BAB 1

759 39 6
                                    

"QASEH, nanti tolong hantarkan kuih lepat ubi ini dekat rumah Cik Kalsom, ya?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"QASEH, nanti tolong hantarkan kuih lepat ubi ini dekat rumah Cik Kalsom, ya?"

Qaseh yang baru selesai membalut lepat ubi memandang Puan Fatimah sambil tersenyum. "Baik ibu. Semua dah siap kan? Kalau macam tu Qaseh naik atas mandi dulu. Lepas solat asar, Qaseh pergi rumah Cik Kalsom."

Puan Fatimah hanya mengangguk. Beruntung dapat anak yang baik seperti Qaseh Amanda. Anaknya itu baru saja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang undang-undang.

Dan sekarang dia mahu berehat di rumah sebelum memulakan job hunting. Setiap hujung minggu Qaseh ada buat kerja separuh masa sebagai cashier kedai buku di bandar dan dia akan menginap dirumah rakan kolejnya dulu.

Qaseh mencuci tangan di sinki sebelum dia naik ke biliknya untuk mandi. Mereka sekeluarga tinggal di rumah papan dua tingkat dalam kampung. Bapa Qaseh merupakan pesara guru disiplin sekolah rendah dan sekarang sedang mengendalikan kebun getah yang diamanatkan oleh arwah atoknya. Qaseh juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Qalish Arfan yang masih bersekolah di tingkatan lima.

Selesai mandi, dia bersiap pula untuk keluar. Memandangkan dia berada di kampung, jadi dia hanya mengenakan baju blouse dan skirt labuh. Selendang chiffon yang siap bergosok disarungkan di kepalanya. Wajahnya yang sedia cantik disolek tipis. Nak pergi rumah Cik Kalsom je pun!

Sedang menelek pakaian dicermin, telefonnya berdenting menandakan masuk notifikasi whatsapp. Dia lantas mencapai telefonnya itu.

Mia: Babe, weekend ni macam biasa tau. Diorang ada bawa masuk air baru. I jamin you mesti suka punya!

Terukir senyuman senget di bibir merah Qaseh. Laju tangannya membalas 'Okey' kepada rakannya itu.

Selepas memastikan penampilannya kemas, dia lantas turun kebawah.

"Ibu! Qaseh dah siap."

"Cepatnya, dah solat asar belum?"

Qaseh sengih janggal. "Dah ibu. Mana kuih lepat yang nak kirim dekat Cik Kalsom?"

Puan Fatimah menunjukkan jari ke arah meja makan dapur. "Itu haa, ibu dah bungkuskan dalam bekas kuning. Kirim salam dekat cik Kalsom sekali ya?"

"Baik ibu. Qaseh pergi dulu." Tangan ibunya dicapai sebelum dicium lembut. Kemudian dia terus melangkah ke pintu depan rumah.

"Hati-hati pergi sana!" Laung Puan Fatimah dari dapur.

Baru saja dia menyarungkan kasut, kelihatan motor Kriss yang dinaiki adiknya Qalish memasuki perkarangan rumah. Baru balik dari kelas tambahan memandangkan tahun ini dia bakal menghadapi peperiksaan SPM.

"Kak Qaseh! Kakak nak pergi mana bawa bekal tu?" Soal Qalish.

"Ibu minta tolong kakak hantarkan lepat ubi dekat rumah Cik Kalsom." Balas Qaseh sambil mengangkat sedikit bekas kuning di tangannya itu.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now