Kyra merenung ke luar jendela.. ya! hari ini hari pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia setelah hampir empat tahun dia terbang jauh dirantauan orang. Masih tergambar jelas dimatanya kegembiraan diwajah papa dan mama disaat dia baru sahaja melangkah masuk ke balai ketibaan di KLIA. Dia dipeluk erat bersama tangisan yang penuh dengan kerinduan. Dia sangat memahami hati kedua orang tuanya. Selama empat tahun dia dirantauan orang, selama itu jugalah dia tidak pernah sekali pulang. Ada sebab mengapa dia tidak mahu kembali sekalipun cuti semester menjangkau tiga bulan lamanya. Ada luka yang cuba dia padamkan, ada seseorang yang sedang cuba dia jauhi. Lantas dia mengambil jalan tengah dengan menerima tawaran belajar diluar negara tanpa ragu-ragu. Dia anak bongsu yang manja, tidak pernah berenggang satu saat dengan mama dan papanya melangkah sejauh itu di bumi Rusia. Tetapi hari ini setelah empat tahun, luka dihatinya tetap sama. Masih tidak berubah, cuma fikirannya sudah boleh menerima takdir. Mungkin bukan jodohnya.
" Kyra.. jom turun makan.." Pintu bilik terkuak. Terjengul wajah mama dimuka pintu beserta senyuman yang manis. Wajah yang dia rindui sepanjang dirantauan.
" Kejap lagi Kyra turun ya ma.. Kyra nak solot Zohor dulu" Kyra jua turut membalas senyuman, mama menghampiri anak gadisnya itu. Betapa tuhan sahaja yang tahu dia terlalu merindui anak bongsunya itu. Pada mulanya dia agak terkejut dengan keputusan drastik Kyra untuk belajar di Rusia, mana tidaknya anak perempuan tunggalnya itu tidak pernah sekali berjauhan darinya. Pada mulanya hati berat untuk melepaskan namun dia tahu Kyra jua ada cita-cita. Bila sampai saatnya dia harus melepaskan anak gadisnya itu terbang bebas untuk berdikari sendiri.
" Jangan lama-lama tau.. along dengan angah dah tunggu kat bawah.. tak sabar katanya nak makan dengan Kyra" Mama mengusap lembut rambut Kyra yang melepasi paras bahu, melihat senyuman itu rasanya semakin manis.Kyra memeluk erat tubuh mamanya.. dia menutup matanya seketika.. Ya Allah kuatkan hatinya.. dia tahu berada disini beerti dia perlu kuatkan diri.. moga dia tidak berjumpa dengan dua insan itu...
YOU ARE READING
WARNA CINTA
RandomKYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun ke...