Kyra menutup suis komputernya, Alhamdulillah! Selesai sudah hari pertama dia bekerja disini. Esok dan hari seterusnya disini jugalah dia akan terus mencari rezeki. Rasanya baru hari pertama dia sudah seronok bekerja disini. Rakan pejabat juga peramah dan tidak lokek dengan ilmu. Segala tunjuk ajar diberi, maklumlah walaupun dia graduan lepasan luar negara tetapi bila masuk ke dunia realiti pekerjaan masih banyak yang perlu dia belajar. Keluar dari bilik kerjanya dia lihat semua bekerja sudah berpusu-pusu mahu pulang. Pasti lif penuh! Tak mengapalah dia turun menaiki tangga sahaja, pejabat ni tingkat dua sahaja bukan jenuh sangat kalau turun tangga. Sewaktu menghampiri anak tangga yang terakhir, kedengaran namanya diteriak.
" Kyra.. wait.." Kyra pusing ke belakang, dia mengurut dadanya. Ingatkan siapa tadi, sudahlah suasana ditangga pejabat itu sunyi sepi. Jarang diguna oleh pekerja agaknya. Wajah dihadapannya kelihatan mengelap peluh tetapi tetap mengukir senyuman paling handsome!
" Kyra.. laju betul ya you jalan..." Lelaki itu tertawa kecil.
" You nak apa Bad? And macam mana you boleh ada dekat sini?" Berkerut dahi Kyra, bagaiman Badrul ini boleh ada disini? Kalau di Rusia lelaki ini seperti bayang-bayangnya. Dimana dia ada pasti ada lelaki itu ada sehingga menimbulkan gosip di universiti tetapi ini di Malaysia. Takkan disinipun mahu jadi bayang-bayangnya?
" You still ingat I rupanya, ingatkan you dah lupa kat i.. anyway you tanya macam mana I ada dekat sini? Kyra.. I tak sangka yang kita kerja satu bumbung" Badrul tersenyum senang, pada mulanya dia juga terkejut apabila bapanya memberitahu sudah ada pengganti kepada Puan Laila, pengurus pemasaran yang berhenti seminggu lalu dan digantikan dengan fresh graduate daru luar negara. Bila disebut nama Kyra Amna Bte Azhar membuatkan dia rasa ingin bersorak.
" Maksud you.. you pun kerja dekat sini? Tadi I tak nampak pun you.." Kyra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya dia perlu menghadap lelaki yang tak kenal erti jemu mengejarnya tiap-tiap hari.
" Tadi I ada kerja kat luar.. ni baru balik.. nasib sempat jumpa you.."
Kyra tersenyum nipis, lepas ini dunianya tak akan aman!
" Takpelah Bad I nak balik dulu, nanti jalan jam lewat pulak I sampai rumah"
" You naik apa ni? Kalau naik teksi biarlah I hantar you balik" Badrul memancing perhatian Kyra. Mencari peluang.
" Its okay Bad.. I drive.. thanks" Kyra berlalu menuju ke kereta. Badrul hanya menyoroti langkah Kyra yang berlalu meninggalkannya. Dia akui kali pertama bertemu mata dengan Kyra ada sesuatu tentang gadis itu yang membuatkan dia jatuh cinta. Sehingga dia rela menunggu begini lama untuk mendapat tempat dihati Kyra Amna itu.
*********************************************************************
Setapak Kyra melangkah masuk kedalam rumah, kepulangannya disambut dengan suara riang Qaleesyah. Melihat muka comel itu bersama tawa riang hilang segala penat lelahnya. Namun dia agak pelik dalam waktu begini Qaleesyah berada dirumahnya, bukan sepatutnya sekarang ini anak kecil itu bersama dengan ibu bapanya? Jam didinding dikerling, menghampiri ke jam tujuh malam.
" Kyra balik rupanya.. patut Qaleesyah riuh semacam je" Puan Khalisah tersenyum melihat gelagat anak yang berusia tiga tahun itu. Petahnya mengalahkan orang dewasa.
" Mama.. papa Qaleesyah tak ambil ke?" Kyra bertanya meminta kepastian.
" Papa Qaleesyah ada kerja kat luar.. tu yang balik lambat.. dia call mama suruh bawa balik Qaleesyah ni ke rumah dulu.. nanti dia ambil dekat sini.. dah selalu dah Qaleesyah balik sini kalau papa dia ambil lambat" Puan Khalisah menjelaskan, Kyra menganggukkan kepalanya.
" Mama Qaleesyah tak.."
" Mama Qaleesyah dah takde kakak.. Mama Qaleesyah sekarang ni dekat syurga.." Belum sempat Kyra menghabiskan kata-kata, Qaleesyah sudah menyampuk. Terkedu sebentar lidah Kyra. Rasa bersalah pula kerana mulut dia menggatal bertanya itu ini. Dia tidak menyangka anak sekecil ini sudah tiada tempat bermanja. Bak kata orang kasih-sayang ayah berlainan dengan belaian manja seorang ibu. Ya Allah kuatkan anak kecil ini.
