BAB 1

19 6 0
                                    

"Kakak bukan tak nak call ayah tapi kakak sibuk dengan kerja dua tiga hari ni. Akak tak sempat nak angkat call."

Aku berbicara dengan nada perlahan manakala tangan bergerak lincah dengan mata yang tidak henti mengerling ke arah buku resepi yang berada di tepi mangkuk adunan. Sesekali aku bercekak pinggang dengan dahi yang berkerut.

Sekarang aku tengah berlagak nak buat kek memandangkan esok hari jadi adik bongsu aku tetapi kek ini macam tak jadi sahaja. Makin dibuat makin pelik pula rupa adunan kek aku.

Kenapa adunan ni nampak semakin kembang? Dia mengandung ke apa. Aku akui aku memang tak pandai masak tapi tak salah kalau aku cuba memandangkan esok hari istimewa untuk adik aku. Tapi itulah masalahnya, nasi goreng pun terketar-ketir nak buat.

Sebab itulah, aku tak malu akui yang aku ni memang tak sesuai untuk dikahwinkan. Nak kahwin macam mana kalau masak pun tak pandai? Nasib baik aku tak delulu nak kahwin atau bercinta macam kawan-kawan yang lain. Yang lain nak delulu pun tak apa sebab mereka pandai jaga diri.

Pandai masak.

Pandai segalanya.

Yelah, kalau dah boleh jaga diri tak apalah kalau nak fikir pasal nak berumah tangga tapi kalau orang macam aku ni, memang tak bolehlah.

Kalau kau tak pandai nak uruskan diri sendiri, macam mana nak uruskan suami? Nak uruskan rumah tangga? Hancur rumah tangga nanti jadi baik jangan cuba-cuba nak menggatal. Jaga diri pun masih tak pandai, ada hati nak kahwin. Tambahan lagi, aku juga tak bersedia nak galas tanggungjawab sebagai isteri dan masih nak hidup sendirian.

Tanggungjawab sebagai isteri itu besar dan aku tak nak sediakan diri untuk semua tu cause, why should I? It's not like I have partner with the intention to marry in mind.

"Sekat ado ayoh baru ni, kakak jadi lupo ko ayoh kat Kelate ni kei?" Suara sedih ayah membuatkan tanganku berhenti bergerak.

Aku tidak tahu kenapa ayah membangkitkan hal berkenaan sedangkan aku langsung tiada niat sebegitu. Aku bukannya tak balik sebab aku ada ayah baru. Aku tak balik sebab kerja. Kalau tak kerja, mana nak dapat duit? Kalau tak ada duit, macam mana pula nak hidup dalam zaman serba moden ini?

Zaman sekarang, zaman duit.

You need money to survive. Even if you die... You still need the money sebab nak bayar upah kepada penggali kubur, pembawa van jenazah, kain kafan dan banyak lagi. Senang cakap, kau tak ada duit, susahlah engkau.

Tetapi, lelaki zaman sekarang kebanyakannya kedekut. Kahwin nak. Tapi nak bagi duit atau barang keperluan pada isteri tak mahu. Sudah ramai mana lelaki yang gagal berikan nafkah pada isteri? Dan, bila si perempuan tanya soal gaji, mereka dituduh sebagai gold digger.

Celah mana gold digger kalau kau pun tak ada lombong emas. Kau ingat kau pak Arab?

"Kakak dengar ko dop gapo ayoh kecek ni?" Suara ayahku kedengaran lagi apabila aku asyik mengelamun.

"Kakak dengarlah." Balas ku.

"Kalu gitu, jawab lah. Ayoh tanyo, bakpo kakak lupo ko ayoh? Sebab kakak ado ayoh baru? Jadi kakak tok sey doh kecek nge ayoh?" Soalnya lagi.

Aku mengeluh kecil.

"Ayah. Kakak tak maksudkan macam tu..." Belum sempat aku habiskan ayat ku, ayah terlebih dahulu mencelah.

"Kakak memey tok sayey ko ayoh ko? Gapo ayoh buat sampai kakak toksey balik sini tengok ayoh? Beci sangat ko kakak ko ayah sapa ayoh tepom banyok kali pun susoh sangat nok akat?"

Kata-kata itu terus membuatkan hatiku rasa lebih sakit.

Aku merantau jauh ke negeri orang, meninggalkan ayahku di kelantan dan pergi bersama mama yang berkahwin dengan lelaki lain tetapi ayah juga sama. Dia juga sudah berkahwin dengan perempuan lain. Aku pula? Aku cuma tidak mahu berada di kelantan atau lebih tepat, aku memang larikan diri dari ayah.

Pemilik Hati Adam FatehWhere stories live. Discover now