AKU hanya diam menonton cerita 'Munafik'. Cerita itu mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.
Aku tak nak tengok tetapi Adriana dan Aini yang menggatal nak tengok. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mikael duduk di sebelah kiri Adam manakala Eskandar duduk di sebelah kanan Adam. Kenapa Adam dan Eskandar masih ada di rumah Tan Sri Mokhtar?
Itu semua gara-gara Tan Sri Mokhtar yang mahu rakannya itu tidur di situ kerana katanya mahu bercakap tentang sesuatu? Puan Sri Maria pun tidak kurang terujanya bila dapat berborak dengan mama.
Aku pula diheret ke ruang tamu sebab Adriana dan Aini yang masih lagi tidak mahu tidur. Mikael pun terjebak sama. Bila dia sudah terjebak, dia pun heret Adam dan Eskandar sekali. Itulah sebab kenapa kami semua berada di ruang tamu sebegini. Jarak? Pastilah dijaga. Mikael yang atur tempat duduk supaya duduk jauh-jauh.
"Aku mengantuk..." Perlahan sahaja aku berbisik kepada Aini.
Tetapi, Aini hanya mengabaikan sahaja rengekan ku. Mahu sahaja aku lari masuk ke bilik tetapi aku tidak mahu mereka berdua ni merajuk. Aku terus mengangkat punggung dari sofa dan ingin naik ke bilik tetapi langkah ku terhenti apabila Adriana memegang tanganku dengan wajah takut.
Adriana ni gangster dia memang bukan main tapi dia ada satu kelemahan. Dia takut tengok cerita hantu tetapi dia suka tengok benda macam tu!
"Kau nak pergi mana?" Adriana buat muka kesian.
Mikael dan Adam juga turut memandangku sedangkan Eskandar dan Aini sedang fokus pada televisyen.
Aini tu kalau dah nampak TV, benda lain memang dia dah tak nampak! Kalau aku ni tergolek atas lantai pun dia tidak akan ambil kisah. Katanya dia tidak boleh lepaskan mata dari televisyen sebab kalau dia terlepas pandang, boleh lari semua plot! Kalau aku jatuh? Itu tak apa pula katanya.
"Aku nak pergi ambil selimut. Sejuk." Balasku.
Sebenarnya aku nak naik ambil selimut sebab nak tidur. Aku mengantuk!
"Kau turun balik kan?" Dia bertanya dan aku angguk.
"Aku nak ambil selimut je. Lepastu aku turun lah."
Lepas yakin yang aku akan turun balik, Adriana lepaskan pergelangan tanganku. Membiarkan aku pergi ke bilik untuk mengambil kain selimut. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku ambil selimut. Sebelum aku keluar, aku sempat duduk di tepi katil dan termenung untuk beberapa minit.
Tempat ini sangat asing bagiku tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku rasa begitu selesa untuk ke sana ke mari seolah-olah aku sudah lama tinggal di sini. Aku senyum sebaris sebelum bangun dari katil dan keluar dari bilik.
Kalau kami berada di rumah sewa, aku memang masuk bilik dan tak akan keluar dah tetapi, tak akanlah aku nak biarkan budak berdua tu tengok movie bersama dengan Mikael dan anak-anak lelaki Puan Sri Maria?
Aku kemudiannya berjalan menuruni tangga tetapi, entah di mana silapnya, aku tergelincir. Kaki buat masalah! Kaki aku selalu menjadi sebab aku ditimpa masalah! Kaki ni memang berdendam dengan aku ke apa? Setiap kali sesuatu terjadi, pasti kaki aku yang menjadi salah satu penyumbang terbesar!
'Am I going to end up in hospital today?'
Aku pejam mata.
Tidak kiralah kau berada dalam situasi apa pun, berserah lah kepada Ilahi! Kerana apa yang bakal terjadi dan sedang terjadi, semuanya berlaku dengan izin yang Maha Kuasa dan, terdapat hikmah di sebalik semua yang berlaku. Terus aku mengucap dua kalimah syahadah.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Adam Fateh
Romance"Saya orang melayu, jadi jangan cakap guna bahasa mat salleh dengan saya." Sewaktu Ayla Dania dalam perjalanan pulang dari kerja, dia terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkan dia bertemu dengan lelaki itu. Walaupun lelaki tu jelas-jelas...