BAB 11

295 32 3
                                    

QASEH mengelap dahinya yang sedikit berpeluh selepas habis saja membilas periuk yang terakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

QASEH mengelap dahinya yang sedikit berpeluh selepas habis saja membilas periuk yang terakhir. Penat tapi seronok bila buat kerja ramai-ramai sambil bergurau. Masa awal dia datang ke kampung ini, jujurnya dia takut. Takut tentang tanggapan orang terhadapnya.

Tapi sangkaannya meleset. Ustazah Aishah dan Ustaz Azhar mengunci rapat tentang aib Qaseh sehingga tak ada seorang pun yang tahu tentang masa lalu Qaseh.

Dia dah bertekad untuk mendalami lebih dalam ilmu agama dan apabila sampai waktunya, dia akan pulang ke pangkuan keluarganya. Qaseh sanggup merayu dan melutut untuk meraih kemaafan dari ayahnya.

Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Jiran-jiran juga beransur pulang ke rumah masing dan kini hanya tinggal ahli keluarga Ustazah Aishah saja.

Qaseh bangun sambil mengangkat periuk-periuk yang sudah kering untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Saiz periuk yang besar membuatkan tubuhnya yang kecil tenggelam dari penglihatan manusia!

Dengan lafaz bismillah, Qaseh mengatur langkahnya perlahan-lahan ke pintu dapur.

Baru menapak tiga langkah, entah macam mana selipar yang dipakainya tergelincir dengan tanah dan...

TANG! TANG!

Tak pasal-pasal dia terjatuh sekali dengan periuk-periuk itu.

"Auch!" Desis Qaseh perlahan. Mata Qaseh menghala ke arah periuk yang tergolek sehingga berhenti di kaki seseorang. Kemudian matanya diangkat memandang gerangan manusia itu.

Adam.

Bibir Qaseh diketap menahan rasa malu dan bersalah. Tapi Adam hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Tidak ada rasa mahu menolong. Dia tengah berperang dengan rasa hatinya. Kecewa.

'Kenapa, Qaseh?'

Tidak mahu menunggu lama, Qaseh bangun perlahan-lahan. Keningnya berkerut sedikit apabila terasa kakinya berdenyut. Qaseh melangkah ke arah Adam yang hanya terkaku sejak tadi. Tiada kata yang keluar dari bibir lelaki itu.

"M-maaf, Encik Adam. Saya tak sengaja jatuhkan periuk ni." Fikirnya mesti Adam marah. Yalah bukan murah periuk ni!

Dia terus membongkokkan badan untuk mengambil periuk itu di kaki Adam. Selepas tegakkan tubuhnya, dia menunduk sedikit untuk meminta diri. Qaseh terus berpaling ke belakang namun langkahnya terhenti apabila Adam memanggilnya.

"Qaseh."

"Ya, saya?" Gadis itu menoleh semula.

Entah kenapa dia terasa pelik dengan kelakuan Adam. Petang tadi elok saja Adam bergurau dengannya ketika mereka ke kedai Ah Chong.

Adam pandang lama wajah Qaseh. Mahu memastikan sesuatu. Semakin dekat kepastian itu, semakin dadanya dihimpit oleh batu yang berat. Matanya dipejam semula sebelum dia mengambil keputusan untuk berlalu dari situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now