BAB 6

12 5 0
                                    

"KAU jangan nak mengarut! Kau gila ke nak pakai tudung sarung dengan t-shirt? Pakailah baju yang elok sikit!"

Aini membebel panjang apabila melihat aku yang hanya duduk di atas sofa di ruang tamu, menunggu mereka berdua bersiap untuk pergi ke rumah mama. Macam-macam sumpah seranah dia lontarkan pada aku walaupun dia tu 3 tahun lebih muda dari aku.

"Alah, aku bukannya nak singgah lama. Lepas ucap happy birthday dekat suami mama tu, aku baliklah. Buat apa nak berdandan semua? Penatlah. Leceh gila."

Aku paling tidak suka bersiap.

Nak pakai tudung shawl atau bawal pun aku malas. Rasa lemas sangat! Rasa macam tak boleh bernafas! Aku lebih suka benda mudah, tak payah nak lebih-lebih. Bukannya aku nak pergi mengorat lelaki kaya dekat sana nanti.

Aini yang geram dengan perangai acuh tak acuh aku memukul aku menggunakan plushie yang berada di sebelah ku. Kenapa benda alah ni boleh berada dekat sini? Bukankah ini Adriana punya? Kenapa boleh ada di ruang tamu? Aku dihempuk berkali-kali dengan mulut dia yang tidak berhenti menyumpah seranah, marahkan aku yang tidak serious.

"Auch...! Adik! Sakitlah! Kau nak bunuh aku guna bantal ke apa?" Jerit ku perlahan.

Walaupun plushie itu gebu, tetap sakit sebab Aini kalau dah mengamuk memang dia tak bagi muka. Benda lembut macam plushie pun boleh jadi berbisa. Dia hempuk aku dengan aku kuat. Ini kalau dia sasar dekat muka aku, boleh patah renyuk leher aku rasanya.

"Kau memang layak! Makan ni! Makan!" Marahnya. "Dah lah kau tak melawat mama selama 5 tahun lamanya! Nak berkorban untuk hari ini pun tak boleh? Sibuk nak balik awal pula tu! Kau ni memang! Berapa lama kau nak aku sabar dengan perangai kau ni?! Ambik ni! Ambik!"

PAP! PAP! PAP!

Selagi aku tak setuju dan ikut kehendak dia supaya salin pakaian, selagi tu dia tidak akan berhenti guna segala jenis peralatan yang dia nampak dan belasah aku cukup-cukup.

"Okay fine, fine! I surrender! Aku tahu aku salah! Aku pergi tukar baju sekarang!"

Aku angkat tangan sambil menjerit.

Mengalah!

"Haa. Macam tu kan bagus. Pergi naik! Pakai abaya yang kau beli tu! Beli tapi tak pakai buat apa? Kau nak buat koleksi dalam almari kau? Pergi cepat!" Aini bercekak pinggang.

Dia ni dah macam askar pencen, memberi arahan.

Sakit pula hati aku ni. Nasib baik aku sayang kau dik. Kalau tak, dah lama aku tanam kau hidup-hidup dalam tangki air belakang rumah pak mat.

"Ye, ye." Aku bangun dengan muncung yang panjang. "Dik, kau dengan Adriana dah boleh jadi geng. Membebel tak habis-habis. Penat aku nak dengar suara kau orang berdua."

Sempat juga aku mengutuk Aini sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Aini membaling plushie ke arahku tetapi aku lebih pantas mengelak dan menghempas pintu bilik ku dengan agak kuat. Mahu protes sebab dipaksa.

Siapa sebenarnya anak bongsu ni?

Aku ke Aini...?

Adriana yang mendengar kekecohan itu hanya mengeluh. Sempat juga dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 8 malam. Pasti tetamu abah tiri mereka itu sudah tiba. Maklumlah, abah nak sambut majlis hari jadi dia di malam hari.

"Adriana..."

Kedengaran suara kambing merengek membuatkan Adriana yang mahu ke ruang tamu terhenti. Dia berpaling dan lihat kepala Ayla yang terkeluar dari pintu biliknya yang tidak dibuka luas.

"Kenapa?"

Laju sahaja dia menghampiri kakaknya itu.

"Aku mengantuk... Kalau aku tak pergi boleh tak?" Dia merengek tidak mahu pergi bersama.

Pemilik Hati Adam FatehWhere stories live. Discover now