Imbas kembali. Hana semester 1
"Sekejap!" Gadis itu kelam-kabut memakai kasut dan mengejar Massara yang sudah berada di hujung koridor untuk menuruni anak tangga.
"Cepat! Kawan Sara dah tunggu." Mereka berdua cepat-cepat turun dari tangga dan menunggu bas yang telah disediakan pihak universiti. Kedua-dua mereka tercungap-cungap.
"Salah Saralah ni ajak tiba-tiba" Hana merungut. Rakannya itu tiba-tiba mengajaknya ke perpustakaan untuk berbincang tentang tugas yang perlu dilakukan secara berpasangan kerana Massara masih merasa janggal dengan rakan kelasnya.
"Nanti Sara belanja aiskrim." Sara tersenyum simpul.
"Kenapa tak pilih partner perempuan?" Hana tertanya tanya. Biasanya dia akan memilih perempuan juga untuk dijadikan teman untuk melakukan assignment berpasangan jadi dia ingin tahu perspektif Massara.
"Tak sempat. Laki tu seketul je yang tinggal." Massara mencebik, memuncungkan mulutnya tidak berpuas hati.
"Susah masalahnya kalau dengan lelaki. Nak buat assignmet kena pergi tempat terbuka, dah la curfew lelaki tak boleh ke kafe bawah kolej kita pukul lapan malam je macam mana nak buat assignmet? dengan JPK kerek lagi tu tak masuk lagi curfew tak boleh balik lewat dari sepuluh setengah. aduh" Massara membebel panjang dengan semua peraturan yang tidak digemarinya.
"Nak buat macam mana kan. Kita ikut je lah"
"Kita duduk rumah sewa nak tak?" Massara mengajaknya.
"Hmm..." Walaupun baru berada di semester pertama, Hana tidak pernah merancang untuk tinggal di luar kerana faktor kewangan melainkan dia perlu bekerja keras.
"Jomlah. Boleh bawa kereta. No curfew dan boleh masak," Massara cuba memujuk Hana.
"Kita tengok dulu macam mana."
"Kalau boleh, Sara nak kita sewa sama-sama" Massara masih berharap tetapi dia tidaklah memaksa.
"Okey..." Hana mengiyakan sahaja permintaan Massara acuh tak acuh.
"Jom, bas dah sampai"
Kedua-dua gadis itu menaiki bas mengelilingi universiti sehingga pemandu bas berhenti di hadapan perpustakaan. Tangan Hana ditarik Massara. Mereka sama-sama berlari menuju ke dalam perpustakaan. Matanya meliar dan mengecil cuba mencari rakannya sehingga ada yang melambai.
"Sana!"
Hana mengekori sahaja Massara dari belakang. Dia tersenyum kepada lelaki di hadapannya. Fazrul namanya jika diingat kembali.
"Aku ajak roommate aku teman. Tak apa, kan?" Massara baru meminta izin setelah gadis itu diheret di hadapan Fazrul.
"Hana?" Lelaki itu bertanya meminta kepastian bahawa matanya tidak salah menilai.
"Eh, kau orang kenal ke?" Massara bersilih ganti melihat Hana dan Fazrul. Hana kelihatan terpinga-pinga.
"Err... macam mana awak tahu nama saya?"
"Awak tak ingat saya?" Lelaki itu sebenarnya agak berharap Hana mengingatinya tetapi dia tidak menyalahkan Hana. Mereka hanya pernah berkomunikasi dua kali selama Fazrul mengenalinya.
"Jap, drama apa ni? Hana ada amnesia ke?"
"Banyak tengok dramalah kau ni. Aku kenal dia waktu sekolah menengah dulu."
"Sekolah Menengah Agama Mahmud?" Hana juga menginginkan kepastian kerana Fazrul seakan-akan tiada di dalam memorinya. Walaupun berasingan kelas, Hana masih mengingati pelajar lain.
"Ya tapi setahun je, masa tingkatan empat. Lepas tu, saya pindah." Fazrul menjelaskan ringkas.
"Tapi, macam mana Hana boleh lupa?" Massara menyengetkan kepalanya melihat wajah Hana yang masih lagi cuba mengingati masa lalu.
"Kita orang tak sama kelas."
"Oh, macam tu." Sara dan Hana sama-sama mengangguk.
Hana juga berpuas hati kerana mustahil dia terlepas pandang dan tidak mengingati rakan yang seusia dengannya.
"Kenapa pindah sekolah?" tanya Massara lagi.
"Banyak tanyalah kamu ni. Nantilah, kena discuss cepat nanti aku ada pemilihan bola sepak." Fazrul mengerutkan dahinya tetapi bukanlah serious Cuma perlu cepat kerana mereka tidak punya banyak waktu untuk berbincang pada hari itu.
Padanya, Hana masih belum berubah. Tidak banyak bercakap dengan lelaki tetapi kelihatan lebih selesa berbanding waktu Fazrul mengenalinya dulu. Gadis itu sudah tidak menunduk memandang lantai saat bercakap dengannya.