Bab 6

552 37 5
                                    

AKHIRNYA selepas tiga hari berada di negeri sembilan, dia pulang ke rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKHIRNYA selepas tiga hari berada di negeri sembilan, dia pulang ke rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur. Memandangkan esok hujung minggu, boleh la dia berehat sepuas-puasnya dirumah.

Baru saja dia jejak kaki kedalam rumah, sudah terdengar riuh suara orang bertengkar. Matanya dipejam.

"Balik pula budak sorang ni. Patutla bising semacam." Ini tak lain tak bukan, si budak Raja Malique. Kalau dia ada di rumah, tak boleh hidup selagi tak ganggu ketenteraman Raja Marisya.

"Along! Tengok Angah tu...." Raja Marisya yang ternampak kelibat abang sulongnya lantas berlari berselindung di sebalik tubuh sasa si abang.

"Muahahhaha. Sini kau budak, kau dah kalah kan tadi? It's time for punishment." Raja Malique datang ke arah mereka. Tangan membawa pinggan kertas yang penuh whipping cream.

"Tak aci! Angah main tipu, patut Isya yang menang tadi." Dia merengus geram menyorok di belakang Raja Mikael.

"Elehhh, kalah tu mengaku jelah. Engkau yang noob tak reti main. Cepat sini! Siapa kalah kena denda kan...?"

Raja Mikael sudah memicit dahi.

"Tak nak!" Jerit Raja Marisya.

"Cepat!"

Belum sempat Raja Mikael mahu bersuara menghentikan pergaduhan itu, kedengaran suara lain yang menempik dulu

"RAJA MALIQUE! Kenapa sepahkan whipping cream dekat dapur Mummy?!" Puan Sri Safiyah keluar dari dapur dengan muka yang memerah. Wajahnya memandang tajam ke arah anak keduanya itu.

Manakala Raja Malique menoleh sebelum menyorokkan pinggan whipping cream di belakangnya.

"Err... m-mana ada Angah main whipping cream. Ni haa tak ada pun kat tangan.." Dia mengeluarkan tangan kirinya. Tangan kanan masih di belakang memegang pinggan kertas itu.

"Your right hand."

Serentak itu tangan kiri Raja Malique dibawa kebelakang memegang pinggan dan dia mengeluarkan tangan kanan pula.

Puan Sri Safiyah menjulingkan mata keatas. Anak dia ingat dia budak sekolah ke nak digula-gulakan?

"Mummy tak kira, you kemas balik dekat dapur tu. Kalau tak...." Suaranya dileretkan sambil mata memincing memandang Raja Malique. Si anak pula menanti dengan debaran didada.

"No sambal belacan for dinner tonight." Katanya tegas.

"OH NOOO!! Tak nikmat la kalau tak ada sambal belacan. Mummy, this is so not fair..." Badannya sudah dijatuhkan melutut dilantai. Seakan dunianya hancur tanpa sambal belacan.

Raja Mikael dan Raja Marisya sudah pecah ketawa melihat drama Raja Malique. Siapa nak try Raja Malique boleh mula belajar buat sambal belacan dulu dan pastikan sama dengan yang Mummy buat.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now