang kau rasa kan Kyra, pedih, sakit, terluka. Aku dah rasainya Kyra. Tuhan dah balas satu persatu pada aku.
Aku pasti sebelum surat ini sampai pada tangan kau, pasti kau sudah mendengar luahan hati Zafuan kan? Ya Kyra, Zafuan masih cintakan kau, aku ada disisi dia. Tapi aku tak boleh tipu diri aku, aku masih nampak cinta Zafuan pada kau. Dia masih cintakan kau, masih lagi simpan gambar kau, aku nampak Kyra cuma untuk apa aku marah? Kalau itu yang aku rampas, dan itu jugalah yang memakan diri sendiri.
Hampir setiap malam, Zafuan mengigau. Teriak nama kau, tapi aku tak pernah beritahu dia. Aku simpan setiap rasa cemburu jauh di sudut hati. Aku berpura-pura bahagia walaupun hakikatnya aku makan hati sendiri. Dari situ aku sedar Kyra, apa yang kita rampas jika bukan milik kita mana mungkin bisa bahagia dengan kita. Kita dapat tapi bukan memiliki. Itu benar Kyra dan aku lalui semua itu.
Kyra, maafkan aku ya. Maafkan aku kerana pernah menari diatas kekecewaan kau hingga kau bawa diri jauh dari sini. Izinkan aku juga kembalikan bahagia kau yang aku rampas. Terimalah Zafuan kembali Kyra jika dia meluahkan perasaan pada kau itu adalah rasa cinta yang dia simpan sekian lama cuma terhalang kerana kehadiran parasit seperti aku.
Sayangi Zafuan semula Kyra, buka pintu hati kau untuk dia semula. Kau layak bahagia dengan Zafuan sekali lagi. Sudilah kiranya kau menerima Qaleesyah juga. Aku pasti hanya kau insan yang tepat untuk Zafuan dan Qaleesyah. Terima kasih Kyra, terima kasih kau dah jadi sahabat aku. Maaf dan ampun sekali lagi Kyra, izinkan aku berehat di alam sana dengan tenang.
Jangan lupa sayangi Zafuan dan Qaleesyah seikhlas hati kau, aku harus pergi dahulu. Pergi aku adalah takdir untuk kau dan Zafuan bersatu semula. Anggap lah ini takdir yang tertangguh dan jangan siakan pertemuan kali ini. Ada doa aku yang mengiringi jalan cinta kalian. Aku pergi dulu Kyra.
Ikhlas dari Fatin Fatini.
YOU ARE READING
WARNA CINTA
RandomKYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun ke...