BAB 5

4.8K 146 12
                                    

" Papa.. sedap tau kakak Kyra masak nasi goreng kicap!" Dari tadi Qaleesyah tidak henti bercerita mengenai keenakan masakan Kyra, Zafuan hanya mendiamkan diri. Sedangkan fikirannya berputar ligat, perasaannya hanya Allah yang tahu. Segala memori silam datang satu persatu menghukum jiwanya. Mengapa baru kini? Setelah Fatin tiada disisi..

" Papa.. dengar tak apa yang Esyah cakap ni?" Qaleesyah sudah berpeluk tubuh dan merajuk, dia memasamkan mukanya. Dari tadi mulut kecil itu tidak hanti bercerita, melihat si ayah hanya diam mebisu membuatkan hati kecil itu terasa.

Zafuan toleh ke sisi sebentar dan tersenyum, rambut Qaleesyah dibelai selepas itu dia kembali fokus pada pemanduannya.

" Papa dengar sayang.. papa tahu Esyah suka makan nasi goreng kicap yang kak Kyra buat kan?" Zafuan cuba menarik perhatian Qaleesyah kembali. Sekarang anak kecil itu sahajalah harta yang paling berharga buat dirinya. Mana mungkin dia biar 'harta' yang satu itu berkecil hati dengannya.

" Dengar pun.. papa nanti boleh tak kita ajak kak Kyra pergi taman yang selalu kita pergi tu?" Qaleesyah memaut lengan ayahnya.

Tersentak rasa hati Zafuan, kalaulah Qaleesyah tahu situasi apa yang sedang melanda dirinya dan Kyra. Semua itu takkan mungkin berlaku kerana dia tahu Kyra sudah terlalu membencinya. Lihat pada pertemuan sebentar tadi, gadis itu hanya berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Dia nampak perubahan wajah Kyra bila melihat dia didepan mata, semuanya berlalu dalam sekelip mata. Dunia ini terlalu kecil untuk memisahkan dia dan Kyra.

" Insya Allah sayang.. nanti kita cuba ajak kak Kyra ya.." Zafuan seperti cuba memberi harapan. Anggukan anak kecil itu bersama tawa membuatkan Zafuan tersenyum tawar. Bukan niat mahu menipu tetapi itu sahaja yang terdaya dia lakukan.

'Kyra.. masih bencikah kau pada aku?' Soalan itu menjadi tanda tanya dalam fikiran Zafuan...

Kyra perlahan menyuapkan bihun goreng ke dalam mulut sambil fikirannya menerawang jauh. Pertemuan yang tak disangka semalam buat dia jadi galau, segala perkara yang dia lakukan terasa pincang. Dimana silapnya sehingga dia bertemu kembali dengan Zafuan? Dan paling dia takuti itu yang berlaku. Qaleesyah adalah anak Zafuan dan Fatin. Benarkah Fatin sudah tiada lagi didunia ini? Kyra terasa tekaknya pahit, ingin menangis tetapi dia tidak berdaya lagi menjemput air mata untuk bertamu. Cukuplah dulu dia menghabiskan waktu untuk meratapi nasib sendiri. Setelah empat tahun mengapa kisah silam itu datang lagi? Atau dia yang belum cukup melupakan luka yang lama? Sehingga luka yang dulu terasa rabak kembali? Sesak rasa dadanya, wajah Zafuan menghantui fikirannya.

" Kyra.. are you akay?" Suara Badrul menghentikan lamunan Kyra, dia mendongak dan dilihat Badrul sedang berdiri dihadapannya.

" I okay.. duduklah" Kyra membetulkan duduknya, Badrul tersenyum. Perubahan yang baik! Tidak pernah Kyra menjemputnya duduk, kalau di Sydney dulu gadis itu rela melarikan diri daripada bertemu dengannya.

" I rasa you tak okey Kyra.. if kalau you okay.. you akan angkat kaki kalau nampak I nak makan satu meja dengan you.." Badrul memandang wajah Kyra yang nampak tidak bermaya. Dia tahu ada sesuatu sedang menganggu fikiran Kyra.

Kyra tersenyum tawar, ya.. betul kata Badrul jika Kyra yang okey tidak begini. Sekarang Kyra yang ini sedang serabut! Biarlah sekurang-kurang ada Badrul menemaninya sarapan ada juga peluang untuk dia tidak memikirkan tentang Zafuan.

" I okay.. don't worry Bad.. ni dah order makan belum?" Kyra cuba untuk berbual, pergi jauh segala anasir.. dia sudah tak sanggup melayan lagi.

" Dah.. I order roti canai.. kejap lagi sampai la tu.. sure you tak ada apa-apa?" Badrul mengangkat keningnya, dia bertanya lagi tanda prihatin. Tak sanggup melihat orang yang dia sayang kelihatan seperti bermasalah.

" Sure I okay.. sebab I rasa kalau you tanya I lagi bermakna I yang tak okey dengan you nanti" Kyra tertawa kecil, Badrul hanya tersenyum. Tawa Kyra kedengaran sumbang ditelinganya.

" I rasa kebetulan you ada kat sini.. eloklah kalau I perkenalkan you dengan desingner hiasan dalaman untuk company kita" Badrul memulakan bicara mengenai kerja, takut pula nanti Kyra tidak selesa bertemu dengannya jika dia tiba-tiba mahu berbicara soal peribadi.

Kyra mengerutkan dahinya.

" Designer hiasan dalaman?" Kyra bertanya meminta kepastian.

" Yepp.. kita nak ubah design untuk office kita.. dah lama sangat kita tak ubah suasana office kita tu.. lupa I nak beritahu you yang dua bulan lagi akan ada pelabur dari timur tengah nak datang ke company kita untuk hadiri meeting tahunan.. so kita kena bersiap sedia untuk terima kehadiran mereka.. kena change la hiasan untuk office kita" Badrul menerangkan kepada Kyra.

Kyra mengangguk faham.

" So designer tu akan jumpa kita sekarang ke?"

" I janji dengan dia dalam pukul 8 setengah pagi.. kejap lagi datang la tu.. takpe kita makan dulu" Badrul memulakan suapannya, Kyra juga turut sama.

" Sorry Bad.. tunggu lama.. jalan jam sikit.." Suara itu! Kyra terasa seperti ada sesuatu tersekat dikerongkongnya. Dia mengangkat mukanya, dia lihat Badrul sedang bersalaman dengan seseorang. Ketika lelaki itu menoleh ke arahnya membuatkan jantung Kyra terasa ingin gugur lagi! Mengapa perlu dia lagi!

JENG..JENG..JENG.. ZAFUAN KE BADRUL NI??? LET ME KNOW NAK TEAM MANA YA? PLEASE COMMENT

WARNA CINTAWhere stories live. Discover now