BAB 3

5.1K 136 0
                                    

Melangkah masuk ke dalam taska PERMATA EMAS suasana kelihatan riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain. Ada yang sedang melukis, tak kurang juga yang sedang seronok bernyanyi bersama pengasuh mereka. Suasana itu membuatkan Kyra ikut tersenyum, telatah anak-anak ini mampu membuat jiwa yang nanar kembali segar. Dia meletakkan handbagnya diatas meja sambil matanya meninjau mencari figura mamanya.

" Ni Kyra kan? Anak bongsu Puan Khalisah? Lama dah tak jumpa Kyra" Tidak semena datang seorang pekerja mamanya. Kyra tersenyum, cuba juga mengingati nama pekerja mamanya. Rasanya itulah pekerja yang paling lama berkhidmat disini. Kira-kira sudah tujuh tahun semenjak kali pertama taska ini ditubuhkan oleh mamanya.

" Ya kak.. ni Kyra.. akak ni kalau tak silap ni kak Liza kan?" Kyra cuba menerka, tertawa kecil wanita yang bertubuh genit itu. Tidak sangka Kyra masih lagi mengingati dia, anak gadis itu dilihat sudah banyak berubah. Sudah manis mengenakan tudung. Nampak lebih cantik dari empat tahun dahulu.

" Ya.. Kyra.. ni kak Liza.. Kyra bila balik Malaysia?" Kak Liza membawa Kyra duduk dimeja dihujung ruangan taska itu.

" Dah seminggu Kyra balik Malaysia.. cuma tak sempat je nak datang sini.. akak sihat? Lama Kyra tak borak dengan akak"

" Ohh.. patutlah dalam seminggu ni Puan Khalisah tu asyik senyum je rupanya anak kesayangan dah balik..akak alhamdulilah sihat... eh... takpelah nanti kita borak dulu.. akak ke depan ni tadi sebab nak ambil pampers budak tu... nampak Kyra terlanjur pulak berbual.. Kyra duduk sini dulu.. nanti akak panggilkan mama Kyra ya.." Kak Liza bangun dari duduknya.

Kyra memandang ke sekeliling, tiba-tiba anak matanya tertancap pada satu tubuh kecil yang bermain seorang diri disudut bacaan itu. Anak itu leka melukis, Kyra baru hendak bangun menghampiri tetapi suara mama menyapa telinga.

" Kyra dah balik dah dari interview.. macam mana okay?" Puan Khalisah duduk dihadapan Kyra, memandang wajah anak gadisnya itu yang kelihatan ceria.

" Alhamdulillah ma.. esok Kyra dah boleh mula kerja.." Kyra tersenyum lebar, mana tidaknya berhempas pulas dia cuba menjawab setiap soalan yang diajukan oleh 'tukang' interview tadi. Naik berpeluh juga dia. Bimbang ke laut pula jawapannya namun dia bersyukur akhirnya jawatan Pegawai Pemasaran itu sudah menjadi rezekinya.

" Alhamdulillah.. mama tahu anak mama ni boleh.. esok pergi kerja pukul berapa?"

" Pukul 9 pagi.. nak pinjam kereta mama dulu boleh?" Kyra tersenyum manja, cuba memancing simpati mama. Malas rasanya mahu menaiki LRT, walaupun naik kereta lebih menyeksakan harus menghadap kesesakan lalu lintas. Terasa rajin pula mahu memandu.

" Ye la.. pakai kereta mama dulu.. nanti mama suruh papa je hantar mama ke mari.. Kyra memang tak minat nak tolong mama kat sini ke?" Puan Khalisah sengaja bertanya, lagipun taska ini nanti Kyra juga yang perlu uruskan  apabila dia sudah tidak larat lagi. Kyra lah satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Along dengan Angah sudah ada kerjaya masing-masing.

" Not now mama.. sampai masanya nanti Kyra janji Kyra akan tolong mama ya.." Kyra seakan memujuk, bukan dia tak mahu tetapi biarlah dia mencari pengalaman diluar dulu.