" Qaleesyah.. kakak minta maaf ya.. im sorry dear" Kyra duduk melutut memandang wajah Qaleesyah. Pipi yang putih mulus itu disentuh penuh kasih. Melihat senyuman comel itu membuatkan hati Kyra kembali berdebar. Entah kenapa senyuman itu mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang telah mengkhianati dirinya.
" Takpelah kak.. Qaleesyah okay je.. kak bergilah mandi.. bushuk.." Qaleesyah menutup hidungnya, sambil tangannya mengibas ke udara. Kyra memicit hidung kecil Qaleesyah. Anak kecil itu tertawa.
Usai mandi dan solat. Kyra turun ke ruang tamu, dilihat Qaleesyah sedang leka melukis. Kyra tersenyum, melukis lagi!.
" Qaleesyah lukis apa tu? Boleh akak tengok" Kyra duduk disebelah Qaleesyah, anak kecil itu mendongak. Kertas lukisan itu diserahkan kepada Kyra.
Masih lagi gambar tiga orang manusia sedang berpegangan tangan tetapi kali ini berjalan disuatu tempat yang dipenuhi dengan bunga-bungaan umpama disebuah taman..
" Ni gambar Qaleesyah, papa dengan mama. Kitaorang jalan-jalan kat taman.. Qaleesyah teringin nak jalan-jalan dengan mama macam ni.. selalu pergi dengan papa je" Qaleesyah tersenyum, angan-angan Qaleesyah yang tak mungkin jadi kenyataan. Kyra terasa sebak. Air mata yang hampir jatuh cuba ditahan. Tidak mahu anak kecil itu turut bersedih.
" Kalau Qaleesyah nak.. akak boleh teman Qaleesyah pergi jalan-jalan dekat taman.. nak tak?" Kyra cuba menceriakan keadaan. Tak mahu hati kecil itu merasa kehilangan. Belum tiba masanya untuk Qaleesyah merasai perasaan seberat itu.
" Nak.. nak.. bila? Sekarang ke?" Qaleesyah sudah berdiri, suara itu kelihatan riang. Kyra menarik Qaleesyah agar duduk diribaannya.
" Sayang.. sekarang tak boleh.. dah malam.. nanti bila akak cuti, kita pergi ya.." Kyra membelai rambut Qaleesyah yang sedikit keperangan, perang yang asli. Entah mewarisi siapa.
" Okay.. promise?" Qaleesyah menyuakan jari kelingkingnya, Kyra menyambut jari yang kecil itu.
" Janji sayang...tapi sekarang ni akak nak masakkan untuk Qaleesyah nasi goreng kicap.. nak tak?"
" Nak.. Qaleesyah memang suka nasi goreng kicap lepas tu letak telur goreng.." Qaleesyah bertepuk tangan. Kyra tersenyum senang. Dia mendukung anak kecil itu menuju ke dapur.
Selesai makan malam, Qaleesyah asyik memuji kesedapan nasi goreng kicap masakan Kyra. Bertambah sampai tiga pinggan! Tidak sangka pula masakannya menjadi kesukaan Qaleesyah.
" Sedap la.. nanti buatkan Qaleesyah lagi ya?" Qaleesyah memeluk kaki Kyra, Kyra duduk melutut. Pipi itu diusap lagi. Terasa sudah jatuh sayang pada anak kecil itu.
" Ya sayang.. nanti akak buat lagi ya.. sekarang Qaleesyah pergi depan dulu ikut mama Khalisah.. akak nak basuh pinggan kejap ya"
Qaleesyah menggangguk faham dan berlalu ke ruang tamu, Kyra memulakan tugasnya membasuh pinggan. Fikirannya melayang memikirkan Qaleesyah, anak sekecil itu diduga dengan kehilangan ibu diusia yang terlalu mentah. Tetapi dia kagum dengan semangat Qaleesyah, cuma kadang-kadang impian anak kecil itu untuk berjalan bersama ibunya membuatkan Kyra rasa sebak. Diharap suatu hari nanti ada insan yang sudi menggantikan tempat ibu Qaleesyah. Menyayangi dan memberikan kasih sayang tanpa mengira batasan.
" Papa.. dah balik...yeay.. yeay.." Suara riang Qaleesyah membuatkan lamunan Kyra terhenti. Sebentar kemudian anak itu masuk ke dapur.
" Akak jom jumpa papa Qaleesyah.." Tangan Kyra ditarik oleh Qaleesyah, sampai diruang tamu langkah Kyra terhenti. Dia lihat tubuh yang sedang membelakangkannya itu sedang rancak berbual dengan mamanya.
" Papa...." Qaleesyah memanggil papanya agar menoleh ke belakang.
" Ya sayang.." Lelaki yang sedari tadi rancak berbual menoleh ke belakang. Disaat itu tubuh Kyra terkaku. Terasa seluruh tubuhnya dipaku, irama jantungnya rancak memainkan melodi. Semua terasa bagaikan mimpi, hatinya kembali rapuh dan terluka. Wajah dihadapannya ini bukan sesuatu yang menyenangkan tetapi melumpuhkan seluruh ketenangannya. Dia ingin cepat sedar dari mimpi ini..
YOU ARE READING
WARNA CINTA
RandomKYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun ke...