BAB 2

23 6 0
                                    

"Selamat hari jadi, Aini!"

Suara aku dan Adriana bersatu, mengucapkan selamat hari jadi kepada Aini yang baru sahaja keluar dari biliknya.

Anak dara yang sorang ni, tengah hari baru dia pandai nak keluar dari bilik kalau hari cuti macam ni. Entah apa yang dibuat dekat dalam sana. Aku sempat mengerling ke arah Adriana. Matanya masih merah akibat menangis tadi tetapi dia masih lagi tersenyum lebar. Adriana menarik pergelangan tangan Aini dan menariknya ke meja di ruang tamu.

"Cepatlah tiup lilin tu, dik!" Celahku dengan nada tidak sabar.

Mataku merenung kek yang sudah terhidang di atas meja bersama bihun dan biskut. Semua ni? Pastilah Adriana yang buat. Kalau aku yang buat, tak pasal-pasal mereka bertiga masuk hospital sebab keracunan makanan nanti. Aku tolong makan aje.

Lepastu tolong rekod, buat video dia masak. Buat kenangan. Mana tahu boleh tunjuk dekat anak-anak dia nanti, kan?

"Tak menyabar betul kau ni." Aini menjeling tetapi aku hanya ketawa.

"Kau tak nampak ke kek ni menangis nak dimakan? Cepatlah tiup!" Aku menggesanya lagi.

"Ye, ye. Hari jadi aku, kau yang kalut." Aini membongkokkan badan dan meniup lilin berkenaan.

Aku dan Adriana menepuk tangan dengan kuat. Sunyi? Tidaklah. Kalau duduk bertiga macam ni, memang tidak akan sunyi punya. People said trio never work... Well, that's a lie. Trio did work. Macam kami sekarang. Walaupun hanya sambutan kecil-kecilan, rumah ini tetap meriah. Tiga orang sudah cukup untuk jadikan rumah ni bising.

"Aku nak makan!" Aku duduk bersila di atas lantai dengan muka tidak sabar.

Aini hanya menggeleng melihat tingkah keanak-anakan kakaknya sebelum dia mengambil pisau untuk memotong kek berkenaan.

"Kau memang pantang nampak makanan. Kau sepatutnya jadi adik bongsu. Perangai mengalahkan aku." Selamba sahaja Aini bercakap.

Dia meletakkan kek yang dipotong ke dalam pinggan dan dihulurkan pada ku. Aku pula menganggukkan kepala tanda aku sangat bersetuju dengan kata-katanya.

"Bukan salah aku kalau aku lahir dulu sebelum kau."  Aku membalas sebelum mengambil sudu dan menyuapkan kek berkenaan ke dalam mulut.

Yelah, inikan dah takdir?

Siapalah kita nak mempersoalkan apa yang terjadi?

Tetapi, aku mengaku yang kadang-kadang aku turut rasa serba salah kerana sebagai kakak, aku tak mampu jalankan tanggungjawab dengan baik.

Tak macam orang lain.

Selalunya aku tengok anak sulung sangat bagus. Buat semua kerja tak macam aku. Aku serahkan semua benda pada adik-adik. Perkara itu buat aku cemburu dengan orang lain. Aku juga nak pastikan adik-adik aku boleh bersandar pada bahuku tetapi aku sendiri pun terkapai-kapai mencari kehidupan, macam mana nak jadi batu untuk mereka bersandar?

"Arghh! Adik, ko dah kenapa!" Adriana terjerit kecil.

Aku terus mengangkat kepala dengan mulut yang sedang mengunyah kek. Mataku membulat melihat muka Adriana yang dilitupi dengan kek. Aku mahu ketawa tetapi aku tahan. Kang mengamuk pula mak rimau nanti.

"What the—?"

Belum sempat aku beri reaksi, Aini melempar kek ke muka ku. Mulut masih belum menelan kek yang dikunyah jadi aku rasa... Geram.

"Hahaha! Cantik gila weih muka korang." Aini ketawa terbahak-bahak.

Kalau dia ketawa, orang rumah sebelah pun boleh dengar lah. Mungkin dia nak satu kampung tahu yang dia tengah ketawa, sebab tu kuatnya lain macam. Mengalahkan speaker di masjid. Ini kalau speaker masjid rosak, tak payah beli atau repair, suruh je budak ni pergi azan. Tak perlu speaker, confirm satu kampung boleh dengar.

Pemilik Hati Adam FatehWhere stories live. Discover now