Puan Khalisah mengangguk faham, anak zaman sekarang tak boleh dipaksa. Biarlah nanti Kyra akan menggantikan dia juga.

"  Mama ada kerja sikit.. Kyra duduk sini dulu.. kejap lagi waktu lunch ikut mama balik" Puan Khalisah bangun menuju ke bilik. Kyra menarik nafas dalam, tidak tahu mahu berbuat apa. Ingin berbual semua orang sedang sibuk bekerja.

Kyra menoleh ke satu sudut tadi, dilihat seorang kanak-kanak perempuan masih disitu. Masih leka melukis, seorang diri.

Kyra bangun dan perlahan menghampiri kanak-kanak itu. Dia duduk dihadapan anak itu, comel! berkulit putih dan rambut separas bahu.

" Hai.. buat apa tu? Boleh akak tengok?" Kyra cuba memulakan perbualan, anak kecil itu mendongak. Senyuman dilebarkan sehingga menampakkan giginya yang teratur cantik.

" Saya tengah lukis gambar dady dengan mummy.." Anak itu menjawab petah tanpa pelat, Kyra tersenyum.

" Nama akak Kyra.. nama adik sapa ya?"

Anak kecil itu merengotkan bibirnya dan kemudian tersenyum lagi.

" Nama saya Qaleesyah.. umur tiga tahun" Qaleesyah menunjukkan angka tiga melalui tangannya yang kecil itu. Tampak sungguh comel, Kyra mencubit pipi yang masih putih tanpa cela.

" Ohh.. Qaleesyah.. sedap nama tu.. boleh akak tengok lukisan Qaleesyah?" Kyra cuba menjenguk apa yang dilukis oleh anak comel itu.

Qaleesyah memberikan kertas putih itu kepada Kyra, Kyra meneliti isi lukisan anak kecil itu. Gambar tiga orang sedang berpimpin tangan sambil tersenyum. Setiap lukisan itu telah dilabel dengan nama, mengikut turutan. Dady,mummy, dan Qaleesyah. Baru tiga tahun sudah pandai menulis dan mengeja. Bijak!

" Cantik.. pandai Qaleesyah lukis.. siapa ajar ni?"

" Ermm.. mama Liza dengan ibu khalisah yang ajar.. kalau membaca daddy yang ajar" Qaleesyah petah menjawab.

" Pandai.. dah besar nanti mesti boleh jadi budak yang bijak" Kyra memuji, kecil-kecil cili padi. Melihat anak itu tersenyum membuat hati Kyra rasa berdebar, senyuman itu mirip seseorang. Dia seperti sudah terbiasa melihat senyuman itu. Rambut Qaleesyah dibelai lembut.

" Eh.. terlupa pulak nak tulis nama daddy dengan mummy.." Qaleesyah mengambil semula kertas itu dari tangan Kyra. Rancak dia menulis nama pada setiap figura lukisannya. Mata Kyra tertumpu pada nama pertama yang Qaleesyah tulis.

'FATIN'

Kyra menelan air liur, senyuman Qaleesyah dan nama yang ditulis itu! Ya Allah apakah ini satu kebetulan ataupun satu kebenaran? Kyra tidak mahu percaya. Mungkin ini hanya satu kebetulan.

" Tu nama mummy Qaleesyah ya?" Kyra cuba bertanya.

Qaleesyah mengangguk perlahan, masih tertumpu pada kertas dihadapannya.

Kyra menahan rasa hati.

" Nama daddy siapa?" Kyra bertanya lagi mahukan kepastian. Diharap nama yang satu itu tidak muncul dibibir mungil itu.

" Nama daddy saya..."

" Kyra... sini sekejap.. mama nak mintak tolong" Belum sempat bibir comel itu menuturkan jawapan suara mama telah mendahului. Kyra bangun dari duduknya, dipandang kepada Qaleesyah yang terkedip-kedip matanya.

" Nanti kita borak lagi ya.. bye sayang" Kyra sempat mencium pipi Qaleesyah, anak itu tersenyum comel. Senyuman itu lagi!








WARNA CINTAWhere stories live. Discover now