Kyra membuka matanya perlahan, kepalanya terasa sakit yang amat. Dia memejamkan kembali mata, cahaya lampu yang menyilaukan pandangan mata membuatkan dia gagal untuk membuka mata. Nafas ditarik sedalam mungkin, apa yang telah terjadi pada dirinya? Dia dapat rasakan yang ini bukan bilik tidurnya, terasa terlalu janggal.
" Kyra.." Suara itu membuatkan Kyra tersentap! Dia dimana sebenarnya? Kenapa suara itu yang menyapa telinganya
Perlahan mata cuba dibuka lagi, dia ingin tahu apa yang terjadi sebelum dia berada ditempat ini, yang dia ingat dia cuma kepalanya tiba-tiba berpusing sebelum pandangan menjadi gelap. Selebihnya dia sudah tidak sedarkan diri.
" Kyra.. alhamdulilllah you dah sedar" Badrul duduk ditepi katil Kyra, rasa risau dihatinya bukan kepalang.
Kyra memandang sekeliling biliknya, sah! Ini bukan bilik tidurnya.
" I kat mana ni Bad?" Kyra cuba untuk bangun namun segera dihalang oleh Badrul.
" You dekat hospital Kyra.. pagi tadi you pengsan tiba-tiba masa kita tengah sarapan.. you jangan bangun dulu.." Badrul menerangkan, bantal kepala Kyra dibetulkan kedudukannya agar Kyra rasa selesa.
Kyra terdiam, dia pengsankah tadi? Dia cuba mengingat kembali apa yang terjadi sehingga dia tidak sedarkan diri. Tiba-tiba Kyra rasa jantungnya dipalu kuat, Zafuan! Lelaki itu adalah pandangan terakhirnya sebelum pengsan. Wajah Badrul yang tersenyum dipandang penuh tanda tanya.
" Do you mean I pengsan masa you nak kenalkan I dengan designer untuk hiasan dalam company kita ke?" Kyra meminta kepastian. Diharap jawapannya tidak! Kerana cukuplah dia dimalukan depan Zafuan dulu. Cukuplah!
" Ya cik Kyra Amna.. you pengsan masa I nak kenalkan you dengan Encik Zafuan.. but don't worry dia faham.. sekarang baru I tahu kenapa you nampak muram je pagi tadi.."
Kata-kata terakhir Badrul membuatkan Kyra rasa berdebar. Zafuan telah ceritakan semuanya pada Badrul ke?
" Maksud you?"
" Kyra.. jangan kali you jangan sorokkan apa-apa dari I boleh tak? If you tak boleh handle seorang you can tell me.. dan I faham.. takdelah sampai you pengsan macam ni.. jangan bebankan diri you sorang" Badrul memandang wajah Kyra, Kyra mengetap bibirnya. Wajahnya dikalihkan. Terasa tebal mukanya ingin berhadapan dengan Badrul. Kenapa Zafuan perlu ceritakan semuanya kepada Badrul?
" Kyra.. please.. I tak nak tengok you macam ni.."
Kyra memejamkan matanya sebelum dia menguatkan hati untuk memandang wajah Badrul. Lelaki berkumis nipis itu tiada cacat celanya, tampan dan baik hati. Segalanya tentang lelaki itu terlalu indah untuk dia gambarkan.
" Zafuan cakap apa lagi dengan you?"
Badrul mengerutkan dahinya.
" Zafuan? Zafuan tak cakap apa-apa dengan I.. dia just cakap dia faham keadaan you yang tak berapa sihat jadinya dia tak kisah kalau kena discuss pasal design tu lain kali"
Kyra pula yang pelik.. jadinya...
" Yang tadi tu you cakap apa?"
Badrul tersenyum.
" Tadi tu Doktor beritahu I yang you stress..tak cukup rehat.. tu sebab you pengsan.. you tu pun kalau rasa kerja tu tak sesuai dengan you.. I boleh tukarkan you ke department lain..just tell me.. jangan bebankan diri you.." Badrul menerangkan. Kyra menarik nafas lega.. Terima kasih Zafuan sebab cerita kita masih tersimpan rapi.
" Takdelah Bad.. I okay jer ni.. Cuma I penat jer.. I tak stress pun dengan kerja I tu.. I suka dengan kerja I.. susah payah I nak jawab soalan interview dulu.. takkan senang-senang I nak let go this position" Kyra mengukir senyuman. Badrul yang mendengar terasa lega. Wajah Kyra dipandang penuh kasih. Entah bila dia dapat menawan hati Kyra yang keras itu.
YOU ARE READING
WARNA CINTA
RandomKYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun ke...