BAB 7

7.1K 228 81
                                    

Kyra melihat wajah Qaleesyah yang sudah tertidur lena dipangkuannya, rambut anak kecil itu diusap perlahan. Mendengar dengkuran kecil itu makin membuatkan hatinya sayu. Jikalaulah anak kecil itu tahu ribut apa yang pernah melanda dahulu pastinya anak kecil itu tidak akan rapat dengan dia begini. Pandangan Kyra jatuh pada sekeping gambar yang sedang dipeluk anak itu. Dia tahu gambar apa yang menjadi pelepas rindu anak itu.

" Kyra..." Panggilan Puan Khalisah membuatkan tumpuan Kyra teralih.

" Ya mama"

Puan Khalisah tersenyum sambil menghampiri Kyra yang sedang duduk diatas katil.

" Dah tidur Qaleesyah" Puan Khalisah duduk dibirai katil. Melihat Qaleesyah yang sudah tertidur lena.

" Penat sangatlah tu mama.. main tak ingat dunia" Kyra membelai lagi rambut Qaleesyah.

" Nanti Kyra call je Zafuan, cakap dengan dia yang Qaleesyah tidur sini malam ni"

Kyra menggelengkan kepalanya.

" Tak nak lah Kyra, mama je la cakap dengan dia. Kyra tak biasa" Kyra cuba mengelak, dia tidak mahu lagi bertentang mata dengan Zafuan walaupun dia tahu itu sangat mustahil.

" Kamu call je la Zafuan tu, tak baik macam tu Kyra" Puan Khalisah menasihati.

Kyra mengetap bibirnya. Kalaulah mama tahu apa yang pernah Zafuan lakukan padanya suatu ketika dahulu pasti mama takkan tergamak memaksanya begini. Namun dia tetap mengangguk.

" Nanti mama bagilah nombor phone Zafuan tu pada Kyra" Putus Kyra.

Puan Khalisah mengerutkan dahinya.

" Takkan la kawan lama pun tak ada nombor telefon"

Kyra terdiam.

" Kenapa diam ni? Betul kan mama kata, kawan dari sekolah menengah takkan Kyra tak simpan nombor telefon Zafuan?" Puan Khalisah juga yang pelik, mengikut cerita Zafuan, dia sudah kenal Kyra sejak dari tingkatan dua. Waktu itu Zafuan pula sudah tingkatan empat. Perkenalan kerana sama-sama menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah menyebabkan mereka agak rapat. Itu sahaja yang Zafuan ceritakan.


" Mana mama dapat cerita ni?" Kyra bertanya, risau jika cerita lama sudah sampai kepada mamanya.

" Zafuan yang cerita, dia kata dah lama dia kenal Kyra.. amboi.. tak cakap dengan mama pun kan yang Kyra kenal papa Qaleesyah. Patutlah rapat sangat dengan budak ni" Puan Khalisah tersenyum penuh makna.

" Apa lagi yang dia cerita pada mama?"

" Itu je yang dia cerita pada mama, kenapa? Ada cerita lain yang mama tak tahu ke ni?" Puan Khalisah menyoal. Entah kenapa hatinya jadi gusar. Macam ada sesuatu yang berlaku diantara Kyra dan Zafuan.

" Takdelah mama.. Kyra dengan dia cuma kawan je dulu. Okaylah mama, nanti mama je yang cakap dengan Zafuan tu pasal Qaleesyah. Kyra dah letih sangat ni, nak rehat. Selamat malam mama" Kyra mencium kedua belah pipi mamanya.

Puan Khalisah yang melihat perubahan anaknya itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu ada perkara yang disembunyikan oleh Kyra.

**************************************


" Nak sambung MC lagi ke?" Badrul mengacau air sirap ais itu dengan straw sambil matanya tertuju ke arah Kyra yang sedang berselera menikmati nasi ayam.

" Hish.. you ni, as a boss you tak patut galakkan pekerja you ambil mc." Kyra memandang wajah Badrul.

" I bukan maksudkan macam tu, cuma I tengok you macam tak bermaya je lagi. I risau kalau you pengsan lagi" Badrul menolak airnya ketepi.

" Insya Allah.. I kuat" Kyra tersenyum.

" Degil!" Badrul menjeling wajah Kyra, senyuman gadis itu tetap tampak manis dimatanya.

"Mana ada degil, tapi I tak nak nanti pekerja lain syak yang bukan-bukan pasal kita Encik Badrul. You dah layan I macam I ni wife you dah, turun breakfast you teman, nak lunch you ikut. Pergi jumpa client pun you sanggup cancelkan meeting you untuk teman I"

Kata-kata Kyra membuatkan Badrul tergelak.

" Peduli apa orang lain nak cakap Kyra, kita kan kawan" Badrul mengangkat keningnya.

