Berulang kali dia membaca dua nama didalam sekeping kad berbentuk segi empat itu, berkali dia baca tetapi nama yang ada tetap tidak berubah. Masih nama yang sama, nama dua insan yang paling dia sayangi. Tetapi kini nama itu yang telah merobek seluruh jiwanya, luka terasa berdarah. Air mata jatuh diseka lagi, dedaunan yang luruh dibiarkan terus menuruni tempat duduknya. Cuaca mendung hari ini, ditaman rekasi itu juga nampak sunyi. Tidak kelihatan manusia melakukan aktiviti yang ada hanya dirinya dan sekeping kad yang tak diundang itu. Ketika terdengar bunyi derapan kasut membuatkan Kyra mendongak, matanya dikecilkan. Berdiri dihadapannya dua figura yang amat dinantikan untuk menafikan perkara ini. Realiti yang dia harapkan sekadar gurauan. Dia turut berdiri dihadapan dua insan itu. Matanya jatuh pada pegangan tangan yang erat, matanya segera dialih. Ya Allah apakah permainan yang sedang berlangsung ini? Ini mimpi ataukan sekadar mainan perasaanya? Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga dan jika ini realiti dia tidak mahu berada disini. Dia berharap kaki ini mampu berlari hingga ke hujung dunia.
" Kyra.." Suara garau itu kedengaran lembut ditelingannya. Suara yang dulunya menghiasi segenap ruang hatinya. Namun apakah kini suara itu masih lagi mampu menggetarkan seluruh hatinya? Atau selepas ini suara itu akan menjadi suara yang paling tidak ingin dia dengari?
Kyra perlahan memandang kedua wajah itu, kelihatan berseri! Mungkin seri pengantin! Ya Allah calar balar rasa hatinya.
" Abang nak Kyra kuatkan hati dan dapat terima apa yang Abang nak cakapkan ni" Zafuan bersuara perlahan tetapi mendatar, hatinya tidak sampai mahu berterus-terang pada gadis itu. Tapi sampai bila dia mahu sembunyikan perkara sebenar. Hatinya sudah berubah jadi apalagi mahu dikatakan? Walaupun dia akui Kyra masih ada dihatinya namun biarlah dia memilih Fatin. Gerak hatinya lebih kepada gadis itu.
" Abang dengan Fatin.. kami sebenarnya dah lama jatuh cinta cuma.." Zafuan dan Fatin berpandangan seketika, Fatin menganggukkan kepala dan menggengam tangan Zafuan lebih erat umpama memberikan semangat untuk berterus-terang. Kyra menoleh ke sisi, bibirnya diketap kuat. Dia benci melihat situasi itu. Kenapa semudah ini dia dikhianati? Oleh kekasih sendiri dan kawan rapat yang paling dia percayai..
" Cuma kami takut nak berterus-terang, takut Kyra akan kecewa.. tetapi sekarang ni Abang tahu kami tak dapat sembunyikan apa-apa lagi.. abang dan Fatin dah ambil keputusan untuk berkahwin.. kami mahu Kyra terima dengan hati terbuka.. abang harap Kyra jangan berdendam dengan kami.. anggap semua ini ketentuan takdir "
Terasa seolah dentuman petir sedang bergema di gegendang telinganya, halilintar terasa membalut seluruh tubuhnya. Hatinya terasa dipalah dengan pedang yang matanya tajam berbisa. Air mata merembes laju menuruni pipi. Dipandang pada wajah-wajah yang telah meremukkan hatinya. Matanya pun tak sudi menuju pandangan pada wajah yang mengkhianati tuannya. Begini mudahkah dia dikhianati. Begini sahajakah kepercayaannya dibunuh?
" Sampai hati abang buat Kyra macam ni.. sampai hati abang bercinta dengan kawan baik Kyra sendiri.. apa salah Kyra.. dan apa lebihnya dia berbanding Kyra?" Kyra masih menuntut alasan kenapa diri diduakan dengan sahabat sendiri.
Zafuan menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jatuh cinta pada Fatin sedangkan selama ini dia anggap gadis itu tidak lebih dari seorang kawan. Mungkin Kyra sibuk dengan pembelajarannya di kolej dan waktu itu pula Fatin bekerja satu bumbung dengannya membuatkan dirinya mudah bertemu dengan Fatin. Lama-kelamaan wajah manis Kyra hilang dek godaan manja Fatin dan dia akui dia terbuai dengan layanan itu.
" Kyra... maafkan abang.. abang tahu salah abang.. tapi semua ni berlaku diluar kawalan abang.. Kyra jarang disisi abang dan Fatin selalu temankan abang.. jadi Kyra kena faham.. ni semua Allah dah tentukan.. abang dan Kyra kena terima semua ni"
YOU ARE READING
WARNA CINTA
RandomKYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun ke...