Bab 19

24 0 0
                                    

Hari ini Hana perlu berjumpa dengan penasihat kelab teater untuk menghantar puisi yang dijanjikan dengan ditemani Massara. Kebelakangan ini Massara menemaninya ke mana-mana sahaja kerana risau dengan rakan baiknya itu. Massara takut perkara yang sama berulang lagi, seperti dia menghilangkan diri dan bermalam di hotel tempoh hari. Hingga ke hari ini, dia yakin itu adalah angkara Ammar.

Massara duduk di kerusi luar bilik bilik pensyarah sementara Hana masuk bertemu dengan penasihat kelabnya.

"Assalamualaikum puan Aisyah" Hana menolak pintu perlahan masuk ke dalam bilik. Dia memberikan senyuman walaupun hatinya sedikit gugup untuk menyatakan hasratnya.

"Waalaikumussalam, ye Hana duduk duduk" Puan Aisyah mempelawa Hana untuk bertentangan dengannya.

"Nak hantar puisi kan?" Puan Aisya cuba mengingati tujuan Hana datang berjumpa dengannya.

"Ha ah. Ni yang saya buat" Hana menghulurkan beberapa keping kertas. Dia menelan air liurnya sebelum memulakan bicara "Sebenarnya puan, saya ada benda lain nak cakap"

"kenapa tu?"

"Saya nak tarik diri dari kelab teater" Hana tersenyum kelat. Tangannya dipegang erat sendiri takut permintaannya ditolak.

"Laaa, kenapa? Tak okay ke? Sayang la bakat kamu" Suaranya puan Aishah kedengaran risau, takut ada perkara buruk terjadi di antara ahli kelab tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu Hana menarik diri.

"Sebenarnya saya rasa saya tak boleh manage time saya dengan kelas. Sebab tu saya nak berhenti" Hana menyatakan sebabnya. Dia tahu puan Aisyah akan menghalangnya tetapi dia sudah bertekad.

"Tapi kan sayang markah kokorikulum. Sijil mahal dengan bakat kamu" Puan Aisyah cuba memujuk Hana.

"Hm.. saya takut nanti saya stress and study kelaut" Hana menjelaskan masalahnya supaya puan Aisyah mengerti.

"Kalau macam tu tak apalah. Takkanlah saya nak paksa kan? Betul awak nak tarik diri? Tak menyesal?" Akhirnya puan Aisyah pasrah. Dia tidak boleh memaksa orang lain mengikuti kemahuannya. Beberapa kali dia meminta kepastian Hana.

"Insyaallah tak" Kali ini Hana yakin.

"Hm.. tapi awak masih boleh hantar karya awak kalau awak nak" Puan Aisyah memberi cadangan.

"Insyaallah kalau ada peluang" Hana bersyukur puan Aisyah masih membuka peluang kepadanya.

"Oh alang alang tu. Ni saya baru siapkan tiket teater tu. Kamu boleh je nak ajak kawan kawan kamu" Laci meja dibuka. Puan Aisyah menghulurkan tiket teater yang telah dibuat. Hana menjadi orang pertama yang menerimanya.

"Seriousla puan? Wah cantiknya tiket!" Hana teruja. Matanya membulat melihat tiket yang dipegangnya. Cantik. Usaha mereka tidak sia sia.

"Penat saya design. Nasib baik kena puji" Puan Aisyah berseloroh

"Erm.. Saya nak tiga boleh tak puan? Nak ajak kawan saya sekali" Hana menebalkan mukanya. Dia tersenyum sumbing. Tidak sabar hendak mengajak rakannya menonton teater. Bukanlah kali pertama tetapi melihat usaha membuahkan hasil.

"Boleh ambil lah. Jangan bagitau orang lain pulak. Kita kita je" Puan Aisyah mengeluarkan lagi dua keping tiket. Yang sepatutnya dijual diberi percuma pada Hana. Disuruh merahsiakan takut orang lain cemburu.

"Terima kasih banyak banyak puan sebab bagi saya peluang dengan tiket ni. Saya minta diri dulu" Senyumannya tidak lekang dari tadi. Gembira.

"Do your best in study ye" Puan Aisyah berpesan sebelum Hana keluar meninggalkan biliknya.

Hana keluar dari bilik pensyarah dengan tiga keping kertas yang bewarna merah. Pensyarahnya sendiri yang memerah otak untuk menyiapkan tiket yang sangat cantik visualnya. Hana mengipas mukanya dengan tiket-tiket itu untuk menunjuk-nunjuk pada Massara.

TumbuhWhere stories live. Discover now