Aku berjalan dengan muka yang yang tidak puas hati. Marah sebab Adriana paksa aku keluar untuk belikan dia barang untuk masak. Mentang-mentang hari ini aku masih cuti, dia dengan senang hati jadikan aku bibik dia yang tidak berbayar. Kalau aku salah beli barang nanti dia mengamuk!
Tapi nak marah lama-lama pun tak boleh sebab akhirnya, bila dia masak aku juga yang akan makan. Jadi, tidak sepatutnya menjadi isu untuk bertolak-ansur. Yang menjadi masalah ialah, aku tak familiar buat semua ni. Kalau salah beli nanti dia marahkan aku. Tak pasal-pasal aku kena tadah telinga dan dengar ceramah dia yang tiada titik pengakhiran itu.
Senang cakap, bukannya aku tak nak tolong keluar beli barang, tapi aku malas nak dengar dia membebel. Dia kalau dah start membebel mengalahkan mak cik, mak cik yang guna FB. Memang dia kecam habis! Tak ada simpati langsung.
Masuk sahaja ke dalam pasaraya, aku menolak troli dan mencari barang yang Adriana mahukan. Masalahnya, rajin pula dia tulis barang apa yang dia nak aku beli. Senarai bahan-bahan itu aku tenung dengan dahi yang berkerut. Ha sudah, macam mana pula bentuk halia ni? Aiya, mama sudah bagitahu macam mana nak kenal halia tapi aku dengan otak slow aku ni macam biasa la... Tak boleh nak tangkap sampai sekarang.
Ini halia ke lengkuas? Aku memegang kedua-dua nya. Patut ke aku buka google untuk tolong aku? Sekarang negara kita maju, apa je di hujung jari. Tekan aje.
"Ambik dua-dua ajelah."
Yang menjadi masalah sekarang, aku malas nak ambil fon dalam beg galas aku jadi aku lempar sahaja keduanya dalam troli. Kaki bergerak mencari benda lain. Kalau dia tak nak lengkuas tu pun, simpan ajelah. Kan? Buat apa nak bising.
Sayur sawi diambil sebelum aku berjalan ke arah tempat tomato diletakkan. Aku tengok macam semua sama je tapi Adriana suruh aku pilih betul-betul... Nak pilih macam mana? Mama pernah ajar dulu cara nak pilih buah-buahan yang segar macam mana tapi, hurm... Aku bukannya dengar sangat apa yang dia cakap.
Sudahnya aku pergi tengok benda lain dan mama terangkan pada Adriana je macam mana nak pilih buah atau sayuran yang segar dan aku? Mestilah aku tidak tahu macam mana nak pilih. Tapi, mata merenung buah tomato berkenaan dan aku pegang buah tomato yang berkilat sebelum aku tekan sedikit. Bila aku pasti yang aku pegang tak lembik atau terlampau squishy, aku terus sahaja letak dalam plastik.
Kejap lagi nak pergi timbang kan.
Aku rasa cara aku pilih benda alah ni dah betul tapi kalau salah nak buat macam mana kan? Siapa suruh aku pergi beli barang basah sangat? Sekarang aku tengah nak beli ikan... Masalahnya aku tak tahu nak pilih ikan macam mana. Nak kena ambil yang mata merah ke apa?
Lama aku peluk tubuh. Konon-kononnya tengah berfikir. Haah, memang tengah berfikir. Aku cuba ingat macam mana mama pilih ikan beberapa tahun yang lepas, masalahnya ingatan aku pun dah kabur. Kebanyakannya aku dah lupa. Aku tak tahu macam mana mama pilih ikan tu sebab dalam memori, semua ikan kabur.
Kena pilih ikan yang tak ada mata ke eh?
"Adik tengah nak pilih ikan ke?"
Sedang aku berkerut dahi nak pilih ikan, ada seorang wanita menghampiri aku. Dia tidak muda tetapi tidak juga terlalu tua. Umur berapa agaknya mak cik ni? Tapi aku fokus kepada soalannya. Hadu, malu pula bila ditanya sebegitu.
"Haah. Tapi... Saya tak tahu macam mana nak pilih." Aku sengih, menayangkan gigi putih yang tersusun rapi.
Eii, tak malu betul. Selamba badak aje aku mengaku yang aku tak pandai pilih. Memang menjatuhkan maruah diri sendiri betul. Tapi, nak menipu pun buat apa kan? Benda betul yang aku memang tak tahu cara nak pilih ikan segar.
Mak cik itu tersenyum padaku.
Wahh, jarang mak cik, mak cik tak marah kalau perempuan tak tahu cara nak pilih barang dapur. Selalunya, orang-orang tua akan mengamuk kerana mindset mereka ialah, perempuan itu perlu tahu cara nak pilih barang basah sebab nanti nak kahwin. Yelah, kalau kau tak pandai masak, nanti kau nak bagi suami kau makan apa? Pasir?
YOU ARE READING
Pemilik Hati Adam Fateh
Romance"Saya orang melayu, jadi jangan cakap guna bahasa mat salleh dengan saya." Sewaktu Ayla Dania dalam perjalanan pulang dari kerja, dia terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkan dia bertemu dengan lelaki itu. Walaupun lelaki tu jelas-jelas...