🦊 CHAPTER 11🦊CURIOUS

5 0 0
                                    

Harini saja Reina terpaksa gerak awal pergi sekolah, selalu dia akan pergi dan pulang bersama Jingo dan Mar. Penat juga Reina memerah idea untuk beri alasan kepada Master dia. Banyak pula tu soalan cepu emasnya.

" kenapa perlu gerak awal? " Mar memandang tepat kearah Reina dengan pandangan pelik.

" betul tu Reina, pergi jelah dengan kami kan senang. kalau tak kau kena jalan kaki lepastu berpeluh lepastu bila dah berpeluh nanti bau masam euwww" Jinggo bersuara sambil menunjukkan memek muka annoying tahap cipan .

Reina sempat menunjuk penumbuk kepada Jinggo sebab tak support dia lepastu nak buat gaya annoying.
Reina sebenarnya terpaksa lah tipu mereka .

" Maafkan saya korang" getus hati Reina

Sebenarnya Reina kena denda sebab tak dapat hadiri mesyuarat rumah sukan beberapa hari lalu. Mana nak sempat balik sekolah dah pukul 12.15pm lepastu untuk menghadiri mesyuarat saja sudah ambil masa yang lama . Reina pula kena masuk kerja pukul 2.00pm. Tapi Reina pun malas nak masuk apa-apa aktiviti berkaitan suka sebab dia kan kaki bangku .

" takpa lah korang lagipun Reina ada nak discuss pasal kerja rumah dengan kawan Reina , kalau tak nanti Reina kena soal lepastu tak dapat jawab. hmmm malu. Dahlah Reina kurang cerdik sikit" sambil menunjukkan memek sedihnya. Dengan harapan Mar dan Jinggo kasihan terhadapnya.

" tulah orang suruh fokus masa cikgu ajar ni tak kau tidur kan Reina mana nak masuk ilmu tu" Jinggo mencelah

" Eh hello Reina tak tidur tau paling palingg ponnn ...... ermmm "

" paling paling pon Rei melukis gambar kucing" Mar menyambung dengan nada sinis.

Mata Reina membulat. Mana lah Mar tau dia lukis ganbar kucing. Dia memuncungkan bibirnya yang kecil itu sambil mengkuis kuis kakinya dilantai.

" Erm erghhh bukan apa untuk hilangkan tekanan je bila Reina tak faham apa yang cikgu tu ajar" padahal Reina memang takda mood untuk belajar buat masa sekarang dia lebih memikirkan macam mana cara nak pulang ke rumah dia semula.

Jinggo gelak sambil menggelengkan kepalanya.

" Reina Reina macam budak budak "

" Aku memang budak lah " kata Reina sambil menjelirkan lidahnya kearah Jinggo

" Reina kalau lagi sekali kau tak faham apa cikgu ajar boleh tanya aku kan? kau masih segan dengan aku? haish" Mar mengusap kepala Reina

" kau ni cuba jangan menyusahkan diri kau. kau pernah dengar tak pepatah malu bertanya sesat jalan. so kalau kau tak faham kau tanya je aku okey. Aku tolong kau lah.

Reina berdecit . Rasa malu bercampur segan bila Mar berkata begitu kepadanya. Ahhh! Apa yang penting bagi Reina sekarang ialah cuma satu sejak dia jejak kaki kesini iaitu cara untuk pulang ke dunia asal dia semula. 

.

.

.

" Deren , Deren " Reina mempercepatkan langkahnya untuk menyebelahi Deren . 

Deren terbehenti seketika . Deren mengerutkan dahinya melihat keadaan Reina yang seperti dikejar anjing. Sempat Deren melihat dari belakang Reina namun tiada apa-apa yang mengejarnya. 

"pelik" .

" kenapa ni Ana? kenapa tergesa2 sangat ni ?" Deren cuba beriak tenang .

Reina yang seperti kehabisan nafas ingin tertawa namun situasi tersebut bukan waktu yang tepat untuk ketawa.

Adalah dalam 1 minit nak tunggu si Ana ni tenang baru bercakap. nasib kau comel Ana.

" Sorry buat muka awal risau.. tapi Ana ada berita gembira nak cakap! Saya gembira , saya rasa gembira sangat ni sampai saya rasa saya nak senyum sahaja " 

Deren tergelak. Apalah yang membuat si Ana ni gemmbira semacam.

" Okey... hahahahha Ana ni habiskan senyuman tu dulu lepastu cakap, Deren tunggu tapi nak senyum lama lagi pun boleh sebab....."

Reina mengecilkan matanya

" sebab apa Deren ?"

Deren memberikan senyuman yang memperlihatkan segaris giginya yang bersih itu. 

Kucing semua gigi macam manusia ke?

" sebab comel "

Reina tergelak sempat lagi si Deren ni nak bergurau denganya. Tapi takpe lagipun dirinya sedang dilanda bahagia. Marilah kita  bahagia bersama ye.

" ish, okeylah Reina jujur.. Reina dah dapat diterima kerja walaupun baru 2 minggu kerja ! untuk dapatkan kerja walaupun sebagai part-time dia perlu bekerja selama 2 bulan dulu, sekiranya kerja mereka lakukan memuaskan maka mereka akan diterima tapi gila kan? memang itu niat Reina nak dapat kerja  dekat sini dulu lepastu ..." Reina menyambung perlahan " dia akan mencari cara untuk kembali ke dunianya, buat masa sekarang dia perlu bertahan hidup " getus Reina

Deren tersenyum sumbing. Matanya bersinar melihat anak mata Ana yang kelihatan teruja. Semestinya dia tahu berita ini awal dari yang disangkakan. Entah kenapa dia jadi suka berkawan dengan Reina disebabkan Reina seorang yang periang dan dia rasa dia perlu buat sesuatu untuk Reina agar gadis itu tetap lebih bersemangat.

"mungkin" getus Deren

" wahhh, tahniah Ana, saya gembira juga sebab awak gembira, lepasni boleh belanja saya makan kan?" 

Reina tergelak

" untuk Deren semua boleh " ye Deren juga kawan tempat kerjanya. Mereka berdua sama-sama kerja di kedai Corner Cat selesai balik sekolah. Sama-sama kerja keras cuma Reina masih tidak begitu mengenali Deren tapi bagi Reina perlu ke dia menyelusuri lebih dalam lagi tentang jejaka dihadapanya ini sedangkan tetiba otaknya teringat Tuan muda Mar, nasib Reina dia kena cepat belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapi sekarang. 

POV Deren

" Kita kena cepat Deren, dia satu-satunya kunci untuk kita hapuskan segala kepincangan yang telah terjadi ni. kau masih tidak perasan lagi ke? Dia lah orang yang selama ini kita semua tunggu untuk hapuskan mereka"

kata-kata itu masih terngiang-ngiang di fikiran Deren. Dia buntu. Dia tak sanggup untuk mengkhianati temanya sendiri. Jika dia tahu semua ini akan terjadi , tidak mungkin dia akan berkenalan dengan Ana. 

" kenapa dalam banyak-banyak manusia Analah orangnya?" Deren memandang sayu .

" Sekiranya manusia tahu yang dia ialah orang yang mereka cari, kita semua akan musnah Deren, musnah ! kau tau kan? Kita akan dijadikan haiwan peliharaan semula yang tidak bebas, yang disepak, yang kebuluran yang akan mati . " 

" Ya aku tahu semua tu tolong bagi aku masa " 


Story of us : Encik Bulus 9 NyawaWhere stories live. Discover now