" Bosannya terperuk dalam bilik besar gedabak ni. Nak keluar tapi takut. " mana tidaknya lebih 5 jam reina terperuk di dalam bilik tersebut. Perutnya sudah berbunyi untuk diisi. Mandi pun sudah 2 kali. Macam mana aku mandi? Dan ada baju ? Macam ini
Kan aku cakap dalam bilik ini ada closet besar. Lalu bila aku buka hampir terjatuh rahang sebab bersusun baju perempuan dan paling best sekali semua baju tersebut mempunyai saiz yang sama dengan dirinya. Ada class kau reina . Best kan ?
Reina mula menapak kearah pintu. Tombol dipusingkan. Dengan berhati-hati reina mengeluarkan kepalanya sedikit demi sedikit. Lega. Tiada siapa pun di luar. Ini peluang dia untuk bebas berjalan di dalam rumah ini. Senyuman dibibirnya menunjukkan bahawa dia benar-benar gembira.
Dengan gaya jalan yang angkuh reina mula memasuki ruang tamu. Terpegun dia. Dah kalau bilik saja besar macam apa lagilah ruang tamu. Reina hilang kawalan dia mula bersorak kegirangan. Reina duduk di sofa yang lembut itu sambil menepuk-nepuk sofa tersebut.
Kruk kruk
Hampir dia lupa perutnya daripada semalam minta diisi. Kacau saja tapi apa boleh buat sejak semalam dia tidak makan apa-apa lagi. Reina terus menuju ke dapur.
Sebenarnya dia mati kutu. Tidak tahu makanan apa yang dia mahu makan beli melihat dapur dihadapanya ini. No chips ? No biskut ? No gula- gula pokoknya segala makanan ringan langsung tiada. Setiap pelusuk reina selongkar namun tiada.
Takkanlah diorang tidak makan langsung makanan ringan ni? Kolot betul.
Reina menepuk dahinya. Kau lupa sesuatu eh reina? Diorang tu kan kucing jadian mana makan semua tu. Habis apa diorang makan? Ouh yah. Ikan, daging kan. Ada betul juga. Kucing kan makan daging diorang dikategorikan karnivor.
Karnivor - merujuk kepada haiwan pemangsa yang memakan haiwan lain atau daging haiwan lain untuk terus hidup.
So maksudnya aku kena masak lah ni? Tapi ni bukan rumah aku. Ada patutnya aku tahan saja perut yang tengah berkaraoke ni. Mungkin diorang akan bagi makanan sekejap lagi. Perutnya dipegang.
" sabarlah perut . Aku tahu kau lapar tapi bukan sekarang. " dengan longlai langkah diatur lalu reina membaringkan dirinya disofa. Matanya dipejam. Ini saja caranya untuk dia hilangkan rasa lapar yang mencengkam ni. Dalam pada masa yang sama keningnya berkerut sedang menahan.
.
.
.
.
.
.
.Dua jejaka yang sedang berjalan kearah ruang tamu terhenti tatkala melihat figura manusia yang sedang terlentang elok di sofa. Mereka cuba mengejutkan gadis tersebut dengan membuat bunyi bising namun masih begitu.
" Boleh tahan juga budak ni tidur mar, kita baling boom pun dia tak dengar? Tengoklah tu. Siap ternganga . lalat masuk pun tidak sedar " Tergelak kecil apabila dia melihat gadis yang dibawa abangnya ini. Sudahlah pendek. Banyak cakap. Dia masih ingat lagi semasa abangnya menceritakan hal semalam- merujuk semasa reina bertanya soalan dekat jejaka kucing.
Mereka berdua menggelengkan kepala. Jinggo memandang abangnya sebagai tanda apa perlu aku buat dengan dia?
Jejaka kucing memberi isyarat ikut kaulah. Aku nak naik atas dulu.
Apabila melihat abangnya sudah selamat sampai ke bilik. Jinggo mendapat idea. Yang pasti perempuan ni akan menyesal punya. Siapa suruh tidur mati. Ketawa jahatnya sudah kedengaran . jinggo terus berlalu keluar kearah kolam mengambil sesuatu.
Patutlah abang aku selamatkan dia ni. Comel juga budak ni. Jinggo tersengih. Dia membuka kamera lalu mengambil beberapa gambar gadis tersebut sebagai kenangan masa hadapan. Jinggo tergelak melihat gambar yang diambil mana tidaknya. Macam- macam gaya kuak lentang gadis dihadapanya buat.
Nak tengok dia lagi comel mari kita mulakan eksperimen.
.
.
.
.
.
.
.
." makkkk !!!! Makkk !! Oh mak kauuu katakkkkk huwaa tolong katakkk hijau hijauuuuuu huwaaaa "
" jauhkan kata tu daripada sayaaaaaa,, nanti dia melompatt cepatttt makkkkk tolong !!! Huwaaa " reina melompat diatas sofa siap tergolek lagi. Batal kecil diambil lalu dibaling kearah katak tersebut sambil menjerit bagaikan orang kerasukan.
Terkekeh-kekeh jinggo gelak sambil merakam aksi lucuh gadis dihadapanya. Sumpah kelakar weyh. Dengan mukanya. Dengan melompatnya siap panggil mak lagi. Jinggo memegang perutnya yang sakit. Bagus lah miki buat kerja. Dia lalu mengambil miki - katak hijau yang diambil di dalam kolam. Lalu memberi kiss.
" good job miki, sekarang sila balik tempat asal "
Oang ong - katak tersebut seolah-olah faham apa yang dikatakan jinggo.
" JINGGO !! APA BISING BISING NI ! " kedengaran suara abangnya menjerit bagaikan halilintar daripada atas.
Jinggo menghadiahkan sengihan pada abangnya yang sudah tercegat depanya dengan muka poker . Kening diangkat tanda what happen?
" hai mar " sambil menayangkan peace. Bukan silap aku. Kau yang suruh buat apa saja.
Maroon melihat adiknya dan gadis yang sedang menangis silih berganti. Melihat keadaan ruang tamu yang lintang pukang bantal bersepah sana sini pasti angkara adiknya. Mukanya merah padam. Satu hati kalau tidak buat hal tidak boleh agaknya si jinggo ni. Masalah kalau ada adik yang otak kecil.
Keep vote while reading !
( 755 words )
YOU ARE READING
Story of us : Encik Bulus 9 Nyawa
Viễn tưởngReina keliru bagaimana dirinya boleh terdampar jauh di dunia yang dipenuhi kucing? Dunia yang dilihat ini memang pelik dimana semua kucing mempunyai tubuh manusia malahan bercakap seperti manusia. Apa yang menjadikanya semakin rungsing apabila dirin...