BAB 10

12 0 0
                                    

2 minggu berlalu selepas majlis hari jadi Tan Sri Mokhtar diadakan. Tiada banyak perkara yang berubah sejak hari itu. Aku kembali sibuk dengan kerja. Adriana dan Aini pun sama. Kami masing-masing tiada masa untuk diluangkan bersama. Dan hari ini, aku pulang ke rumah seperti biasa menggunakan motosikal buruk kesayangan.

Tetapi, aku tidak terus ke rumah, aku singgah di pasaraya untuk beli gula dan telur. Kalau aku tak beli dua benda ni, aku tahu Adriana akan merajuk. Tak pasal-pasal dua hari dia tak bercakap dengan aku nanti. Dah alang-alang aku tiba di sini, aku ambil juga syampu rambut dan sabun mandi. Dekat rumah memang dah ada tapi apa salahnya kalau aku beli. Duit aku, lantak aku lah nak beli apa.

Aku berjalan menuju ke arah rak yang penuh dengan biskut.

Cookies is life, okay! No argument.

"Hurm, nak beli apa ye." Anak mata ku bergerak dari satu biskut ke biskut yang lain.

Sedang aku berfikir nak ambil yang mana, aku dengar suara perempuan menggeletis berhampiran denganku. Suaranya dah macam suara kucing betina waktu mating season. Tapi, kenapa suara tu macam aku pernah dengar ye?

Aku tidak sepatutnya ambil kisah kerana apa pun yang terjadi, ia bukan masalah aku. Tetapi, too bad because curiosity manage to win over me! Aku tolehkan kepala ke kanan, kemudian aku toleh ks kiri, tapi tiada sesiapa berhampiran ku jadi aku berjalan ke arah rak di sebelah kiri ku memandang aku dapat rasakan suara berkenaan dari dari situ.

Aku menolehkan kepalaku ke rak sebelah untuk melihat siapa pemilik suara itu kemudian aku mengerutkan dahi.

"Eh...? Aku rasa perempuan tu..."

Suria.

Perempuan yang aku jumpa di pasaraya tak lama dulu. Wanita yang mengaku dirinya sebagai bakal menantu puan Sri Maria. Masih aku ingat macam mana gadis itu memandang wajahku dengan jelingan maut sewaktu aku berada bersama Puan Sri Maria pada hari itu. Ya Allah, kecil sahaja dunia ini. Tak pasal-pasal aku jumpa dengan dia ni lagi.

"Abang Adam. Kenapa abang selalu abaikan Suria macam ni?" Rengek nya dengan suara manja. Badan pun ikut main peranan.

Aku selalunya tak suka ambil tahu tentang kisah cinta orang tetapi, bila aku dengar nama 'Adam', rasa ingin tahu terus membuak-buak. Aku mengintai sedikit dan aku lihat, Adam berdiri di hadapan Suria dengan muka ketat.

'Wah, dia nampak marah,' fikirku sendiri.

Aku sepatutnya pusingkan badan dan abaikan mereka tetapi, aku hanyalah manusia biasa, manusia yang tidak dapat lari dari rasa ingin tahu.

"Suria. Berapa kali aku nak bagitahu kau yang aku tak sukakan kau? What part of this that you don't understand?" Adam nampak sangat penat.

Mahu tergelak aku dibuatnya.

Suria cantik.

Walaupun pakaiannya seksi, tiada siapa dapat nafikan yang Suria itu sangat cantik orangnya. Perangainya mungkin agak menyakitkan hati tetapi, tiada siapa yang akan berani memanggil dia hodoh. Dia sepatutnya ambil bidang lakonan. Kalau dia jadi pelakon, mesti dia akan jadi terkenal sebab lakonan dia memang bagus dan muka dia pun cantik. Well, at least I can tell that she's acting.

Depan Puan Sri Maria bukan main sopan lagi, nak ambil hatilah kononnya, tapi bila dengan Adam, bukan main menggedik. Tapi, kenapa Adam tak sukakan orang cantik macam Suria, ye? Dan, kenapa Suria nak sangat dapatkan Adam? Macamlah Adam sahaja satu-satunya lelaki yang ada dalam dunia ni.

"Kenapa abang Adam tak suka sangat dengan Suria? Kalau sebab cara Suria berpakaian, then I can change as long as you marry me! Suria akan mula pakai tudung if that is what it take for you to love me!" Dia berkeras.

Pemilik Hati Adam FatehWhere stories live. Discover now