"Assalamualaikum."
Adam berjalan masuk ke dalam rumah agam dua tingkat itu setelah memberi salam.
Maria yang sedang memasak di dapur menjawab salam dari kejauhan. Anak sulung dia dah balik tetapi Maria tetap fokus dengan tugasannya sebagai tukang masak tidak berbayar.
Adam pula hanya membuka langkah menuju ke dapur setelah meletakkan suitcase dan blazer di atas sofa, di ruang tamu. Suara Mariam datang dari dapur jadi tanpa berlengah, tentulah dia ke sana terlebih dahulu. Nak bertemu mata dengan wanita yang pernah bertarung nyawa untuk melahirkannya 28 tahun yang lepas.
"Umi masak apa ni? Nak Adam tolong ke?" Adam menghampiri Maria yang sedang memotong lobak merah.
Maria dipeluk dari belakang sebelum dia mencium pipi Mariam. Wanita ini ialah orang yang paling dia sayang dan wanita yang banyak berkorban demi dia. Jadi, tiada salahnya kalau dia nak bermanja dengan uminya sendiri.
"Hurm? Kenapa rajin semacam ni? Selalunya umi kena minta tolong dulu baru datang tolong. Tiba-tiba saja nak volunteer ni kenapa? Period?" Soal Maria sebelum dia menoleh ke arah anak lelakinya itu.
Dia kenal sangat dengan Adam. Selagi Maria tidak panggil untuk tolong dia di dapur, selagi itu Adam tidak akan muncul untuk membantunya. Senang cerita, kalau Maria nak gunakan khidmat Adam, dia perlu panggil anaknya itu dan menyatakan hasrat tanpa banyak putar belit sebab Adam tak suka kalau asyik nak bermain tarik tali.
Kalau nak bercakap tak payah nak berdalih. Terus terang saja.
Adam melepaskan pelukan.
Berkerut juga dahi Adam apabila dengar apa yang umi dia katakan. "Umi ni merepek! Lelaki mana boleh datang haid!"
Umi suka merepek benda yang tidak patut.
Ini nasib baik umi dia tiada kawan yang masuk air sama macam dia. Kalau tidak, penat Adam nak layan umi.
"Kalau tak, macam mana lagi nak jelaskan tindakan kamu yang tiba-tiba ni?" Maria kembali fokus memotong lobak merah itu.
Adam diam.
Tangannya laju bergerak mengambil ikan yang masih belum disiang sebelum dia mengambil pisau untuk membantu umi nya sediakan bahan untuk masak. Umi ada bibik tapi umi tak benarkan bibik masak untuk keluarga dia. Umi selalu buat benda tu walaupun dia sibuk.
"Umi."
"Apa?"
"Adam ada benda nak cakap sebenarnya."
Mariam dah agak!
Anak lelakinya itu tidak akan datang padanya kalau tiada apa-apa yang dia nak. Tapi, jarang anak teruna nya ini nak datang pada dia dan berbincang sesuatu. Adam lebih suka selesaikan masalah dengan cara dia dan dia tidak akan datang untuk minta tolong dari orang lain melainkan dia benar-benar terdesak. Jadi, apa yang Adan nak bincangkan dengannya?
"Adam jumpa perempuan pelik tadi." Jujurnya.
Maria yang sedang memotong lobak merah itu terus berhenti dan menoleh ke arah anaknya dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Tidak pernah-pernah anak sulungnya ini nak bercakap tentang perempuan. Anak dia yang seorang ni boleh dikatakan anti dengan perempuan. Dia bukan macam anak kedua Maria yang ramai kawan perempuan.
Kalau ada yang datang nak menggedik atau mengorat, Adam mesti menjeling tajam. Memang jelas-jelas bagitahu yang dia tidak suka. Walaupun dia tidak pernah berkasar dengan perempuan tetapi aura tegasnya bila bercakap dengan perempuan buatkan kebanyakan takut mahu berdepan dengannya.
"Apa maksud kamu? Apa jadi?" Maria teruja nak tahu sedangkan Adam nampak serba salah nak buka cerita tentang perempuan yang dia jumpa tengah hari tadi.
"Adam hampir nak langgar dia dengan kereta jugak tadi..." Ujarnya dengan tangan yang sedang sibuk menyiang ikan.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Adam Fateh
Romance"Saya orang melayu, jadi jangan cakap guna bahasa mat salleh dengan saya." Sewaktu Ayla Dania dalam perjalanan pulang dari kerja, dia terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkan dia bertemu dengan lelaki itu. Walaupun lelaki tu jelas-jelas...