🦊 CHAPTER 10 🦊

23 4 2
                                    

Hujan turun dengan lebatnnya. Ku lihat di luar tingkap sambil mengelap meja . Suasana sejuk duduk pula dalam air cond. Menggigil.

" pelanggan ni pon makan bersepah betul.. cubalah susun elok-elok senang sikit pelayan macam kami ni buat kerja " reina mengomel sendiri sambil tanganya tangkas membuat kerja.

Bebelan reina didengari oleh Deren yang sedang menyapu popcorn yang jatuh dilantai. Anak kucing mana entah jatuhkan popcorn tersebut. Menyusahkan betul. Dahlah popcorn ni makanan tak sihat kegemaran deren. Engs popcorn siapa je tak kenal? Deren selalu bawa engspopcorn bila menonton movie. Rasanya tak usah dicakap manis berlemak rangup . Kalau makan sekali habis satu balang.

Deren tersenyum. 

" customer always right kan nana? " Deren tergelak lalu berjalan melepasi reina.

Reina tersenyum sinis. Matanya dijulingkan.

" kenapa mesti memartabatkan istilah itu? Tak semestinya pelanggan semua betul? Kalau pelanggan semua betul kenapa ada kes pelanggan yang memaki-maki pekerja. Video tu viral kot. Buat malu saja. Malu nama syarikat. Nasiblah kaulah reina. Inilah namanya mencari rezeki. Bersabarlah" reina terus membawa bekas-bekas tersebut lalu dimasukkan ke dalam tong sampah.

Ting ( menandakan bunyi pelanggan masuk )

Dua orang jejaka kucing duduk dibahagian hujung meja. Reina lalu datang dan mengambil order. Senyuman dipamerkan.

Depan pelanggan kena senyum . Murah rezeki.  Reina melemparkan senyumanya kepada kedua-dua jejaka tersebut.

" pesanan encik? "

Pesanan yang diterima ditulis dan diberi kepada pembuat order. Sempat lagi reina memandang wajah salah seorang jejaka kucing tersebut. Telinga dan ekor warna putih.

" nice " reina tersenyum segaris.

Selang 5 minit kemudian pesanan tersebut dihantar. Sekejap saja kan? Restoran fish manhantten ini merupakan restoran terkemuka yang mana mempunyai servis yang pantas dan baik. Bukan itu saja tetapi layanan mereka terhadap pelanggan sangat ramah. Disebabkan itu, restoran ini mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Dan reina pula berbangga menjadi salah seorang pekerjanya. Ingat mudah? Lagi-lagi untuk seorang manusia seperti dia. Tidak mudah tetapi atas bantuan deren semuanya dipermudahkan.

" thanks deren " reina menghantar pesanan tersebut dengan hati yang gembira.

Pesanan tersebut diletakkan di atas meja kedua jejaka kucing tersebut.

" have a great lunch sir " reina juga sempat mengucapkan sepatah ayat untuk menarik minat pelanggan agar servis mereka akan sentiasa baik. Itu apa yang syarikat mengajar mereka.

" thanks beauty " balas salah seorang jejaka tersebut.

Reina hanya tersenyum. Bagi reina dia sudap acapkali mendapat pujian daripada pelanggan. Tapi dia memang cantik pun. Kan? Cantik dan terbaik. Senang kata tiptop. Ciss

Reina berjalan riang ke arah kaunter.

" peter ! Sini kejap " reina memanggil peter selaku penjaga kaunter utama. Sebab dia seorang yang boleh dipercayai daripada yang lain.

" why beauty? " peter mendatangi reina sambil ditanganya mengelap chopstik. Peter juga seorang yang rajin sebab itu boss sayang.

Nampak kan? Semua panggil reina beauty. Makin kembang lah reina.

Reina tersenyum.

" why everybody calls me beauty? "

Peter memandang reina sekilas sebelum menyambung kerjanya.

" sebab kau "beauty" lah. "

Reina mengerut dahinya? Soffy pun beauty juga tapi kenapa orang panggil dia zack? Gila kan? Nama punya sedap soffy orang panggil zack sebab perwatakan dia serupa tomboy tapi wajah dia memang cantik.

" eleh yelah peter. Nak ambil hati akulah tu kan? "

Peter membuat muka bosan. What the?

" no lah. Memang betul kau beauty. Bukan amik hati tapi kalau kau tak suka lepasni aku panggil kau ugly okey? "

" no lah peter ! "

" then dont ask lah sebab benda itu fakta "

" tapi deren seorang je tak panggil aku beauty? Kenapa?"

Peter menggeleng kepala.

" sebab bagi dia kau buruk dan hodoh. Simple "

Reina memuncungkan bibirnya. Tidak mungkinlah.

" kenapa tak percaya? Tak percaya yang deren anggap kau hodoh? . Kalau tak percaya aku panggil deren jap "

Peter berura-ura untuk memanggil deren tapi ditahan reina.

" tak perlu lah. Kau ni peter jahatlah. Aku tak nak kawan kau 5 minit . " lidar dijelir kearah peter.

Peter menggelengkan kepala melihat telata reina. Reina seorang sahaja perangai yang tidak dewasa. Mungkin kecil-kecil terlebih susu.

" reina reina aku ingat kau faham. "

Story of us : Encik Bulus 9 NyawaWhere stories live. Discover now