BLURB

2.5K 87 9
                                    

KARYA KETIGA MISSAILYNN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KARYA KETIGA MISSAILYNN

. . . . . ╰──╮╭──╯ . . . . .

MIKAEL'S : HIS EVERLASTING LOVE

QASEH AMANDA & RAJA MIKAEL

✧・゚: *✧・゚:*

Mengisahkan tentang seorang pendosa yang mula mencari pintu taubat setelah satu ujian yang berat menimpanya. Dia dibuang keluarga atas khilafnya sendiri dan fitnah seseorang. Sehinggalah takdir membawa dia bertemu dengan seorang ustaz.

"Saya dah lama tak solat, ustaz. Saya hidup dengan dosa yang tak tertanggung. Boleh ke Allah terima taubat seorang pendosa seperti saya?" -QASEH AMANDA

"Allah maha pengampun. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha meminta kepadaNya." -USTAZ AZHAR

Namun semua tak mudah apabila masa lalu mula mengejarnya sehingga nyawanya hampir terancam.

"Lepas apa yang jadi, ustaz dah buat keputusan mahu melamar Qaseh untuk anak ustaz, Adam. Qaseh perlukan pelindung." -USTAZ AZHAR

Namun lain pula penerimaan si anak.

"Aku tak sudi nak kahwin dengan kau. Aku jaga diri aku untuk bakal isteri yang masih suci, bukannya kotor macam kau! -ADAM

Dalam keadaan yang tegang, tampil pula sepupu Adam untuk melindungi Qaseh sekaligus membuat pengumuman yang menjerat diri.

"Jangan terlalu mendongak ke langit, Adam. Perempuan yang kau hina ini asalah bakal isteri aku. Aku takkan biarkan orang macam kau pandang rendah pada dia." -RAJA MIKAEL

Qaseh terngadah. Dirasakan dirinya dengan Raja Mikael umpama langit dengan bumi.

"Tuan Raja tak perlu susahkan diri. Betul cakap sepupu Tuan. Saya kotor dan hina. Orang macam saya tak layak untuk lelaki sehebat Tuan." -QASEH AMANDA

"Aku tak kisah. Kahwin dengan aku. Dan aku akan tunjukkan macam mana tingginya martabat seorang wanita yang Nabi angkat." -RAJA MIKAEL

Walaupun masih belum ada cinta antara mereka, Raja Mikael betul-betul melindungi Qaseh Amanda dan melayan wanita itu selayaknya sebagai seorang isteri dalam perkahwinan mereka. Sehinggalah masing-masing dapat merasakan cinta dan berjanji untuk sehidup semati.

Disaat kebahagian menjengah, hujan dan petir mulai membadai masjid suci mereka. Sukarnya kebahagiaan memihak kepada mereka. Raja Mikael bersungguh-sungguh mahu mempertahankan hubungan mereka namun hasad dengki manusia sekeliling tak henti-henti mengganggu dan menghimpit rapat ke arah mereka.

"Meski poligami dibenarkan dalam Islam, jahat tak kalau Manda kata Manda tak rela dengan perkahwinan kedua abang?" -QASEH AMANDA

"Tak, sayang. Qaseh Amanda isteri yang baik. Bidadari abang. Abang minta maaf sebab abang dah sakitkan hati isteri abang. Maafkan abang, sayang." -RAJA MIKAEL.

Qaseh Amanda redha dan mulai menganggap ini adalah bayaran yang dia harus tanggung untuk khilafnya. Terutama dosanya terhadap ibu dan abahnya.

"Izinkan Manda pergi, abang. Manda perlukan masa untuk mencari diri sendiri." -QASEH AMANDA

Masih adakah peluang untuk mereka meraih kebahagiaan? Berapa lama Raja Mikael harus menunggu bidadarinya? Walau beribu tahun, dia tetap percaya yang cinta mereka akan kekal selamanya.

Because Amanda is his everlasting love.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now