🦊 CHAPTER 4 🦊- KITA KAWAN

33 7 0
                                    

Jinggo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sudah macam mana nak pujuk gadis ini. Sudahlah dia kena marah dengan Mar. Mar pula siap bagi arahan suruh pujuk agar budak perempuan tersebut berhenti menangis selagi tidak berhenti dia akan kena hukuman. Leceh. Dua-dua ekor leceh.

Dengan lemah gemalainya Jinggo mula memujuk gadis dihadapanya. Beria sangat menangis kenapa ? Aku bagi katak je pun bukanya singa ke buaya ke? Tak boleh rilek.

" budak janganlah menangis lagi. Aku mintak maaflah weii budak " kepalanya dijenggahkan kehadapan. Ingin melihat gadis tersebut.

Tapi tetap gadis tersebut menangis sambil memegang lutut dan menyembamkan mukanya.

" budak aku mintak maaf lain kali aku tak buat tak pun kau nak ape aku bagi? Janganlah nangis nanti abang aku marah " Jinggo mengusap kepala gadis tersebut dengan lembut.

" macam budak-budaklah menangis nanti tidak comel lagi tau. "

" buuu daa "

Reina terus memalingkan mukanya menghadap jinggo. Dengan mukanya yang sememeh. Hingus meleleh satu muka. Apa dia peduli.

" apa budak-budak saya ada namalah !!! Nama saya reina saya bukan budak mahukan kucing peliharaan " reina membulatkan biji matanya. Lalu dia mengesat hingusnya. Shrekkk . Hingus disembur pada baju jinggo. Peduli apa dia. Siapa suruh kacau dia.

Terperanjat jinggo nasib baik tidak terpelanting kebelakang. Dengan tidak semenanya dia terpaksa menadah bajunya pada gadis dihadapanya. Haih. Nasiblah comel.

Jinggo membuat muka loya . Siapa saja tak geli bila hingus orang lain dekat baju sendiri. Oh my baju mahal .

" kau dah okey dah? "

" tak ! Tak okey " reina mengepal penumbuknya tanda protes. Sudahlah dia tidak makan lagi lepastu bangun-bangun tidur kene prank dengan si katak hodoh. Weyh boleh faham tak perasaan dia macam mana?

" haih, kau nak apa ni sebagai tanda aku mintak maaf? "

" nak makan ! Lapar daripada semalam tak makan tsk tsk " dengan lajunya reina menutur. Peduli apa dia. Muka tak malu letak tepi dulu. Tapi tidak salah pon sebab diorang kan tuan muda aku. Muka sedih bercampur simpati telah menarik perhatian jinggo.

" alololo kesian kau eh, abang aku tak bagi makan eh? Siap dia aku belasah dia nanti ! "

" dah jangan sedih aku ada. Jum kita makan. Kau makanlah seberapa banyak kau nak . " jinggo mengusap kepala reina. Kesian pula melihat gadis dihadapanya. Apalah abang dia ni , sanggup mengabaikan budak kecil comel macam ini.

Reina bertepuk tangan . Dia kemudian bingkas bangun. Rambutnya yang serabai dibetulkan. Baju jinggo ditarik untuk bangun.

" jum nak makan " reina mengusap perutnya. Matanya yang bulat dibesarkan.

Jinggo menggeleng kepalanya. Ohmygod! Puppy eyes dia comel betul.

" yelah jum. "
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Burkkkkk ( sendawa )

Reina tersenyum girang. Perutnya yang lapar sudah diisi. Melihat bermangkuk makanan dihadapanya saja membuat dia teruja. Hampir 8 mangkuk reina makan hanya seorang.
Okeylah tu. 2 hari kot dia tidak makan. Ouh, reina lupa seseorang sedang memerhati perilakunya yang tidak senonoh itu. Dengan mulut yang comot.

Muka reina membahang bila perasan jejaka kucing memandangnya.

" heee, terima kasih tau awak sebab belanja saya makan. Lain kali belanja lagi. " senyuman diberikan dengan semanis mungkin .

" hmmm, kau ni badan saja kecil tapi makan mengalahkan serigala. Gelojoh. Comot pula tu " jinggo mengelap sisa makanan di tepi mulut reina menggunakan jarinya.

Wajah reina membahang sekali lagi. Malu.

" nama awak siapa? "

" jinggo "

Reina membuat tanda "ouh".

" awak saya nak tanya boleh, siapa nama satu orang jejaka kucing tu ? Yang tadi marah awak tu sebab kacau saya ? "

" itu abang aku, nama dia maroon. Dia yang bawak kau ke sini. Kira beruntunglah dia selamatkan kau. So kau kena jadi good girl bila dengan kitaorang okey ? "

Reina tidak menggeleng mahupun mengangguk. Buat baik dengan diorang? Dia sendiri tidak kenal diorang semua .

Reina lagi sekali meng " ouhkan " . Sampai bila dia nak duduk sini ek ? Takkan selama-lamanya.

" kau ni manja sangatlah. Sikit-sikit menangis. Padahal aku kacau sikit saja " jinggo menggosok kepala reina. Habis rambutnya serabai.

Reina memuncungkan bibirnya. Dia meniup rambutnya yang terjuntai kedepan. Aku anak papa seorang memanglah aku manja. Getus reina.

" alahai aku buat sikit je dah merajuk, hmm okeylah kita kawan? Nak ? " jinggo menghulurkan tangan. Senyuman yang mempamerkan giginya yang putih itu kelihatan keikhlasan pada dirinya.

Reina terdiam. Kawan? Terima ke tak nak? Tapi kalau aku tak terima aku tiada siapa-siapa yang aku kenal dekat sini. Tapi muka jinggi nampak baik walaupun dia buli aku tadi. Terima sajalah mana tau esok lusa aku dapat keluar daripada sini. Aku harap walaupun macam sukar. Ni baru adik dia belum abang dia tu.

Reina menghulurkan tangan. Mereka berdua berjabat tangan.

Keep vote semasa baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keep vote semasa baca. Tekan je vote tu tak susah. Hihi.
( 717 words )

Story of us : Encik Bulus 9 NyawaWhere stories live. Discover now