" Kawan tak bermakna you boleh buat macam tu Bad.. I rasa.."

" Okay Kyra, I faham kenapa you tak nak I layan you macam ni sebab you sangka I still lagi mengharap. But sekarang ni I tak nak paksa you dah Kyra, its up to you.. apa yang I buat sekarang tanda tanggungjawab I pada you as a friend. Tapi satu je I nak you tahu, I hanya akan mengalah bila you kata yang you dah pun berpunya" Badrul tersenyum lagi, Kyra menarik nafas dalam. Lelaki itu tetap tidak berubah, dalam pasrah masih ada lagi kekuatan kasih sayang lelaki itu padanya.

" Bad.. Im so sorry okay kalau I lukakan hati you, tapi pintu hati I sampai sekarang masih belum lagi terbuka"

" Its okay Kyra, jangan risau okay.. dah cepat habiskan nasi ayam you tu, tadi mengidam sangat"

Kyra terasa lega kerana kini Badrul kian memahami. Setelah habis nasi ayam sepinggan Kyra memberi isyarat untuk beredar kepada Badrul. Selepas membuat pembayaran makanan mereka berjalan beringinan keluar dari restoran itu. Sedang berjalan tiba-tiba ada seorang lelaki kurang siuman berlari laju tanpa peduli manusia yang lalu lalang disitu. Kyra yang tidak dapat mengawal imbangan badanya kerana berempuh bahu dengan lelaki itu membuatkan dia hampir jatuh terjelopok. Namun Badrul bertindak cepat dengan menyambar pergelangan tangan Kyra.

" Aduh.." Kyra hampir jatuh ke lantai namun tindakan pantas Badrul membuatkan tubuhnya berada dekat dengan tubuh Badrul.

" Okay tak Kyra?" Badrul bertanya.

Kyra menggelengkan kepalanya.

" Bad.." Suara itu membuatkan Kyra dan Badrul berpaling.

Wajah Kyra berubah sama sekali, dihadapannya kini Zafuan sedang berdiri bersama Qaleesyah disisinya. Ketika itu tangannya dan Badrul masih lagi bertaut. Kyra cuba menarik tangannya namun pegangan tangan Badrul terlalu erat.

" Zafuan.. kau buat apa dekat sini" Badrul bertanya selamba.

Zafuan menarik nafasnya, entah kenapa melihat tangan Kyra didalam genggaman Badrul membuatkan hati Zafuan rasa berbahang.

" Aku nak bawak Qaleesyah makan tengahari, kau pulak buat apa dekat sini?" Nampak nada suara Zafuan kurang senang.

Kyra hanya memandang wajah Zafuan yang jelas berubah. Takkan cemburu kot!

" Aku dating dengan Kyra" Ringkas namun mampu menambah bahang dihati Zafuan.

Kyra memandang wajah selamba Badrul, mahu sahaja dia menidakkan namun dia tak mampu bersuara.

Zafuan memandang wajah Kyra serius. Dia mahu meminta kepastian namun Badrul cepat bertindak.

" Okaylah Zafuan, aku gerak dulu. Nak dating tempat lain pulak" Badrul menarik tangan Kyra beredar dari situ.

Zafuan mengangguk tetapi rasa ingin sahaja dia menarik tangan Kyra tadi untuk dapatkan kepastian.

Tetapi dia hanya mampu melihat dua figura itu berlalu pergi.

" Papa.. tu ke pakwe kakak Kyra?" Pertanyaan Qaleesyah mematikan pandangan Zafuan kepada Badrul dan Kyra yang kian menjauh.

" Tak lah diaorang tu kawan je tu, jom la sayang.. kata lapar tadi kan? Kita makan nasi ayam ya?" Zafuan mahu mengalih tumpuan Qaleesyah. Segera tubuh kecil itu didukung. Hatinya masih penuh dengan rasa bahang, masih ternampak kemesraan Badrul dan Kyra dimatanya.

Arghhhh!!!!! Kenapa dia pula kena rasa cemburu begini???? Hak Kyra mahu bercinta dengan siapapun. Dulu dia yang pandai menghempas permata ke batu kini jika ada orang lain sudi mencantumkan permata itu kenapa dia pula mahu meminta permata itu kembali???



Nota kaki: Assalammualaikum pembaca setia warna cinta, sorry okay coz terlajak lambat update. Bukan apa, busy my dear sekalian. Dan ini ada hadiah untuk yang dah lama menunggu. Kyra, Zafuan and Badrul is back!!!! Eh2 si Zafuan ni nak jeles pulak. Bad pun satukan saja je nak mengaku Kyra tu kekasih dia. Persaingan makin sengit ni.. tolong Kyra buat pilihan boleh?????

WARNA CINTAWhere stories live. Discover now