Bab 5

469 36 6
                                    

 PINTU bilik air dikuak sebelum kakinya melangkah keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik air dikuak sebelum kakinya melangkah keluar. Tuala masih terlilit kemas di pinggang dan mendedahkan tubuh badan yang tegap. Raja Mikael menghala pula ke arah pengering rambut di meja solek. Tengah keringkan rambut, telefonnya berdering.

Tangannya mencapai iPhone 15 miliknya lalu mengangkat panggilan itu.

"Hello."

"Tuan, tadi Dato' Ammar telefon minta tangguhkan mesyuarat pagi ni ke tengahari. Anak dia demam panas dan terpaksa dibawa ke hospital." Kata Danish merangkap pembantu peribadinya.

"Hm okey. Inform balik aku bila dah confirm masa." Balasnya ringkas.

"Noted Tuan."

Selepas meletakkan panggilam, Raja Mikael menyambung semula keringkan rambut. Setelah itu dia menyarungkan kemeja putih dan seluar slacknya.

Matanya mengerling ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 8 pagi. Sekarang dia berada di Hotel Grand Lexus, Port Dickson.

Sudah tiga hari dia berada disini atas urusan kerja. Memandangkan syarikatnya akan menubuhkan satu anak syarikat di negeri sembilan, dia sendiri yang harus turun padang untuk berjumpa dengan pelabur. Sepatutnya mesyuarat pagi ini pukul 9 pagi tapi ditunda ke tengahari.

Raja Mikael mengambil botol perfume Bleu De Chanel yang menjadi kegemarannya. Disembur di bahagian pergelangan tangan dan baju kotnya. Setelah memastikan pakaiannya kemas, dia mencapai helmet miliknya sebelum keluar dari bilik hotel itu.

Sampai ke ground floor, kakinya mengatur langkah ke arah garaj VVIP dan menuju ke Yamaha YZF-R15 miliknya. Walaupun ada kereta sendiri, tapi Raja Miakel lebih gemar menunggang motosikal. Tak perlu hadap jem!

Selepas menghidupkan enjin, motosikal berkuasa tinggi itu bergerak laju membelah jalan raya.

≪•◦ ❈ ◦•≫

SETELAH 20 minit perjalanan, Raja Mikael sampai di satu kampung yang sudah lama dia tidak berpijak. Fikirnya pagi-pagi tak ramai orang kampung yang keluar jadi dia menekan minyak menghala ke destinasinya.

Tanpa dia sedar, ada seorang gadis sedang berjalan di tepi. Belum sempat dia nak brake, motosikalnya laju melanggar air lopak berhampiran gadis itu. Kepalanya ditoleh sekilas ke belakang. Kelihatan gadis itu merengus geram sambil bibir comel itu membebel. Raja Mikael tersenyum senget.

"Kalau aku jumpa kau lagi, aku minta maaf betul-betul." Katanya disebalik helmet yang menutupi mulutnya.

Kemudian motosikalnya menghala ke arah satu bangunan madrasah yang terletak di hujung kampung. Masuk saja ke perkarangan, dia memakir ke bahagian garaj sebelum helmet dan sarung tangannya dibuka. Rambut dan bajunya juga dibetulkan.

Dengan penuh bergaya, kakinya melangkah ke bahagian dalam madrasah. Suara anak-anak kecil yang bergelak ketawa mulai kedengaran di telinganya. Raja Mikael tersenyum sendiri.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now