Bab 29

77 1 0
                                    

Hana kini berada di rumah, membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Dia di dapur mencuci pinggan mangkuk yang digunakan setelah habis memasak sambil menyanyikan lagu- lagu nasyid lama.

"Hana memang tak mau buat kerja apa-apa dah?" Puan Salmah yang duduk di meja makan bertanya kerana Hana biasanya tidak boleh duduk diam.

"Hana rasa nak jual kuih, dan!..." Dia memberikan cadangan. Dia sudah berfikir untuk melakukan itu setahun yang lalu tetapi tidak kesampaian. Dia ingin mencuba secara kecil-kecilan di kampung. Untungnya hendak diberikan kepada yang memerlukan.

"Dan?" Berkerut dahi puan Salmah cuba untuk meneka apa yang ada difikiran anak gadisnya.

"Nak sambung jual dekat TikTok macam sebelum ni." Hana berniat untuk mengaktifkan TikTok kembali sebagai content creator tetapi lebih jujur dan tulus dengan kehidupannya. Bukanlah sekadar memaparkan semua yang indah-indah.

"Buatlah kalau rajin." Ibunya memberi sokongan penuh setiap kali Hana menyatakan hasrat untuk melakukan sesuatu. Selagi tidak melanggar syariat, keluarganya tidak pernah menghalang.

"Boleh letak dekat gerai depan tu. Lepas tu, kongsi resepi dengan orang lain dekat TikTok." Hana memberitahu rancangannya. Dia ingin orang kampung merasai kuih yang berbeza dengan mencuba pelbagai resepi baru.

Lagipula dia sudah terbiasa memberi kuih-muih yang dibuat bersama ibunya pada bulan puasa untuk moreh, ataupun sebagai juadah berbuka puasa di surau dengan niat sedekah sebelum ini.

"Nanti mama tolong." Puan Salmah mempelawa diri tersenyum

Hana menepuk tangan gembira. Walaupun cutinya tidak lama, sekurang-kurangnya boleh diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.

Semakin dia membesar, semakin dia menyedari bahawa tanpa pengorbanan ibu bapanya, dia tidak akan berdiri disini. Kalau bukan sebab sokongan dan bimbingan ibu bapanya, mungkin jalan yang dipilih akan jauh tersasar.

"Hana nak naik bilik sat." Dia meminta izin kepada puan Salmah sebelum tangga papan itu dipanjat.

Dia berjalan perlahan-lahan tidak mahu menghasilkan bunyi yang terlalu kuat. Hana berkongsi bilik dengan Suffiyah, tetapi adiknya kini berada di asrama.

Buku nota di dalam laci dicapai. Dia mula menulis jurnal sejak diuji dengan episod kemurungan.

"Aku dulu muda dan bodoh. Tidak menyangka akan bernafas sehingga kini dengan rahmat- Mu. Dunia aku terasa kecil tanpa pertolongan-Mu. Dulu aku lalai bahkan kadangkala aku masih lalai dan lupa. Kekurangan aku sebagai seorang manusia, disempurnakan dengan kehadiran sahabat yang baik yang membantu aku menepis onak dan duri."

Buku notanya ditulis sehingga penuh satu muka surat. Dia mahu mengabadikan kenangannya dalam bentuk tulisan supaya dia boleh kembali membaca dan mengingatkan dirinya.

Air matanya menitis. Perjalanan hidupnya mungkin panjang atau berakhir dalam masa terdekat. Hana memilih untuk bersyukur dan menghargai setiap detik yang dia jalani. Biar buku nota itu menjadi penemannya di kemudian hari.




-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Hai kepada pembaca cerita ni. Saya sedar masih banyak kekurangan dalam cerita ni as ini adalah manuskrip pertama saya. Dan ada beberapa bahagian dalam penulisan ini dibantu oleh sahabat saya. Walau apa pun, Terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita yang tak seberapa ini. Really appreciate that.

TumbuhWhere stories live. Discover now