Bab 24

21 0 0
                                    

Mereka berjanji untuk berjumpa di kedai makan yang agak tertutup, tetapi masih berada di tempat awam. Maria sudah menunggu bersama dua gelas minuman sebaik Hana tiba di situ. Dia memakai pakaian serba hitam ditambah dengan pelitup muka dan kaca mata separa hitam.

Meskipun wajahnya cuba diselindung, namun Hana dapat melihat matanya yang bengkak walaupun dalam keadaan samar-samar.

"Assalamualaikum," Hana bersalaman dengan Maria sebelum mengambil tempat duduk berhadapan dengannya.

"Waalaikumussalam," Maria menyambut tangan.

"Saya dah order minuman untuk Hana." Maria menunjukkan dua gelas yang berisi jus. Dia sempat memesannya sementara menunggu Hana tiba tadi.

"Terima kasih.." ujar Hana sambil menayangkan senyuman manisnya kepada Maria.

"Maaf sebab buang masa Hana." ujar Maria dengan rasa serba salah.

"Tak apa. Tak nak makan?" Hana berniat untuk membayarkan makanan pada pertemuan hari itu, tetapi Maria menolaknya.

"Tak lapar." ujar Maria dengan tenang seraya tersenyum nipis.

"Jadi, apa yang Maria nak cakap?" Hana terus ke topik utama. Dia juga tidak mahu membuang masa di situ. Cukup sekadar mendengar apa yang Maria ingin katakan kepadanya.

"SebenarnyaAmmar selalu naik tangan dengan Maria. Dia banyak kali pukul Maria." Pelitup mukanya dan kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan sedikit. Kesan lebam dan luka pada bibir dan matanya jelas kelihatan.

"Ya Allah, kenapa tak buat report polis?" Hana terkejut melihat sendiri kesan dera pada wajah Maria.

"Saya takut!" ujar Maria ketakutan. Riak wajahnya tidak menipu, dia sangat takutkan Ammar tika ini.

"Tapi tak boleh dibiarkan." Hana tahu Maria sedar akan perkara ini. Jika dibiarkan mungkin akan menjadi lebih teruk. Mereka belumpun satu tahun bercinta, tetapi Ammar semakin berani naik tangan kepada perempuan. Anehnya, dia tidak pernah memukul Hana sehinggalah hari terakhir mereka bertemu.

"Saya tahu. Dah banyak kali saya cuba putuskan hubungan dengan dia, tapi dia tak nak. Dia ugut Maria... untuk sebarkan gambar kami." Gadis itu memberitahu dengan jujur tentang semua yang berlaku.

"Astaghfirullah..." Hana tidak tahu lagi untuk memberi reaksi. Dia perlu membantu Maria.

"Mungkin sebab salah saya dulu sebarkan fitnah kepada Hana. Inilah balasan yang saya terima. Saya minta maaf." ujar Maria dengan nada yang penuh kesal. Maria betul-betul menyesal atas apa yang telah dia lakukan terhadap Hana.

"Oh, jadi latest video tu..." Hana ingin tahu tentang video yang ditularkan semasa dia dan Massara baru pulang dari bertemu pensyarah tempoh hari.

"Saya yang post kejadian sebenar semasa hari Hana ditampar. Tapi mungkin orang lain yang viralkan video yang rakan Hana memarahi Ammar. Luka pada muka saya ni semuanya disebabkan video yang viral. I'm so sorry..." Maria berulang kali memohon maaf kepada Hana.

Dia sedar nasi sudah menjadi bubur dan tiada ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan melainkan memohon maaf.

"It's fine. Benda dah lepas tapi, what about you? Kita pergi report polis, jom. Bahaya!" Hana cuba bertegas. Dia risau kalau Ammar makin berani bertindak yang lebih ganas.

"No. I'm fine. Saya nak jumpa Hana hari ni cuma untuk minta maaf. Bukan untuk minta simpati Hana." Gadis itu berkeras walaupun mukanya sudah dipukul sehingga begitu rupa.

Hana serba salah. Apa sekalipun, sekurang-kurangnya Maria perlu mendapat keadilan. Perbuatan Ammar itu sudah melampau.

"It is not about sympathy or pathetic. It is about your worth and safety. Allah tak akan mengubah keadaan kita, melainkan kita berusaha mengubahnya." ujar Hana dengan tegas. Hana masih berusaha memujuk Maria untuk membuat report polis. Dia risau, Ammar akan bertindak lebih ganas selepas ini.

"Tak apa, Hana. Saya akan selesaikan masalah saya sendiri. Hana, jaga diri okey?" Maria bingkas bangun menolak kerusi. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Hana sebelum berlalu meninggalkan gadis itu sendirian.

Hana duduk mengeluh. Dia menyedut air yang dipesan Maria tadi untuk membasahkan tekak. Kemudian berlalu meninggalkan kedai makan itu.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, dia terfikir-fikir akan keadaan Maria dan Ammar. Ya, itu memang bukan masalahnya lagi tetapi dia kasihan atas sebab kemanusiaan.

Mungkin Ammar bertindak sebegitu kerana Hana tidak mahu memaafkannya, tetapi Hana sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan Ammar dengan Maria sehingga ada gambar yang tidak senonoh. Hana mengeluh.

Baru sahaja Hana ingin membuka pintu keretanya, pintu keretanya ditolak hingga tertutup kembali dengan kasar. Hana terkejut dengan kejadian yang berlaku. Dia terus menoleh melihat gerangan yang telah menolak pintu keretanya dengan kuat itu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ammar yang muncul entah dari mana itu.

"Awak buat apa kat sini?" Hana mempersoalkan lelaki yang kini berdiri di hadapannya.

"Hei perempuan! Kau ikut aku sekarang!"ujar Ammar lalu menarik tangan Hana dengan kuat.

"Ish apani Ammar, sakitlah!" ujar Hana uba untuk menarik semula tangannya yang digenggam kuat oleh Ammar.

"Ikut aku sebelum aku pukul kau!" Ammar tidak mengendahkan Hana yang kesakitan itu. Dia tetap mahu Hana mengikutnya.

"Tak nak lah. Lepaslah ish!" Hana terus mencapai telefon bimbitnya yang berada di poket seluarnya. Dia ingin menelefon polis. Belum sempat dia mendail nombor kecemasan itu, Ammar sudah merampas telefon itu dari tangannya.

"Kau jangan cuba-cuba nak call polis eh, sebelum aku naik berang lagi, baik kau ikut aku dengan senyap!" Ammar mula mengamuk. Hana semakin rasa ketakutan. Dia sudah cuba untuk melawan, tapi apalah sangat tenaga yang dia ada jika nak dibandingkan tenaga seorang lelaki seperti Ammar.

Ahirnya Hana akur dengan kehendak Ammar. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk melawan Ammar. Dia sangat takut perkara yang lebih buruk akan berlaku jika dia semakin melawan dan menolak kemahuan Ammar.

TumbuhWhere stories live. Discover now