Bab 21

27 0 0
                                    

Mereka semua duduk mengelilingi unggun api setelah menunaikan solat Isyak berjemaah. Kedengaran bunyi unggas berselang-seli dengan jilatan kecil api yang memakan ranting dan dedaun kering.

"Alhamdulillah, malam ni diberi kesempatan untuk kita berkumpul. Sesi ni bukan untuk memaksa sesiapa berkongsi tetapi lebih kepada sesi luahan hati. Mungkin ada antara kita yang nak meluahkan apa-apa. Orang lain boleh saling berbagi kata-kata semangat atau mungkin cuma jadi pendengar saja? Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi ke, nak bertanya, berkenalan pun boleh." Fazrul memberi cadangan. Tidak mahu aktiviti malam itu terasa berat.

Fazrul membuka bicaranya. Masa yang ada tidak boleh dihabiskan begitu sahaja kerana esok aktiviti-aktivitinya lebih mencabar, maka mereka semua perlu mendapat rehat yang cukup.

Jika dinilai pada pakaiannya, Fazrul kelihatan sederhana sahaja. Penampilannya jauh kelihatan seperti seorang ustaz atau anak ustaz, tetapi sekali dia bercakap, gayanya persis Ustaz Sha'ari. Begitulah telahan Hana. Hana masih lagi berada di dalam dunianya.

Beberapa orang dari peserta lain juga menceritakan masalah yang dihadapi. Masing-masing berfikir tentang hikmah dan nikmat dari setiap perkara yang dikongsi. Malam itu hening.

Sepanjang sesi itu berlangsung, mereka banyak berbual sesama sendiri. mereka juga menikmati makanan yang dipanggang bersama. Ketika semua orang bersurai, Massara mengambil makanan kali kedua. Ketika ini, Fazrul sengaja mendekati Hana.

"Boleh Faz duduk sini?" Fazrul meminta izin untuk duduk di sebelahnya saat melihat Hana yang ralit memandang unggun api.

"Oh? Ha.. ah.. duduk lah" Hana mempelawa. Dia mengesot sedikit berbagi ruang pada Fazrul. Tiba tiba kedengaran bunyi bakaran unggun api semakin kuat.

"Keluarga Hana sihat ke?" Fazrul memulakan bicara berbasa basi.

"Hm.. Alhamdulillah semua sihat je"

"Eh Faz baru perasan loghat Kedah Hana hilang bila dekat sini"

"Aaa... Hahaha. Hm.. Tak pandai cakap kedah dengan orang bukan kedah. Rasa macam ayam dengan itik" Hana menjelaskan alasan dia tidak menggunakan loghat negerinya.

"hahaha. I see. Sama lah. Faz macam tu jugak" Dia tertawa mendengarkan jawapan Hana kerana dia juga begitu.

"How are you so far?" Wajahnya serius bertanyakan keadaan Hana yang sudah beberapakali bertembung dengannya pada waktu yang tegang.

"hm.. lebih baik. I guess?" Hana menjawab tak pasti.

"Hana tau kan Faz dulu sekolah dengan Hana sekali" Fazrul mengubah topik takut Hana tidak selesa bertanya lebih tentang apa yang telah berlaku.

"Yup. Setahun kan? Faz pernah bagitau sebelum ni"

"Ha ah.." Lelaki itu menjawab pendek. Kepalanya yang tak gatal digaru. Tiba tiba kehabisan idea.

"Then Faz kenal Hana ke tak waktu tu?" Kini giliran Hana bertanyakan soalan kepada Fazrul. Matanya memandang tepat pada unggun api hampir mengelamun.

"Kenal" Fazrul menjawab dengan yakin. Dia yakin mengenali gadis yang sedang dipandangnya. Sekurang kurangnya sebanyak mana yang dia hendak tahu, dia tahu.

"Banyak mana?" Hana berpaling memandang Fazrul sehingga kedua duanya berpandangan lalu mengalihkan kembali wajah ke arah api yang menyala.

"Tak banyak but I do know you" Fazrul menjelaskan.

"Then apa yang Faz nampak pada Hana? Maksud Hana, Hana berubah ke? Lain ke Hana dari sekolah dulu?" Hana memandang Fazrul. Dia ingin tahu pandangan orang lain padanya. Pandangan Fazrul yang pernah ada ketika dia masih bersekolah dan kini.

"Faz tak rasa Hana berubah banyak dari sekolah."

"Tak banyak tapi masih berubah kan?" Hana menginginkan jawapan yang jelas.

"Mungkin terlalu baik sampai burukkan diri sendiri?" kata Fazrul.

"Hana rasa Hana dah berubah banyak sangat." Hana menungkapkan apa yang terbuku di hatinya.

"Tak pun. Faz still nampak Hana yang sama pada mata Faz. Nothing change I think. Mana ada manusia tak berubah langsung. Pengalaman dan kesilapan boleh mematangkan so kalau Hana lalui masalah dalam perjalanan Hana, you can share with me too. Kan asal ukhuwah itu saling membantu?" Fazrul tenang memberitahu apa yang terbuku dihatinya

"Indeed" Hana bersetuju dengan kata kata Fazrul yang terakhir. Dia mengangguk mengerti bahawa kesilapannya sebelum ini adalah takut untuk mencari bahu untuk disandar dan telinga untuk mendengar sedang dia yang selalu menjadi manusa yang menadah.

"Selesakan diri jadi seorang Hana dengan selesa menggunakan talian hayat" Fazrul tersenyum.

"Hah? Apa talian hayat?" Hana mengerutkan dahinya. Tidak memahami apa yang disampaikan.

"I mean bantuan. Macam telinga yang sedia mendengar. Include me" Fazrul menunjukkan dirinya sendiri. Menawarkan diri bangga.

"Hahaha. Insyaallah Hana gunakan perkhidmatan Faz. Thank you." Hana tertawa melihat Fazrul yang bersungguh mempelawa.

"Haaaa! Sembang tak ajak!" Tiba-tiba Massara menyergah, muncul dengan kedua belah tangannya, memegang pinggan yang penuh berisi makanan. Diberikan satu pada Hana terus melabuhkan punggung di sisi Hana.

"Uish kau ni. Tak rilek. Duduk lah korang. Aku nak pergi cari makan pulak" Fazrul meninggalkan Hana bersama Massara. Menggelengkan kepala dengan telatah Massara.

"Okay " Hana membalas dengan senyuman sebelum melihat lelaki itu pergi. Beban pada dadanya terasa sedikit ringan dengan kehadiran orang yang baik-baik di sekeliling.

TumbuhWhere stories live. Discover now