Selama 1 bulan aku dekat rumah agam ini, serba sedikit aku dapat mengenali mereka lebih rapat kecuali maroon. Tapi hubungan aku dengan maroon semakin baik semenjak aku teman maroon tidur hari itu. Esoknya mood dia sangat baik. Aku juga turut gembira.
Tapi perubahan dia itu sangat drastik sehingga aku rasa rimas. Bayangkan aku ingin rehat bersama Deren dia tidak bagi kecuali dia ikut bersama.
Katanya dia tidak suka Deren sebab Deren lelaki? Habistu Jinggo ? Bapok ke nyah ?
Flashback
Aku bergegas keluar apabila waktu rehat sudah bermula. Harini aku sudah janji dengan Deren untuk rehat bersama dia.
Macam mana aku kenal dia? Baca bab7 tapi macam mana aku boleh rapat dengan dia? Nanti aku cerita bab lain.
Aku melompat keriangan. Aku melihat Deren sedang menungguku. Tanganya dimasukkan ke dalam kocek. Hotnya !
" Deren Deren !! " aku berlari kearahnya. Entahlah hatiku berbunga-bunga bila bersama Deren.
Deren menggelengkan kepalanya melihat aku seperti lembu terlepas daripada kadang.
" carefull Ana ! " wajah gusarnya menghiburkan hati aku. Pertama kali aku rasa ada manusia baik disini sama seperti Jinggo dan Maroon. Mungkin sebab itu aku boleh rapat dengan dia.
ya, dia memanggil aku Ana . Aku sendiri pon tidak faham. Banyak kali aku sudah terangkan padanya untuk memanggil aku Reina tapi sayang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bagai mencurah air pada daun keladi .
Aku tersenyum nakal.
Kami berdua menuju ke cafe sekolah. Kami duduk di meja yang kosong.
" Ana, comotnya awak makan " Deren tergelak.
" mana? " aku mengusap bibirku namun Deren cepat saja menepis.
Deren mengelap sisa makanan di bibirku.
" Awak ni ! Macam budak-budak. Makan elok-elok "
Layanan Deren sangat baik seperti dia boyfriend aku. Aku perasan saja.
Sedang kami berborak-borak sambil ketawa. Meja aku didatangi seseorang. Siapa lagi jika bukan Maroon.
Dia terpacak di meja aku. Dia memandang aku dan Deren silih berganti. Pandangan tajamnya dihalakan pada Deren.
Mereka berdua berpandangan bagaikan mengalirkan arus elektrik. Aku berasa negatif vibes disitu.
Aku memandang mereka berdua pelik.
Lalu tanganku ditarik. Aku yang tidak bersedia apa-apa mahu saja tergolek ke lantai.
Aku ditarik sehingga sampai di tengah-tengah jalan.
" apa yang kau fikirkan reina ? "
" apa? "
" i dont like him ! "
" he used to be my friend "
" i dont like any man or boy besides you ! "
Dah kenapa pula? Jinggo tu lelaki juga kan.
Okey. Muka maroon yang marah tadi sudah mula kendur. Dia melepaskan pegangan tanganya.
" jangan buat macam itu lagi. Aku tak suka. Ingat kau tu pet aku. Aku tuan muda kau . "
sinis saja ucapan yang meluncur daripada bibirnya.
Jujur aku tidak suka bila dia sudah menggunakan kuasa veto dia.
YOU ARE READING
Story of us : Encik Bulus 9 Nyawa
FantastikReina keliru bagaimana dirinya boleh terdampar jauh di dunia yang dipenuhi kucing? Dunia yang dilihat ini memang pelik dimana semua kucing mempunyai tubuh manusia malahan bercakap seperti manusia. Apa yang menjadikanya semakin rungsing apabila dirin...