Kedua tangan ku memegang lebih kurang empat plastik bag, penuh dengan bahan-bahan masakan yang dikirim oleh Adriana. Sudahnya aku juga yang susah. Kalau aku tahu barang yang dia nak tu banyak macam ni, dah lama aku datang naik skuter buruk aku tu! Aku ingatkan barang tak banyak jadi aku datang naik basikal. Yelah, aku beli basikal tu 2 tahun lepas tapi jarang sangat guna.
Kalau beli tapi tak guna nak buat apa? Masa awal beli punyalah seronok tapi akhirnya dibiarkan terbiar dalam stor rumah sebab bukannya aku ni ada masa nak pergi jalan-jalan tunggang basikal. Dan memandangkan hari ini dia nak aku pergi beli barang, aku naiklah basikal aku yang boleh dikatakan masih baru tu.
Mahu tak baru? Aku cuma naik basikal tu dua kali sebelum aku simpan dalam stor berkurun-kurun lamanya. Aku berjalan ke tempat aku letak basikal... Berita baiknya basikal aku hilang.
"What the—"
Kepala aku terteleng ke kiri dan kanan, mencari-cari di mana basikal aku. Aku pasti aku letak dekat sini! Masalahnya tak ada?! Basikal pun orang curi ke? Aku tahu la aku tak kunci tayar basikal tadi tapi tak payah lah curi basikal aku!
Macam mana aku nak balik kalau basikal kena curi?
Mata masih mencari-cari, mana tahu aku sebenarnya salah letak ke apa kan? Aku cuba nak bersikap positif yang aku sebenarnya lupa mana aku letak, masalahnya memang tak ada! Ini bukan drama kekasih hilang atau culik tapi ini kes basikal aku kena culik!
Basikal aku hilang!
"Basikal buruk aku tu pun nak curi ke?" Muka aku merah menahan marah. "Aku pun fikir seratus kali sama ada nak beli basikal tu atau tidak, diorang senang-senang aje nak curi basikal aku? Tak guna betul! Melayang macam tu je duit aku!"
Aku membebel sambil berjalan.
Nak menangis rasanya bila basikal hilang. Kalau datang dari golongan susah memang akan faham betapa berharganya sesuatu barang tu. Yelah, aku fikir sejuta kali sama ada nak beli basikal tu atau tidak sebab gaji pun bukannya 5 ribu sebulan! Hanya 2 ribu!
Mananya aku tak mengamuk?
2 ribu dah lebih dari cukup untuk tanggung diri sendiri, tapi aku tetap marah sebab aku jenis tak suka keluarkan duit sendiri walaupun nak beli barang untuk diri. Bukan main adik-adik aku pujuk aku supaya beli basikal tu supaya kami boleh keluar sama-sama naik basikal!
Akhirnya kena curi macam tu aje?
Pantang nampak peluang, pasti ada yang berhati busuk nak mencuri.
Aku berjalan menuju ke lintasan zebra.
Nak lintas jalan memandangkan di seberang sana ada tempat menunggu bas. Aku sempat mengeluarkan telefon bimbit dengan niat ingin mendail nombor Adriana. Nak minta dia datang ambil aku tapi hajat ku terhapus apabila telinga ku menangkap bunyi hon kereta yang sangat dekat.
HON!!
Terus aku toleh ke kanan dan lihat kereta BMW M8 berwarna hitam itu meluncur laju ke arahku. Aku sepatutnya mengelak tapi entah kenapa kaki aku tidak berjaya beri kerjasama. Otak bagaikan sudah berhenti berfungsi untuk mengarahkan kaki ku supaya mengelak.
Akhirnya aku hanya berdiri tegak di situ. Seolah-olah redha nak dilanggar. Siap pejam mata lagi. Ini kalau tubuh aku kena langgar, agaknya akan masuk ICU ke masuk kubur dulu? Sempat juga aku mengucapkan dua kalimah syahadah. Yelah, preparation. Mana tahu sekali kena langgar terus meninggal?
Level berserah pada Tuhan, 100 percent, MAX!
Tapi yang peliknya tiada apa yang menghentam tubuhku. Sebaliknya aku dengar suara lelaki menengking ku.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Adam Fateh
Romance"Saya orang melayu, jadi jangan cakap guna bahasa mat salleh dengan saya." Sewaktu Ayla Dania dalam perjalanan pulang dari kerja, dia terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkan dia bertemu dengan lelaki itu. Walaupun lelaki tu jelas-jelas...