BAB 8

1.9K 79 27
                                    

Zafuan merenung lama gambar Fatin diskrin telefon bimbitnya, kenangan lalu terlayar dikotak mindanya tanpa dipinta.

“Abang termenung apa tu?” Fatin duduk disisi Zafuan sambil tersenyum, muka bujur sirih itu kian hari kian pucat.

“Abang tak termenung, abang tengah salin pampers Qaleesyah ni” Zafuan pura-pura sibuk dengan bayi yang baru berusia lima bulan itu.

“Abang tak perlu bohong Fatin, Fatin tahu apa yang ada dalam fikiran abang. Abang menyesal kahwin dengan Fatin kan?”

Pertanyaan isterinya itu membuatkan Zafuan berpaling memandang wajah Fatin disisi.

“Tak pernah terlintas pun difikiran abang soal menyesal atau apapun, sakit atau sihat Fatin abang berjanji untuk sentiasa disisi Fatin” Zafuan mencapai tangan Fatin lalu dikucupnya penuh kasih.

“Abang, mungkin ini balasan kita terhadap apa yang kita lakukan pada Kyra. Kita bina bahagia diatas air mata dia. Sekarang ni, Fatin sakit. Hidup abang pun jadi huru-hara, mana nak uruskan anak kita. Nak cari rezeki untuk kita” Fatin mengesat air mata dengan hujung jarinya.

Segala salah silapnya baru kini dia tersedar, selepas bersalinkan Qaleesyah.  Keadaan kesihatannya sangat merosot, rupanya dia disahkan menghidap Leukimia. Terasa luluh jantungnya saat perkhabaran itu sampai ke telingannya. Terasa saat itu segala dunianya gelap gelita. Bukankah sepatutnya sekarang dia rasa bahagia dengan kehadiran anak kecil itu tetapi hari yang dia lalui penuh suram.

“Fatin, jangan cakap macam ni. Kalau Fatin sedih macam mana nak kuatkan diri lawan semua sakit tu” Zafuan memeluk erat bahu isterinya itu, walaupun baru setahun setengah usia perkahwinan mereka diuji sebegini. Mungkin betul kata Fatin, semua ini hukum karma.

“Abang, kita cari Kyra nak?” Fatin memandang anak mata Zafuan. Kali ini permintaannya bukan mainan. Dia perlu jumpa Kyra, dia mahu pergi dalam keadaan yang tenang.

“Kyra dah pergi jauh Fatin, dia dah tinggalkan Malaysia. Hari kita jelaskan tentang hubungan kita, itulah kali terakhir kita jumpa dia”

Fatin menggelengkan kepalanya, betapa besar silapnya sehingga jauh Kyra membawa diri.

“Abang tak cuba contact dia?”

“Dia dah tukar nombor telefon, kita tak dapat hubungi dia lagi. Dia dah benci dengan kita Fatin. Sudahlah tu, Fatin jangan fikir sangat. Sampai masa nanti kita akan dapat jumpa dia” Zafuan mengesat air mata yang jatuh dipipi Fatin yang nampak cengkung.

“Abang.. hidup Fatin dah tak lama. Kalau Fatin tak sempat jumpa dia untuk minta maaf abang tolong sampaikan maaf  Fatin pada dia. Abang janji ya. Abang cari dia, abang bahagiakan dia semula” Fatin mengenggam erat tangan suaminya.

“Kenapa Fatin cakap macam ni? Fatin sempat jumpa Kyra, kita akan sama-sama minta maaf pada dia, kita akan bahagia berdua sampai bila-bila”

“Tak abang, itu hanya impian abang tapi realitinya Fatin akan pergi tak lama lagi. Abang tolong janji dengan Fatin buat kali terakhir. Abang akan cari Kyra, minta maaf dengan dia dan abang akan bersama dengan dia. Kembalikan cinta abang dengan dia semula macam dulu. Fatin tahu, abang masih sayang pada Kyra cuma abang terpaksa memilih untuk hidup dengan Fatin”

“Abang tak pernah terpaksa untuk bersama Fatin, Abang ikhlas. Tolong jangan cakap macam ni, abang tak bersedia lagi kehilangan Fatin. Fatin kena kuat, kita ada Qaleesyah”

WARNA CINTAWhere stories live. Discover now