Tiba tiba sahaja Massara dan Fazrul tiba di depannya cuba menjadi pelindung.
"Eh, mamat ni!" Massara mula naik angin.
"Kau ni berbuih mulut orang cakap. Hana dah taknak kau kan?" Massara menyambung. Meluat melihat wajah Ammar yang tak habis habis buat kacau. Matanya menjeling tajam.
"Kau sibuklah!" Ammar membalas angkuh. Dia kesal kerana asyik bertemu dengan orang yang selalu menggagalkan rancangannya.
"Kau ni bodoh eh? Kalau orang dah taknak tu tak perlu pun nak merayu bagai! Tak jantan lah weh" herdik Fazrul. Suaranya keras dan tegas. Menggenggam tangannya cuba bersabar dari memberi tumbukan. Bahasa yang digunakannya kasar mencabar ego Ammar sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.
"Kau jangan sibuk nak kacau Hana. Tak ada orang kat sini yang suka kau!" Massara menyambung.
Satu pukulan hinggap pada wajah Fazrul sehingga bibirnya mengeluarkan darah. Kolar bajunya ditarik dan kedua-dua lelaki itu saling berbalas pandangan tajam. Wajah mereka kelat.
"Weh, sudahlah!" Massara cuba menghentikan pergaduhan yang sia-sia itu.
"Sudah! Baik berhenti sebelum saya betul betul call polis," Hana mengancam Ammar sehingga lelaki itu melepaskan kolar Fazrul.
Hana ingin menghentikan semuanya. Semua yang berkaitan Ammar dalam hidupnya. Selama ini, Hana hanya melarikan diri hingga tidak menyelesaikan apa-apa masalah sekalipun.
"Kita putus semenjak saya tinggalkan awak. Saya yang pilih untuk tinggalkan awak!" Hana menjerkah Ammar. Badannya menggigil menahan marah.
"Sebab dia kan?!!" Bentak Ammar. Suaranya keras.
"Tak. Sebab perangai awak dan sebab saya dah tak sukakan awak!" Hana bertegas. Jari telunjuknya ditunjuk tepat pada wajah Ammar. Tidak mahu lagi mengasihani orang yang menyakitinya. Jiwanya meronta-ronta. Dia tidak mahu berada dalam kepompong yang sama.
Ammar masih menggenggam tangannya. Dia terdiam seribu bahasa. Air liur yang hendak ditelan terasa kelat. Maruahnya terasa dirobek.
"Saya yang nak tamatkan hubungan ni, jadi tolonglah jangan kacau saya lagi. Tolong bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat. Awak sendiri tahu apa yang saya maksudkan." Hana hampir merayu untuk dirinya tidak diganggu lagi.
"Kau memang tak faham semua bahasa ke? Aduh, masalah betul!" Massara kesal. Hal ini sepatutnya sudah lama berakhir, tetapi lelaki itu masih tidak berpuas hati.
"Woi! Bergaduh apa?" Seorang lelaki berteriak dari jauh. Mungkin dia ternampak apa yang telah berlaku.
Ammar memandang lelaki itu dan kembali memandang Hana. Takut perbalahan menjadi lebih besar"Fine... we're done." Muka Ammar kelihatan redup kerana kecewa. Dia mengeluh dan mengalah. Akhirnya dia memilih untuk akur dengan kehendak Hana dan memilih untuk pergi.
"Aaaa takde apa!" Massara membalas teriakan lelaki itu sebaik Ammar meninggalkan mereka.
"Awak okey ke?" Hana terus mengalihkan tumpuan pada Fazrul. Mengeluarkan tisu dari dalam beg tetapi dalam waktu yang singkat tisu putih yang dipegangnya sudah dipenuhi dengan darah.
"Sakit... sikit." Fazrul merungut. Mukanya berkerut menahan sakit
"Faz nak pergi klinik tak?" Hana bertanya. Gelisah melihat keadaan Fazrul.
"Tak apa, sikit je ni." Fazrul menolak.
"Hana bawakan ke klinik lah. Jom" Hana berkeras. Risau melihat darah yang tidak berhenti henti keluar.
"Aku bawa kereta kau. Kau pergi dengan Hana. Nanti aku follow" Massara memberi cadangan.
"Tak payahlah, sikit je ni. Nanti lega lah." Fazrul sekali lagi menolak. Menggaru lehernya yang tidak gatal. Malas nak ke klinik.
"Mana tahu teruk ke dalam mulut tu? Sekurang-kurangnya dapatlah juga ubat tahan sakit kan?" Hana cuba memujuk.
Akhirnya, Fazrul akur. Tidak mahu banyak berbalah lebih-lebih dengan dua orang gadis. Dia pasti tidak ada yang akan menerima tolakannya.
Mereka masing-masing masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.
"Hana minta maaf sangat-sangat dan terima kasih tolong Hana tadi." Pandangan matanya difokuskan pada jalan raya. Segan untuk memandang Fazrul yang telah banyak membantunya.
"I will always be there for you. Sara too." Fazrul menyatakan perasaannya dengan jelas. Dia mahu Hana menyedari bahawa mereka berdua akan sentiasa ada tanpa Hana perlu merasa bersalah.
"Hubungan persahabatan macam ni sangat mahal. Kalau disuruh pilih berlian atau silaturrahim macam ni, Hana akan pilih berlian." Hana berseloroh
"Eh? Auch!" Fazrul mengerutkan mukanya, aneh dengan jawapan Hana tetapi dia lupa dia sedang kesakitan.
"Sorry... sorry... Hana bergurau je. Lain kali Faz jangan acah-acah superhero, tapi terima kasih sekali lagi sebab tak naik tangan dekat Ammar." Hatinya lega.
Fazrul pula mendiamkan diri. Cemburu. Aku kena tumbuk takpe. Ammar tak boleh?. Getus hatinya. Dia tidak bercakap dengan alasan sakit.
Mereka menuju ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapat rawatan menunggu giliran sehinggalah Hana membayar duit rawatan. Massara pula menunggu sahaja di dalam kereta sehingga Hana dan Fazrul keluar dan bergerak menuju ke rumah sewa Fazrul.
"Macam mana?" Hana bertanyakan tentang rawatan yang Fazrul terima tadi.
"Hm. Okay sikit" Dia menjawab acuh tak acuh
"Nanti jangan lupa makan ubat tu" Hana mengingatkan.
"Okay" Fazrul sekali lagi menjawab sepatah. Wajahnya seakan tidak senang dengan sesuatu.
"Macam tak okay je? Betul ke okay? Sakit lagi ke?" Hana mula risau. Takut ada komplikasi lain.
"Apa perasaan Hana sekarang? I mean... pada Ammar? Hana masih tersisa perasaan pada dia ke?" Tiba tiba sahaja soalan itu terpacul dari mulut Fazrul.
"Nope. Hana dah move on dari dia mungkin yang tersisa cuma kesakitan tapi bukanlah rasa sayang. I guess." Hana menjelaskan.
"What if kalau ada orang cuba nak dekat dengan Hana lagi? Hana akan terima ke?" Fazrul menginginkan kepastian Hana.
"Hm... Buat masa sekarang mungkin belum. Entah lah. Yang pegang hati kita kan Allah. So Hana serahkan pada Dia" kata Hana. Tidak mahu terburu buru dalam menjalinkan apa apa hubungan.
Fazrul mengangguk faham. Banyak yang mereka bualkan sepanjang perjalanan. Mengenali satu sama lain dengan lebih baik.